Bersyukur dengan apa yang ada dan berbelanjalah mengikut keperluan
Saya
merasa agak pelik dengan sesetengah mereka yang bergaji lebih besar mengeluh
tentang kenaikkan barangan disebabkan CBP atau GST atau VAT. Gaji saya hanya sepertiga Dari gaji mereka
mengeluh disebabkan pelaksanaan ini.
Pelik. Sepatutnya sayalah yang perlu mengeluh. Saya bukanlah untuk menyokong ataupun
membuta-tuli membangkang, tetapi biarlah rasional. Saya sendiri membeli barangan Dan menggunakan
perkhidmatan yang dikenakan cukai tetapi bukan hari-hari saya
menggunakannya. Banyak lagi pilihan harian
saya yang dikenakan zero rated. Teruk sangatkah negara kita? Sampai terlalu
ramai yang menderita kehilangan kerja, muflis, tiada pendapatan untuk membeli
keperluan harian. Mungkin Ada yang
terkesan, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang memudaratkan. Semuanya tergantung kepada kita bagaimana
kita mengurus situasi.
Setiap
perkara yang baru perlukan masa untuk penyesuaian supaya ianya menjadi lebih
stabil. Pihak kerajaan perlu sentiasa memantau Dan meningkatkan penguatkuasaan
dengan Akta Antipencatutan bagi membendung pihak yang tidak bertanggungjawab
sepanjang rantaian perniagaan Dan perkhidmatan.
Bukan kerana saya terlalu menyokong, tetapi biarlah rasional. Ada perkara yang perlu disokong Dan Ada yang
perlu ditegur sebagai penambahbaikan.
Berbalik kepada isu mengeluh Dan mengkritik, ianya tidak Akan mengubah
keadaan. Sebaliknya kita kena bijak
dalam mengurus perbelanjaan. Saya
sendiri sejak mula bekerja mengamalkan prinsip berbelanja dibawah
kemampuan. Isunya bukan bergaji besar
atau kecil, walhal hakikatnya gaji saya lebih rendah Dari kalangan rakan yang
berjawatan Dan berkerjaya dalam sektor swasta yang menawarkan gaji yang lebih
tinggi. Saya boleh sahaja sebenarnya
tetapi untuk apa jika akhirnya menjerat diri dengan belenggu hutang.
Mereka
yang mengeluh ini sebenarnya bukanlah berpendapatan rendah sebaliknya rata-rata
Dari kalangan menengah atas Dan tinggi status sosialnya. Tetapi golongan inilah paling kuat mengkritik
Dan mempengaruhi golongan lain. Mereka
mengkritik kerana perlu membayar harga yang tinggi. Walhal sebenarnya banyak barangan yang tidak
terlalu ketara berubah Dan Ada juga yang kekal.
Akan
tetapi jika membeli barangan atau perkhidmatan yang berjenama, luar negara atau
yang dikenakan cukai tidak pula dipersoalkan, walaupun mereka mengetahui
sememangnya mahal. Sebab mereka
berkemampuan. Mereka ini semua sedia maklum dan sedar terhadap perkara ini Dan
punya pilihan untuk mencari yang lebih murah tetapi berkualiti, namun buat-buat
tidak tahu, malahan berterusan mengkritik.
Ironinya mereka tidak pula berkira apabila melancong Dan berbelanja
besar ke luar negara yang CBP atau VAT yang jauh lebih tinggi. Mereka membayarnya tanpa berkira. Mereka tidak pula merasa terbeban membeli
barangan mewah seperti kereta atau rumah yang bernilai ratusan ribu malahan
jutaan. Tetapi tersangat berkira dengan benda-benda yang nilaian kenaikkan
adalah tidak seberapa. Lalu segalanya
diviralkan bagi menunjukkan berapa menindasnya cukai ini. Yang baik tidak diviral atau
diwar-warkan. Itulah sikap manusia hanya
nampak yang buruk sahaja, tidak pula menceritakan yang baik. Hairan dengan
mentaliti golongan ini.
Nilaian
bayaran zakat yang boleh dinisbahkan kepada cukai adalah jauh lebih besar
dengan mengambilkira zakat pendapatan, fitrah Dan sedekah yang saya keluarkan
berbanding dengan yang perlu saya bayar kepada LHDN. Saya memang mendapat pengecualian pembayaran
selepas mengambilkira nilai zakat saya.
Saya percaya rezeki itu Dari Allah, lagi banyak kita belanjakan kepada
jalanNya lebih banyak yang Allah kurniakan kepada kita. Janganlah terlalu berkira dengan wang yang
kita belanjakan kerana kelak Allah Akan berkira dengan kita. Yang penting kena bijak meletakkan keutamaan
dalam perbelanjaan kita. Reda dengan apa yang berlaku kerana Allah Akan memudahkan
urusan dan meluaskan pintu rezeki kita.
Jika kita bersabar, Allah Akan terus menguji kita. Jadi reda Dan rasionallah dalam
berbelanja. Berbelanjalah dibawah
kemampuan walaupun hakikatnya kita berkemampuan. Janganlah berbelanja melebihi
kemampuan biarpun kita berpeluang untuk menambahkan hutang.
Kita
jarang sekali menyalahkan diri kita sebaliknya begitu mudah menyalahkan
persekitaran yang menjejaskan kita, walaupun perubahan tersebut tidak terlalu
significant dampaknya. Oleh itu utamakan yang utama. Itulah kebijaksanaan yang
disarankan.
Ulasan
Catat Ulasan