Penindasan minoriti yang terpinggir

Bangsa Rohingya dan Palestin sama-sama melalui penindasan regim. Rohingya ditindas oleh Junta Tentera yang dipimpin oleh kepemimpinan yang ultranasionalis dan mendapat dokongan kuat golongan beragama iaitu sami-sami Buddha, manakala bangsa Palestin ditindas oleh regim Yahudi yang berfahaman Zionis yang melampau dan disokong belakangnya kuasa besar iaitu US.  Namun apa yang membezakan mereka adalah perjuangan melawan penindasan.  Dalam kes ini perjuangan bangsa Palestin Nampak lebih menyerlah dengan penentangan yang bermula pada tahun 1948 iaitu pada 15 Mei dengan dikenali sebagai An-Nakbah atau hari Malapetaka. Rentetan dari penindasan yang kejam bangsa Palestin bertindak dengan memulakan penentangan yang pada awalnya hanya bersenjatakan batu sehingga wujudnya pergerakkan yang bersifat separa tentera seperti Briged Syahid, Al-Qassam dan Hamas dan yang lebih mementingkan perundingan adalah PLO yang dipimpin oleh Allahyarham Yasser Arafat. 

Berbanding dengan Rohingya mereka seolah-olah pasrah sahaja tanpa mengwujudkan gelombang penentangan dalam melawan penindasan dan kekejaman.  Mereka adalah satu bangsa yang bermaruah satu ketika dahulu dengan wujudnya pemerintahan Kesultanan Islam di utara Burma iaitu wilayah Arakan di negeri Rakhine.  Namun disebabkan penjajahan akhirnya bangsa ini yang pernah berkerajaan satu ketika dahulu seakan senyap dan tidak diberi perhatian akibat dasar tutup pintu yang dilaksanakan oleh Junta selepas memperolehi kemerdekaan dari penjajah, sehinggalah berita berkenaan dengan penindasan tersebar diseluruh dunia.  Mereka ini diklasifikasikan sebagai etnik atau bangsa yang paling tertindas di muka bumi.  Selama puluhan tahun etnik yang beragama Islam dinafikan hak sebagai manusia dan dianggap sebagai tidak berwarganegara.  Mereka ditindas dari segi mental, fizikal, kepercayaan, pendidikan dan perkahwinan oleh golongan pemerintah dan juga majority bangsa Myammar yang beragama Buddha.  Bukan sekadar penderaan yang mereka terima malahan pembunuhan ke atas mereka pun dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak Junta dan juga orang awam.  Jika dibuat perbandingan antara anjing dan mereka, lebih mulia lagi anjing diperlakukan berbanding mereka. 

Lebih malang lagi bangsa mereka sendiri yang melakukan pengkhianatan dan penindasan dengan melakukan urusan pemerdagangan, eksploitasi, penyeludupan sama ada untuk tujuan pemerasan ke atas ahli keluarga mereka yang berada di Malaysia, penjualan organ, pelacuran, sindikit meminta sedekah dan juga buruh paksa.  Mereka melakukan kerana hati mereka telah dihitamkan dengan ketamakan duit.  Sebagai bangsa yang tidak beridentiti dan bernegara mereka hanya diberikan taraf menumpang di negara yang mereka duduki kerana mereka diistilah sebagai pelarian akibat konflik politik atau juga ekonomi di negara asal.  Mereka tidak layak untuk mendapatkan pekerjaan dan taraf pendudukan akibat dari status mereka.  Kebanyakkan jumlah mereka yang mencapai ratusan ribu di Malaysia hanyalah bekerja sebagai peminta sedekah, peniaga kecilan barangan lusuh.  Kita tidak boleh selama-lamanya memberikan naungan kerana ianya akan membebankan negara kita akibat dari permasalahan social yang dicetuskan oleh mereka. 


Kita perlu belajar sesuatu dari peristiwa pelarian Veitnam yang pernah mencetuskan fenomena tidak berapa lama dahulu.  Kita boleh bertindak kemanusian namun beban perlu ditanggung bersama.  Kita tidak mahu dipihak kita sahaja dibebankan dengan kerugian menanggung mereka ini.  Pendekatan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak perlu dicari dan disepakati dengan membenterasnya diperingkat akar umbi.  Pemerintah Myammar perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana ini adalah masalah dalaman mereka.  Namun yang menanggung beban pelarian ini adalah negara jiran.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca