Catatan Ramadhan 2.0 2017
(1) Sejak kecil, msa zaman belajar sy selalu berbuka di surau atau masjid. Teringat sy ada seorang AJK di msjd jamek serdang msa sy belajar di UPM dulu, pernah berkata..nanti2 bila sudah bkerja jangan lupa untuk bersedekah dengan mengadakan iftar. Sekarang ini makan percuma dulu..bila sudah mampu nanti bersedekah pada orang lain pula. Pesanan tersebut sy ingat sehingga sekarang. Baru tahun lepas ada kekuatan untuk berbuat demikian bagi mengadakan iftar dikawasan khairah sendiri. Sy menggunakan khidmat katering. Tahun ini tahun kedua sy melakukannya dan gunakan gotong royong untuk memasak. Bukan mudah sebenarnya hendak berbuat demikian kerana ia memerlukan komitmen dan kesungguhan. Allah bagi rezeki dalam bentuk gaji sebagai ujian. Banyak atau sedikit itu bukanlah persoalan. Jika niat untuk bersedekah kita akan usahakan juga untuk mengadakannya. Alhamdulillah diberikan juga kekuatan tersebut. Sy harap sy ingin berterusan menjadi penaja yg mengadakan iftar. Sy ingin istiqam...