Catatan Ramadhan 2.0 2017
(1)
Sejak kecil, msa zaman belajar sy
selalu berbuka di surau atau masjid. Teringat sy ada seorang AJK di msjd jamek
serdang msa sy belajar di UPM dulu, pernah berkata..nanti2 bila sudah bkerja
jangan lupa untuk bersedekah dengan mengadakan iftar. Sekarang ini makan
percuma dulu..bila sudah mampu nanti bersedekah pada orang lain pula. Pesanan
tersebut sy ingat sehingga sekarang.
Baru tahun lepas ada kekuatan
untuk berbuat demikian bagi mengadakan iftar dikawasan khairah sendiri.
Sy menggunakan khidmat katering. Tahun ini tahun kedua sy melakukannya dan
gunakan gotong royong untuk memasak. Bukan mudah sebenarnya hendak berbuat
demikian kerana ia memerlukan komitmen dan kesungguhan. Allah bagi rezeki dalam
bentuk gaji sebagai ujian. Banyak atau sedikit itu bukanlah persoalan. Jika
niat untuk bersedekah kita akan usahakan juga untuk mengadakannya.
Alhamdulillah diberikan juga kekuatan tersebut. Sy harap sy ingin berterusan menjadi penaja yg mengadakan iftar. Sy ingin istiqamah atau konsisten dalam usaha ini. Sy buat berdasarkan kemampuan.
Alhamdulillah diberikan juga kekuatan tersebut. Sy harap sy ingin berterusan menjadi penaja yg mengadakan iftar. Sy ingin istiqamah atau konsisten dalam usaha ini. Sy buat berdasarkan kemampuan.
Selama ini sy makan apa yg org
sedekah atau taja. Atau dilain kata sy menerima. Kali ini sy ingin menjadi
penaja atau pihak pemberi waima sehari dalam bulan Ramadhan bg menjamu org
berbuka. Bukankah Islam lebih memandang tinggi pihak yg memberi berbanding
menerima.
Sy ingin merebut pahala sebagai
pihak yg memberi. Bagi mereka yg menaja majlis atau aktiviti berbuka puasa
pahala yg diterima adalah sama dengan mereka yg menerimanya dari kita dengan
tidak dikurangkan sedikitpun pahala mereka. Lagi ramai pihak yg menerimanya
dari kita lebih banyak pahala atau kebaikan yg kita terima....
Dalam rezeki yg Allah bagi kepada
kita ada hak yg perlu kita raikan. Inilah peluang saya. Dalam Islam untuk
menjadi kaya kita perlu bersedekah. Jangan hanya disempitkan makna kaya
dalam erti kata harta shja..sebaliknya kemurahan rezeki, dilapangkan urusan
kehidupan, dipermudahkan urusan, bebas dari masalah keberhutangan, kesihatan,
orang mudah bkerjasama dengan kita, dihindari dari musibah, hubungan yg harmoni
dll semuanya adalah contoh kekayaan.
Inn Shaa Allah kita usahakan...
Inn Shaa Allah kita usahakan...
(2)
Asbab kita bersedekah
-Allah menjadikannya sebagai syafaat penyelamat di alam kubur dan akhirat
-Allah menjadikannya sebagai perisai huru hara di hari kiamat
-Allah melindungi aib dan kekurangan kita dari pandangan dan pengetahuan umum
-Allah melindungi kita dari musibah atau kecelakaan fizikal
-Allah mengangkat dan memuliakan darjat atau kedudukan kita
-Allah mengurniakan kesihatan kita
-Allah memudahkan urusan kita
-Allah merezekikan kita dengan pelbagai rezeki untuk dinikmati
-Allah melindungi kita penganiayaan dan tipu daya dari pihak yg berhasad dengan kita
-Allah memudahkan urusan kita untuk melakukan amal kebaikkan
-Allah memelihara ahli keluarga kita dari musibah dan dikurniakan hasanah..
