Perlumbaan Spartan

Spartan Race atau Perlumbaan Spartan yang berjarak 6km (off road) dan disertakan dengan 25 halangan diadakan serentak dengan sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Okt telah diadakan dilitar perlumbaan off road yang diubahsuai dari kawasan lapang di Setia Alam.  Ianya dibuat berlangsung selama 2 hari, 10 Okt (Sabtu) dan 11 Okt (Ahad).  Mujur juga jerubu agak reda ketika acara berlangsung.   Jika tidak pastinya akan dibatal atau ditunda.  Acara ini dibawa Dari luar Dan Malaysia merupakan negara di Asia Tenggara yang menjadi hos kepada acara yang mencabar ini selepas Viper Challenge.  Teriakan atau sorakan Aroo Aroo Aroo menghiasi setiap pelepasan.  

Pelepasan peserta tidak dibuat serentak bagi tujuan Keselamatan Dan keselesaan peserta.  Kumpulan peserta pertama dilepaskan pada jam 7.30am Dan diikuti setiap setengah jam yang berikut bagi kumpulan yang seterusnya.  Macam saya waktu pelepasan saya jam 10am, jadi penantian yang lama satu penyeksaan kerana saya datang lebih awal.  Saya menyangka saya mendaftar untuk slot awal boleh habis cepat, rupanya pembahagian masa berdasarkan siapa datang awal.  Saya tidak tahu macamana pembahagian masa Dan kumpulan pelepasan.  Hendak atau tidak terpaksalah menunggu.  



Sambil menunggu, orang kata cuci matalah sebentar he2.  Bukan apa, melihat gelagat peserta yang rata-rata bukan Islam dengan berpakaian sukan yang boleh tahan juga penampilannya.  Orang kita juga tidak kalah.  Masing-masing sudah berakal jadi tahulah batas aurat.  Padaku Spartan race ini lebih teruk Dari acara Cabaran Viper yang pernah saya sertai.  Kekuatan upper body sangat diperlukan.  Bukan sekadar melepasi halangan tetapi juga kekuatan mengangkat bebanan yang Berus bebola besi, bar, guni Dan tong yang berisi batu atau pasir juga adalah elemen yang menjadikan Larian Spartan ini lebih menarik Dan mencabar.  Saya sendiri menyertainya dalam keadaan yang tidak sihat. Lebih kurang 25 halangan yang diperlu dilalui oleh para peserta. Alhamdulilah saya berjaya melepasi halangan dalam keadaan yang selamat walaupun Ada 3 halangan yang saya tidak melepasinya.  

Bagiku acara ini jauh lebih lasak Dari sekuel seperti Cabaran Viper Dan juga Commando Elite Challenge (CEC).  Walaupun Dari segi jaraknya 2 acara ini lebih jauh iaitu masing-masing 20 km Dan 16 km namun cabaran halangannya adalah tidak selasak Dan mencabar seperti Larian Spartan.  Saya memang berpuas hati dengan cabaran ini kerana inilah yang saya  cari dalam hidup bagi mengukur tahap kemampuan Dan penerimaan tubuh terhadap halangan Dan juga bebanan.  Menariknya acara ini juga turut disertai oleh YB Kairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan.  Tanpa sebarang protokol sebagai seorang Menteri, beliau melalui semua halangan tanpa sebarang keistimewaan.  Beliau melakukan Dan turut berlumpur seperti mana peserta yang lain.  Beliau menamatkan masa lebih pantas Dari saya, kurang Dari 2jam lebih tepat 1jam 25min berbanding saya tambah 1 jam Dari masa beliau.  Saya sebenar belum pulih 100% Dari demam.  Saya sendiri hampir pitam dipertengahan Litar.  Namun saya memaksakan diri Dan menguatkan semangat untuk menamatkannya.  

Pertandingan ini disertai oleh pelbagai lapisan peringkat umur.  Dalam usia saya yang telah pun 35 tahun masih lagi berminat dalam menyertai sukan lasak ini.  Benar saya kurang Dari segi latihan kerana komitmen kerja Dan keluarga.  Tetapi itu tidak menjadikan saya naïf dalam sukan.  Saya berlatih mengikut masa saya.  Saya tidak berhenti bersukan khususnya berlari selepas habis berkuliah.  Mungkin inilah yang menjadikan saya tidak mengalami pengembangan tubuh yang ketara berbanding dengan rakan-rakan yang bersara Dari dunia kecergasan.  

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca