Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Imej
Ada pertanyaan adakah terdapat perbezaan tauliah dulu dengan sekarang?  Saya jawab ya, memang terdapat perbezaan yang sangat nyata.  Setiap pengambilan atau intake punya ceritanya masing-masing yang mengambarkan kehebatan zamannya.   Keunikan itulah yang membezakan setiap intake sebagai modal atau legasi mereka kepada intake dibawahnya.  Saya ditauliahkan pada 4 Mei 2002 hari Sabtu di USM pada Istiadat Pentauliahan Diraja Pasukan Pegawai Simpanan kali ke-21 oleh SPBA Tuanku Syed Sirajuddin berbanding dengan Pentauliahan PALAPES kali-34.  Pastinya terdapat perbezaan dari segi masa, suasana dan aktivitinya dalam julat 13 tahun.   Ada kenangan yang sempat dirakam menerusi lensa kamera yang menggunakan teknologi filem.  Ada juga saat atau momen yang tidak dirakam sebaliknya kekal terabdi dalam lipatan memori yang cuma boleh diceritakan dalam penulisan atau dilisankan.  Dahulu tiada kemudahan kamera digital yang boleh mengambil gambar seba...

Pemain Naturalisasi : Patriotisme, Maruah atau Kemenangan Palsu

Isu pemilihann naturalisasi bagi memperkukuhkan pasukan bola sepak kebangsaan telah diperdebatkan dengan wujudnya pandangan pro Dan kontra.  Pro kerana ia merupakan Jalan pintas buat pasukan Malaysia untuk menempah slot ke perlawanan piala dunia. Dengan menggunakan khidmat pemain luar yang diberikan taraf keistimewaan warganegara segera dapat membantu pemain tempatan bagi memenangi perlawanan peringkat antarabangsa. Yang kontranya adalah tidak dilihat sebagai patriotik.  Tidak percaya kepada bakat pemain tempatan. Menafikan kualiti yang dipunyai oleh rakyat tempatan.  Tidak dinafikan kehadiran pemain luar yang diserap oleh pengurus pasukan negara menunjukkan aksi yang seimbang Dan mantap.  Contohnya dalam perlawanan persahabatan Liverpool.  Kita siri satu sama. Gol penyerinya disudahi oleh pemain import.  Secara tidak langsung ia memberi gambaran keyakinan bagi pasukan negara biarpun terpaksa menggunakan khidmat pemain luar. Tetapi apakah kita yaki...

Warna Ketidaksamarataan

Imej
Berikut adalah berkenaan kupasan buku The Colour of Inequality karya Dr Muhammed Abduk Khalid yang mendedahkan berkenaan realiti ketidaksamarataan dalam pengagihan kekayaan, ketidakseimbangan dalam pemerolehan harta dan pendapatan, kadar simpanan dan penabungan yang rendah, kedudukan bangsa majoriti dalam strata ekonomi yang masih terkebelakang dan dominasi golongan kaya yang menguasai lebih 3/4 kekayaan negara yang rata-rata adalah dari satu kaum sahaja.   Bacalah perkongsian tersebut dengan hati yang tenang dan berlapang dada serta minda yang besar.   Perbahasan mengenai maju dan mundur status sosioekonomi bangsa Malaysia sudah bermula sejak zaman Pendeta Za’ba, fokusnya terhadap kaum Melayu ((Abdullah Hussain & Khalid M. Hussain, 2000. Pendeta Za’ba dalam Kenangan (edisi kedua), Dewan Bahasa & Pustaka.)). Sejak era 1950-an lagi, kesenjangan atau jurang kekayaan antara kaum sudah wujud. Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, isu ini wujud seperti bar...