Jangan terlalu berkira dalam bersedekah kerana Allah tidak pernah kira dengan kita. Bersedekahlah mengikut kadar kemampuan tetapi beristiqamah dalam amalan
-Allah menjadikannya sebagai syafaat penyelamat di alam kubur dan akhirat
-Allah menjadikannya sebagai perisai huru hara di hari kiamat
-Allah melindungi aib dan kekurangan kita dari pandangan dan pengetahuan umum
-Allah melindungi kita dari musibah atau kecelakaan fizikal
-Allah mengangkat dan memuliakan darjat atau kedudukan kita
-Allah mengurniakan kesihatan kita
-Allah memudahkan urusan kita
-Allah merezekikan kita dengan pelbagai rezeki untuk dinikmati
-Allah melindungi kita penganiayaan dan tipu daya dari pihak yg berhasad dengan kita
-Allah memudahkan urusan kita untuk melakukan amal kebaikkan
-Allah memelihara ahli keluarga kita dari musibah dan dikurniakan hasanah..
Jangan terlalu berkira dalam bersedekah kerana Allah tidak pernah kira dengan kita. Bersedekahlah mengikut kadar kemampuan tetapi beristiqamah dalam amalan
(3)
Keberkatan rezeki yg kita perolehi Allah memperlihatkan
menerusi :
- Kita tidak membazirkan makanan yg kita makan
- Kita tidak membazirkan minuman yg kita minum
- Kita tidak berlebih-lebihan dalam hal makan dan minum
- Kita menghargai pemberian orang yg bersedekah atau membelanjakan kita sebagaimana kita menghargai pendapatan kita
- Kita lebih banyak bersedekah kepada dengan menjamu atau berkongsi dengan orang lain
- Kita menginfak atau mewakafkan sedikit dari gaji atau juga harta untuk tujuan kemaslahatan umat
- Kita memperuntukan duit kita kepada ibubapa dan ahli keluarga kita
- Kita berupaya memperuntukan gaji bagi zakat pendapatan
- Allah mengcukupkan pendapatan kita waima kecil dengan keperluan kita
- Kita mampu menderma pada kadar kemampuan kita secara konsisten
- Kita tidak membazirkan makanan yg kita makan
- Kita tidak membazirkan minuman yg kita minum
- Kita tidak berlebih-lebihan dalam hal makan dan minum
- Kita menghargai pemberian orang yg bersedekah atau membelanjakan kita sebagaimana kita menghargai pendapatan kita
- Kita lebih banyak bersedekah kepada dengan menjamu atau berkongsi dengan orang lain
- Kita menginfak atau mewakafkan sedikit dari gaji atau juga harta untuk tujuan kemaslahatan umat
- Kita memperuntukan duit kita kepada ibubapa dan ahli keluarga kita
- Kita berupaya memperuntukan gaji bagi zakat pendapatan
- Allah mengcukupkan pendapatan kita waima kecil dengan keperluan kita
- Kita mampu menderma pada kadar kemampuan kita secara konsisten
(4)
Ujian yang Allah berikan pada
kita kadang-kadang hati kita rasa tak sama. Semua bergantung pada tahap
keimanan kita.
Kalau iman tengah tinggi macam gunung.. datang la ujian besar mana, kita boleh lalui dengan tenang..yelah iman tengah bertambah..
Akan tetapi jika iman dalam keadaan lemah longlai..berkurang.. ujian sekadar jentikan dari Allah kita dah rasa macam tsunami yang menimpa..walhal benda kecil sahaja pun
Kalau iman tengah tinggi macam gunung.. datang la ujian besar mana, kita boleh lalui dengan tenang..yelah iman tengah bertambah..
Akan tetapi jika iman dalam keadaan lemah longlai..berkurang.. ujian sekadar jentikan dari Allah kita dah rasa macam tsunami yang menimpa..walhal benda kecil sahaja pun
Namun apa yang Allah beri pada
kita, memang betul-betul sesuai pada ukuran iman dan kemampuan diri kita untuk
hadapi. Jika tidak berkemampuan, Allah tidak uji kita dengan pemberian
ujianNya.
Jangan bandingkan ujian orang
lain dengan ujian kau. Setiap orang tak sama. Alangkan saiz kasut... saiz baju
pun berbeza-beza, inikan ujian kiriman Tuhan..
Ayuh bersama setkan alarm untuk
berjaga malam..dengan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.
Saya sudah mengaji sehingga muka
surat 380 pada malam ini dengan surah al naml (semut) surah ke27 juzuk ke19.
Bermakna sy sudah melalui 19 malam Ramadhan. Baki cuma ada 220 muka surat lagi
dan bermakna puasa ada 10-11 sahaja lg. Sayu rasanya di hati. Bermakna Ramadhan
sudah dipenghujungnya..
