Pemain Naturalisasi : Patriotisme, Maruah atau Kemenangan Palsu
Isu pemilihann naturalisasi
bagi memperkukuhkan pasukan bola sepak kebangsaan telah diperdebatkan dengan
wujudnya pandangan pro Dan kontra. Pro kerana ia merupakan Jalan pintas
buat pasukan Malaysia untuk menempah slot ke perlawanan piala dunia. Dengan menggunakan khidmat pemain luar yang diberikan taraf keistimewaan
warganegara segera dapat membantu pemain tempatan bagi memenangi perlawanan
peringkat antarabangsa.
Yang kontranya adalah tidak
dilihat sebagai patriotik. Tidak percaya kepada bakat pemain tempatan. Menafikan
kualiti yang dipunyai oleh rakyat tempatan. Tidak dinafikan kehadiran
pemain luar yang diserap oleh pengurus pasukan negara menunjukkan aksi yang
seimbang Dan mantap. Contohnya dalam perlawanan persahabatan Liverpool.
Kita siri satu sama. Gol penyerinya disudahi oleh pemain import.
Secara tidak langsung ia memberi gambaran keyakinan bagi pasukan negara
biarpun terpaksa menggunakan khidmat pemain luar.
Tetapi apakah kita
yakin dengan kesetiaannya terhadap pasukan yang asing Dari segi bangsa, budaya,
bahasa, agama Dan negara? Apakah perjuangan mereka kerana ketaatsetiaan pada
negara, kerana nasionalisme Dan patriotismenya kepada negara atau hanya kerana
imbuhan wang, material semata-mata? Yang ini perlu dipersoalkan. Namun
saya yakin faktor royalti yang ditawarkan melebihi Dari loyaliti yang
didambakan.
Jarang sekali naluri bangsa
asing untuk bersetia kepada negara yang memberikan kemewahan. Andainya
sesuatu berlaku kepada kemakmuran negara pastinya golongan inilah yang Akan
cabut terlebih dahulu dengan membawa segala kekayaan ke negara lain yang boleh
menjanjikan kemewahan kepadanya. Sejarah telah membuktikan pembabitan
warga luar dalam sesuatu institusi tidak pernah memberikan hasil yang positif.
Lihat apa yang telah terjadi kepada pasukan Tentera Jerman dalam WW
I&II yang menggunakan khidmat bangsa yang dijajah. Begitu juga Jepun yang
menggunakan bangsa Korea Dan China.
Termasuk juga bangsa Tukri yang menggunakan
khidmat bangsa Kurdish, Armenia dll semuanya mengundang kepada kekalahan yang
besar kerana pengkhianatan. Penjajah British menggunakan bangsa
jajahannya iaitu India, Punjabi dan juga Gurka sebagai tentera tambahannya
akhir kecundang juga kereta tentera berkenaan pemberontakkan yang dilakukan
akibat isu sensitiviti yang dicetuskan oleh penjajah. Begitu juga dengan
Kabinet Sultan Abdul Hamid yang memberikan ruang kepada bangsa luar
menganggotainya turut menyebabkan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah akibat
kerjasama kalangan pembelotnya dengan Yahudi.
Jadi apakah perlu lagikah
kita berangan-angan untuk menggunakan khidmat orang asing yang belum tentu lagi
kesetiaannya, pergorbanananya, berkongsi nilai sentimen tanah tumpahnya
darahku, disinilah kita dilahirkan dan disinilah disemadikan. Apakah
orang asing punya sentimen sebegini? Kita boleh persoalkan tujuan dan motif
penyertaan mereka. Hanya ganjaran material sahaja menjadi matlamat
mereka. Kesungguhan untuk berjuang atas nama nasionalisme sememangnya
tiada.
Apa gunanya kemenangan
tetapi bukannya diusahakan sepenuhnya oleh bakat dan tenaga tempatan.
Kejayaan yang diusahakan sendiri tanpa pembabitan luar lebih bernilai dan
dilihat sebagai bermaruah serta terlihat keasliannya. Ada yang berpendangan
sampai bila kita harus kalah dan ini lebih tercalar maruah negara. Jadi
sebagai jalan pintas kemasukan pemain bertaraf naturalisasi adalah jalan
terbaik. Dengan kelebihan pada fizikal mampu menyaingi pemain lawannya.
Sama halnya dengan PPSMI hendak mencapai kemajuan dalam STEM dalam taraf
negara maju dikorbankan Bahasa Melayu.
Kenapa tidak belajar Dari
Jepun,Korea Dan China yang Dari fizikalnya lebih kurang sama, tetapi mampu
menjadi kuasa bola sepak terunggul di Asia Timur. Mereka tidak guna pun
khidmat pemain luar, semuanya bakat tempatan. Yang membezakan kita dengan
mereka adalah semangat patriotik yang sangat tinggi Dan disusuli dengan
kesungguhan semua pihak serta latihan keras dan disiplin yang konsisten
dikalangan pemain. Mereka dipimpin oleh pengurusan, jurulatih Dan pemain
senior yang berjiwa besar.
Ulasan
Catat Ulasan