Kira-kira 300 tahun dahulu Rakyat Empayar Britain atau dahulunya dikenali sebagai Great Britain telah membuat keputusan yang bijak dengan menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Inggeris sempena nama bangsa mereka sebagai bahasa pemersatuan, perhubungan, pendidikan dan ekonomi. Walaupun membantah bantahan yang kuat dari sebahagian besar golongan bangsawan, ilmuan dan elitis Inggeris yang begitu taksub dengan bahasa Perancis dan Latin yang merupakan bahasa dunia ketika itu, namun berkat dokongan dan usaha yang tidak pernah putus asa para pejuang bahasa Inggeris akhirnya bahasa ini dimartabatkan dibuminya sendiri. Sebelum ini bahasa Inggeris hanyalah bahasa penuturan kelas rendah bagi kaum petani yang miskin tidak punya sebarang keistimewaan. Bahasa ini tidak mempunyai tempat di pusat-pusat pengajian tinggi dan penulisan baik kesusteraan dan juga buku-buku ilmiah. Para ilmuan inggeris ketika itu lebih berbangga dapat menulis dan bercakap dalam bahasa Pe...