Bulan ini sahaja segala amalan
digandakan berpuluh kali ganda malahan ratusan kali ganda. Tidakkah timbul rasa
kerugian dihati dengan membiarkan ianya berlalu sedangkan Allah menjanjikan
bonus pahala yg amat besar buat hambaNya. Jika pemberian khas raya RM500 kita
bersyukur dengan menerima sehinggakan kerajaan Selangor mengumumkan pemberian
bonus 2 bulan gaji kepada penjawat awam Selangor bagi memenangi hati dan
menunjukan betapa prihatin dan kaya kerajaan mereka kepada penjawat mereka..
Kenapa perlu iri hati? Sedangkan
Allah mengumumkan kurniaanNya jauh lebih awal dari Kerajaan Persekutuan dan
Negeri Selangor dengan nilainya bersamaan 1000 bulan. Kenapa tidak pula ini
dicemburui tetapi dicemburui pemberian manusia. Sebabnya kita tidak nampak nilainya
secara fizikal. Jika diterjemahkan kepada nilai duit pastinya berebut manusia
akan berusaha mencari. Akan tetapi jika dilihat menerusi kepercayaan iman
kita, percayalah kita nampak ganjarannya. Kita akan menerimanya di akhirat dan
juga tempiasnya di dunia ini. Sebab itulah hanya hambaNya yg terpilih sahaja
akan dapat menerima pemberian tersebut berdasarkan usaha dan ikhtiarnya dalam
mencari malam berkenaan.
Oleh itu ayuh berqiammulai..
Rebutlah ganjarannya..
Korbankan sedikit rehat malam dengan beribadat pada sepertiga atau seperdua malamnya untuk berebut ganjarannya..
Mudah-mudahan kita tergolongan dalam hambaNya yg layak menerima bonus tersebut..
Berusahalah....
(5)
Salah satu kisah menginspirasi
dari tazkirah yg saya dengar adalah berkenaan dengan magisnya bersedekah. Ianya
adalah kisah sepasang suami isteri dari seberang yg lanjut usianya. Mereka
telahpun menabung hampir 20 tahun dengan cara berniaga kedai runcit kecil-kecil
untuk ke menunaikan haji.
Ditakdirkan satu hari jirannya
telahpun mendapat musibah dan memerlukan pembiayaan untuk melakukan pembedahan
di hospital. Disebabkan ketidakcukupan untuk membiayai perbelanjaan maka
diwar-warkan. Akhirnya sampai ke pengetahuan pasangan itu tersebut.
Suaminya berkata kepada isteri ,"Kita sudahpun tua, belum tentu hidup lama
lagi. Kita pun tidak punya anak, duit hasil penabungan selama 20 pun tidak
cukup lg untuk ke Mekah. Jadi apalah salahnya kita dermakan semuanya sahaja
kepada yg lebih memerlukan, bukankah itu lebih baik".
Maka duit hasil dari tabungan
tersebut didermakan semuanya tanpa bersisa. Jirannya yg didermakan merasa
terharu. Ketika di hospital doktor yg merawat berkata, "Pastinya jiran yg
membantu tuan adalah mereka yg kaya kerana berkemampuan untuk membantu".
Pesakit tersebut memberitahu bahawa jiran yg membantunya adalah sepasang suami
istri tua yg lebih susah darinya bekerja berniaga runcit kecil-kecilan. Mereka
menderma semua hasil tabungan 20 tahunnya untuk ke Mekah bg membantu dirinya yg
sakit.
Terkedu doktor berkenaan. Berkata
di hatinya aku yg berduit inipun belum tentu punya kekuatan untuk berbuat
demikian tetapi mereka yg jauh lebih miskin dariku mampu melakukan sesuatu yg
begitu mulia. Lalu doktor berkenaan meminta maklumat bkenaan pasangan
tersebut.
Tidak berapa lama kemudian doktor
tersebut bersama isteri pergi menemui pasangan berkenaan berdasarkan maklumat
yg diperolehi. Sebaik menemui pasangan tersebut mereka memperkenalkan diri. Dr
berkenaan menyatakan hajat untuk ke Mekah mohon didoakan agar urusannya
dipermudahkan. Pasangan tua terasa, sudahlah hajat untuk ke Mekah berkubur
tetapi diminta berdoa kepada doktor dan isterinya untuk dipermudahkan urusan.
Namun tak mengapalah orang minta didoakan wajarlah didoakan.
Kemudian isteri doktor tersebut
berkata agar dipermudahkan urusan berpergian ke Mekah termasuk pakcik makcik.
Terpinga sebentar pasangan itu tersebut kenapa termasuk mereka sekali. Lalu
diterangkan hajat sebenar pasangan tersebut memang berhajat untuk membawa
sekali pakcik makcik berkenaan untuk menunaikan haji. Spontan pasangan
berkenaan melakukan sujud syukur dan menangis kerana hajat berkenaan
dimakbulkan Allah.
Lalu berkata suami kepada
isterinya, "Sekarang Allah sudah memakbulkan permintaan kita. Allah
mencukupkan biaya kita ke Mekah melalui pasangan ini. Belum tentu duit
penabungan kita selama 20 tahun cukup untuk kita berpergian ke Mekah. Sekarang
Allah memudahkan kita dengan asbab kita membantu tetangga kita yg dalam
kesusahan".
Ibrohnya...jangan berkira untuk
bersedekah kerana Allah telah menjanjikan tidak akan miskin mereka yg
bersedekah. Allah akan melapang atau melorongkan kemudahan baginya dan
dipermudahkan agar hajatnya tercapai. Allah menggantikan sedekah atau derma yg
dibagi dengan sesuatu yg lebih tinggi nilaiannya
Kesimpulannya
Allah itu, lebih dari cukup. Lebih dari segala-galanya. Kita ada Allah, kita ada semuanya
Allah itu, lebih dari cukup. Lebih dari segala-galanya. Kita ada Allah, kita ada semuanya
.
Sedekah adalah pembuka rezeki.
Memang benar, kita terasa seolah-olah kehilangan wang, tapi disaat bersamaan
kita juga sedang mengundang rezeki yang jauh lebih banyak.
Banyak orang yang merasa ragu
dengan keajaiban sedekah, Tapi jika mereka semua mahu bersedekah hari ini juga,
maka di esok hari tak ada seorangpun yang ragu akan keajaiban sedekah.
Sebelum mendapatkan sesuatu yang
besar, bersedekahlah dengan sesuatu yang besar. Karena hal itu akan menjamin
hal besar tadi boleh kita nikmati untuk waktu yang lama.
Orang yang rajin bersedekah
adalah kesinambungan tangan dari Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki. Maka wajarlah
jika mereka yg bersedekah juga memiliki rezeki yang melimpah.
Jangan malu memberikan sedikit,
kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
(6)
Ramadhan kian melabuhkan
tirainya.
Namun bagaimana dengan amalan yg
kita lakukan sepanjang 30 hari di bulan Ramadhan?
Adakah puasa kita diterima?
Adakah segala solat, sedekah,
bacaan Al Quran diterima?
Adakah kita berpuasa hati dengan
amalan kita?
Terdetikkah dihati tentang
penerimaan amalan kita?
Tidakkah kita risau tentang
amalan yg kita telah selama 30 hari jika tidak diterima Allah?
Tidakkah kita merasa risau atau
gusar kebarangkalian untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan?
Adakah kita ini layak untuk
meraikan Syawal dengan apa yg telah kita capai dalam Madrasah Ramadhan?
Tanda amalan kita diterima Allah
-Hati kita mudah untuk melakukan
amal kebaikan
-Kita mudah untuk bersedekah
-Kita mudah untuk menunaikan
solat dan rasa sangat bersalah jika tak bersolat
-Kita mudah untuk membaca Al
Quran
-Kita mudah melakukan kebaikan
pada orang lain
-Kita merasa benci terhadap
kemungkaran
-Kita mudah untuk melakukan
ibadat sunat
Sehari lagi buat kita untuk
melakukan amal ibadat yg digandakan yg mana Allah menjanjikan keampunan,
keampunan dan pembebasan dari api neraka
Sehari lagi buat kita disepanjang
kita berpuasa segala doa dimakbulkan
Sehari lagi buat kita segala
amalan kita digandakan.
Tidakkah kita menangisi
pemergiannya? Belum tentu lagi kita berpeluang untuk menemuinya lagi jika
amalan yg dilakukan masih belum cukup baik.
Andai kita membiarkan hari-hari
di bulan Ramadhan berlalu tanpa pengisian yg bermakna belum tentu pahala di
bulan lain mampu menandingi pahala di bulan Ramadhan. Apakah tidak rasa terdetik rasa menyesal
membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja...
(7)
Semalam merupakan jumaat terakhir
buat Ramadhan 1438H. Namun semalam juga sy mempelajari sesuatu yg sangat
bermakna apa itu SYUKUR dan MAKNA BERSEDEKAH. Allah memperlihatkan kebesaran perintahNya
melalui seseorang..
Usai dari bersolat Jummat,
menunaikan solat sunat bad'iyah dan mengaji sy keluar dari masjid untuk kembali
ke motosikal. Dalam pjalanan ke parkir motosikal sy terserempak dengan kakak yg
menjual kuih raya bersama anak-anaknya. Barang jualannya tidak banyak. Sy
menuju ke makcik tersebut, lalu menghulur sedikit duit untuk disedekahkan.
Kakak tersebut menerimanya dengan terharu dan berkata 'Semua orang bersolat, tapi
bukan semua hatinya sama',..
Dari perbualan dengan kakak
tersebut, mereka anak beranak dari Kuala Selangor. Suaminya telahpun tiada.
Berikutan ketiadaan suaminya mereka anak beranak hidup menumpang di rumah orang
lain kerana dihalau keluar dari kediaman. Dengan jualan kecil-kecilannya kakak
tersebut berniaga di mana-mana sahaja selagi tidak dihalau. Jika dihalau,
dicarinya lokasi lain untuk berjual. Di masjid yg sy bersolat Jumaat kakak yg ditemani anak-anaknya menumpang
teduh menjual kuih raya yg tak seberapa jumlahnya.
Sy fikir hasil jualan tersebut
cuma untuk dibuat makan pada hari ini sahaja. Sedih sy mendengar kisah kakak
tersebut. Sy minta diri untuk pulang selepas berbual dengan kakak
tersebut. Selepas beberapa langkah sy
menoleh sekali lagi ke belakang dan lihat kakak tersebut berkemas untuk pulang.
Sy fikir, apa salahnya sy bagi lebih sedikit untuk membantu anak beranak
tersebut. Lalu sy berpatah balik dan berjumpa dengan kakak berkenaan minta
kakak tersebut tunggu sy dalam 15min. Terpinga-pinga kakak tersebut.
Kemudian sy menghidupkan
motosikal dan memecut untuk mencari ATM yg berhampiran. Selepas mengeluarkan
sejumlah wang sy kembali ke masjid untuk menemui kakak tersebut. Lalu sy memberikan wang tersebut pada kakak
berkenaan. Terkejut kakak apabila melihat duit yg diterima, banyak ini dik. Sy
kata, "Tak mengapa kak, ini rezeki kak, rezeki sy Allah dah bagi pada sy.
Ini untuk kakak dan anak-anak akak belanja buat raya"..
Kakak tersebut menerima dengan
mata yg berkaca. Kakak tersebut hanya mampu kata, selamat hari maaf zahir dan
batin. Sy minta diri untuk pulang. Selepas beberapa langkah sy menoleh ke
belakang..sy lihat kakak tersebut menadah tangan berdoa sambil memegang wang
pemberian dengan memandang ke langit, memandang wang sy dan memandang sy dengan
mata yg berkaca. Sebak sy melihatnya dan tanpa sedari air mata sy menitis.
Sy rasa sangat sebak...kerana
inilah kali pertama sy lihat wang derma atau sedekah sy pada seseorang dihargai
dengan begitu sekali. Seolah-olah itulah buat kali pertama kakak tersebut
menerima wang yg sebegitu banyak. Saya rasa sangat kerdil dan insaf dengan apa
yg sy lihat. Tidak pernah selama ini wang derma sy, sedekah sy atau belanja
dihargai sedemikian rupa oleh orang yg menerimanya. Kerana mereka bukan orang
terdesak atau sangat susah.
Walhal sy setiap bulan sy
menerima gaji yg jauh lebih tinggi dari apa yg sy beri namun tak pernah pun sy
melakukan sebagaimana kakak tersebut buat.
Sy insaf. Sy tak pernah merasa kesusahan sebagaimana kesusahan kakak
tersebut. Sy mendapat kerja yg baik dan gaji yg sesuai dengan posisi. Allah memperlihatkan
apa itu BERSYUKUR..
Benar sy bersyukur dengan gaji sy
terima. Tapi kesyukuran yg bagaimana sy zahirkan. Sy berada dalam zon
keselesaan. Tak perlu risau kerana gaji diterima setiap 25hb. Dengan kelulusan
akademik yg tinggi sy mendapat jawatan yg sesuai dengan kelulusan. Skop kerja
lebih kepada pengurusan. Tak perlu dihalau keluar dari rumah kerana rumah
sendiri yg dibayar setiap bulan. Keluarga masih punya tempat berteduh dan tidak
perlu menumpang di mana-mana.
Ya takdir sy baik malah jauh
lebih baik dari kakak tersebut. Allah merezekikan dengan pelbagai kelebihan,
lebih banyak dari kakak tersebut. Sy
rasa sangat kerdil, insaf dan malu. Sy tidak berkemampuan untuk menjiwai rasa
kesyukuran seperti kakak tersebut. Sy
bersyukur kepada Allah kerana menghantar kakak tersebut untuk mengajar makna
BERSYUKUR..
Sedikit atau banyak rezeki yg
diterima wajar kita bersyukur. Jangan merungut.
Ini pelajaran sy yang paling mahal sy perolehi. Yang paling utama rajinkan diri untuk
bersedekah kerana dengan bersedekah ia mendidik jiwa selain pembuka jalan utama
kepada rezeki..
Sedekah adalah pembuka rezeki.
Memang benar, kita terasa seolah-olah kehilangan wang, tapi disaat bersamaan
kita juga sedang mengundang rezeki yang jauh lebih banyak. Bersedekah tidak
pernah memiskin harta, sebaliknya ia akan mengayakan harta kita selain dari
mengayakan diri dengan membentuk mereka yg berjiwa besar...
Allah tidak pernah berkira dengan
rezeki yg Allah kurniakan kepada kita..tetapi kenapa kita berkira pula untuk
menyedekahkan atau berkongsi rezeki yg Allah bagi kepada kita dengan orang. Berkongsilah
mengikut kemampuan..
Kerdilnya sy rasa. Sehingga kini
bila teringat kakak tersebut terasa sebak dan mengingatkan sy utk istiqamah
dalam bersedekah. Alhamdulillah..terima kasih Allah...
(8)
Andai pahala membaca Al Quran di
bulan Ramadhan ditukarkan kepada nilaian duit...pastinya dunia ini penuh siang
malam dengan alunan bacaan Al Quran demi menuntut bonusnya.
Andai pahala solat fardu dan
sunat dilakukan secara berjemaah dan digandakan dalam bulan Ramadhan ditukar
kepada bentuk ringgit pastinya masjid dan daratan muka bumi ini penuh dgn
manusia yg beribadat demi menuntut bonusnya.
Andai pahala sedekah yg
digandakan pada bulan Ramadhan ditukar pada bentuk duit pastinya setiap
tabungan sentiasa dipenuhi wang demi menuntut pulangan pelaburannya.
Andainya segala pahala yg
dilakukan dengan berqiammulai ditukar kepada bentuk ringgit pastinya ramai yg
sanggup berjaga malam demi menuntut ganjarannya
Andainya segala kebaikkan amalan
yg dilakukan pada bulan Ramadhan ditukar kepada duit pastinya dunia ini aman
kerana tiada manusia yg sempat berbuat kejahatan...
Andai pahala lailatul qadar
ditukar kepada bentuk duit pastinya aktiviti hidup sedari awal Ramadhan
sehingga akhir malam Ramadhan demi menuntut bonus 1000 bulan.
Tapi Allah Maha
Adil...diberikannya kepada hamba-hambaNya yang dipilih sahaja.
Allah hanya menjemput
hamba-hambaNya yg 'nampak' apa yg bakal diganjarkan kepadanya.
HambaNya yg berjaya melepasi
saringan atau tapisannya sahaja yg layak untuk menerima ganjarannya.
HambaNya yg digerakan hatinya
untuk meraih ganjarannya. Ganjaran Allah
itu mahal, Syurga Allah itu mahal, ada harganya..
Bukan sebarang hamba-hambaNya yg
terpilih untuk menerimanya.
Justeru hanya mereka yg terpilih
sahaja diberikan kemudahan dan kekuatan iman dr segi fizikal dan mental untuk
melakukannya bagi meraih ganjaran tersebut.
Sesungguhnya mereka itulah yg meraih keberuntungan yg berpanjangan dari
Ramadhan yg dilalui sepanjang 29-30 hari...
(9)
Puasa mendidik kita supaya sentiasa
bersyukur dan bersabar..
Ketika kita menginginkan sesuatu
yang tak kunjung DIDAPATKAN. Maka Allah meminta kita untuk sabar MENUNGGU. Kita
punya rencana maka demikian Allah juga berencana untuk kita.
Allah selalu memberikan senyum
dibalik kesedihan. Allah selalu memberikan Harapan dibalik keputus-asaan.
Sesungguhnya SABAR akan indah jika kita selalu dekat dgn ALLAH InsyaAllah.”
Ingatlah.. Allah selalu
memberikan kelebihan dibalik kekurangan.. Allah selalu memberikan Kekuatan
dibalik kelemahan. Ketika perjalanan hidup terasa MEMBOSANKAN. Maka Allah
menyuruh kita untuk banyak BERSYUKUR.
Doa adalah senjata paling ampuh.
Tapi terkadang sebagai kita tiada kesabaran dalam menunggu dikabulkannya sebuah
doa. Tetapi ingatlah, setiap doa pasti akan dikabulkan oleh Allah. Dan Allah
menyediakan waktu yang terbaik untuk mengabulkan Do’a Kita. Justeru teruskan
berdoa walaupun adakalanya kita merasa mustahil ianya terjadi. Bagi Allah tiada
yg mustahil. Kun Faya Kun, jadi maka jadilah ia...
(10)
Pada suatu petang Syawal kedua
dipersimpangan lampu isyarat berdekatan dengan The Store Bandar Baru Sungai
Buloh sy menghentikan kenderaan berikutan isyarat merah. Tiba-tiba tingkap cermin diketuk oleh seorang
lelaki. Mujur tingkap dan pintu kereta ditutup. Lelaki yg saya kira berbangsa
Melayu meminta untuk ditumpang sehingga ke Paya Jaras.
Pada mulanya saya enggan untuk
menumpanginya kerana risau helah penjahat. Tetapi dari pemerhatian saya lelaki
ini macam OKU dr segi intelektual yakni mcm golongan lembab jika didengar dari
percakapannya. Mungkin dari risikonya tidaklah tinggi. Lagi pula waktu siang.
Jika ada apa-apa kemungkinan buruk terjadi sy mudah untuk meminta bantuan. Jadi
selepas mempertimbangan dengan penilaian risiko yg serdahana sy merisikokan
diri dengan menumpanginya.
Sebaik sy membukakan pintu,
lantas lelaki berkenaan memasuki kereta dan sy memandu sepantas yg boleh untuk
ke destinasi yg dituju oleh lelaki berkenaan. Sebaik memasuki kereta sy, lelaki
berkenaan spontan berdoa untuk kesejahteraan saya kerana membenarkan sy
menumpanginya. Saya terkesan mendengar bait-bait doanya dan mengaminkan.
Sepanjang perjalanan yg singkat, sempat juga dia berbual dengan sy.
Dalam perbualan singkat, dia
memberitahu bhwa pada pagi raya dia telah bersalaman dan mengucapkan salam hari
raya dengan org yg dia jumpa sepanjang perjalanan keluar dari rumah sehingga ke
masjid kuning fasa 3. Sebaik tiba di persimpangan yg dimaksudkan di Paya Jaras
Hilir sy memberhentikan dan menurunkan lelaki berkenaan. Semasa bersalaman
sekali lagi dia berdoa agar sy diberikan keberkatan dan kenderaan yg sy gunakan
adalah untuk membawa kepada kebaikan. Sy mengaminkan dia.
Walaupun mungkin lelaki tersebut
OKU dari segi intelektualnya tetapi saat dia berdoa untuk saya..saya terkesan.
Masih ada lagi kewarasan dalam pemikirannya.
Alhamdulillah tiada apa-apa insiden yg berlaku. Niat dia cuma untuk
menumpang dan saya juga berniat berserah kepada Allah untuk membantu.
Mudah-mudah doanya dimakbulkan Allah.
Jarang ada orang yg dibantu mendoakan pihak yg membantunya secara
berhadapan secara spotan. Mungkin ini caranya untuk menzahirkan rasa
keberterimakasihan. Apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih. Moga Allah memberkati kita semua.
Play Live Dealer Casinos - Casino Roll
BalasPadam› games › live-dealers- 포커 카드 › games 강원 랜드 칩걸 › live-dealers- Play Live Dealer Online Roulette Games. Live 피망 포커 Dealer Roulette is one of the most exciting 룰렛 확률 casino games available. 블랙 잭 무기 Learn more about our selection of Live Casino