Catatan Ramadhan 2017

Catatan Ramadhan 2017

(i)

Bersyukurlah kepada Allah kerana dipilih dalam jutaan manusia sebagai salah seorang yang boleh menunaikan solat.

Bayangkan betapa ramai manusia diluar sana yang leka dan tenggelam dalam kekufuran serta tidak diberikan hidayah oleh Allah untuk bersujud kepada Nya biarpun mereka berpuasa.

Adakala kita terlupa bahawa dipilih untuk menunaikan solat kepada-Nya juga adalah satu nikmat yang paling besar dalam hidup ini. Bersyukurlah kerana terpilih tanpa melainkan keuzuran yg dimaafkan syarak.

Batas sempadan kita dengan kafir hanyalah solat. Jika tidak bersolat tiada bezanya kita dengan mereka

(ii)

Sewajarnya di bulan Ramadhan, pembaziran makanan tidak berlaku. Namun sebaliknya ia tetap berlaku malahan semakin berkali ganda banyaknya. 

Kajian SWCorp lbh krg 17 800 tan makanan dibazirkan sehari. Lebih membimbangkan ia akan meningkat kepada 15 kali ganda menjelang Ramadhan. Jika disusun longgokan makanan yg dibazir ia menyamai ketinggian 30 kali KLCC yg berketinggian 452 meter. 

Di mana silapnya tidaklah kita tahu walapun kita telah sedia maklum. Jika dicermati amalan berpuasa berupaya mengekang nafsu kita. Namun pembaziran yg merupakan sahabat syaitan tetap berlaku, malahan semakin bertambah disebalik syaitan dibelenggu. Sebaik sahaja kaki melangkah ke bazar, automatik nafsu mula menguasai. Deria kita dirangsang dengan pelbagai kesedapan makanan. Niat asalnya sekadar untuk berbelanja apa yg patut namun berubah. Sudahnya dari satu atau dua plastik juadah dirancang, menjadi tidak cukup jari untuk membawa beg plastik.

Kita gagal mendidik nafsu berbelanja. Kita berbelanja mengikut nafsu akibat dari persepsi lapar yg dicetuskan oleh minda. Walhal apabila berbuka kita sekadar mampu makan apa yg kita mampu makan sahaja. Selebihnya makanan yg tidak terjamah akan dibawa ke sahur atau jika tidak ianya akan berakhir dalam tong sampah. Jadi di mana keberkatan dalam puasa kita.

Puasa yg kita kerjakan sepatutnya mendidik jiwa kita agar menginsafi. Kita menginsafi bahawa bukan semua bernasib baik dapat menikmati makanan semewah kita. Ada yg hidupnya sentiasa dalam kelaparan akibat dari kesusahan hidup, berada dalam darurat seperti peperangan atau bencana alam. Inilah sebabnya agar kita sama-sama merasai kesusahan seperti mana orang lain. Bukannya dengan makan mengikut nafsu sehingga menjurus ke arah pembaziran.

Oleh itu berbelanjalah mengikut rasional. Jika hendak berbelanja lebih, yg lebih itu kita sedekahkan kepada orang lain untuk sama-sama beriftar. Bukankah itu lebih baik. Sama juga dengan peniaga jika 10 bahagian digunakan untuk berniaga apalah salahnya jika 1/10 disedekahkan. Setidak-tidaknya dapat mengurangkan pembaziran selain memperolehi keberkatan dengan bersedekah.

Hakikatnya banyak yg boleh kita lakukan kebaikkan dalam Ramadhan.  Untuk elakkan pembaziran sedekah adalah jalan terbaik selain dari merancang perbelanjaan, agar puasa yg kita kerjakan diterima Allah. Apabila kita menjamu mereka yg berpuasa kita memperolehi pahala seperti mana mereka yg kita jamukan tanpa mengurangkan sedikit pahala mereka..

(iii)

Alhamdulillah fasa 10 malam pertama hampir kita tunaikan dengan malam ini kita melaksanakan ibadat fardu dan sunat sebagai pengisian untuk memanfaatkan malam-malam Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Namun disebalik itu ada juga dalam kalangan kita tidak berjaya menghabiskan fasa terbabit kerana telah dijemput Illahi dalam pelbagai cara.

Ada cara yg baik, contohnya kematian 7 jenazah pelajar tahfiz dalam perjalanan menuntut ilmu, biarpun kemalangan berpunca dari kecuaian pemandunya. Kematian mereka dianggap syahid kecil. Ada juga yg mati dalam keadaan tragis seperti penuntut UPNM. Berlaku dalam keadaan disyaki mencuri laptop lalu didera dan dibelasah secara berkumpulan.  Ianya adalah sesuatu yg malang kerana mangsa disahkan mati tanpa mendapat sebarang pembelaan yg sewajarnya.  

Tetapi ada yg lebih tragis kematian seorang inspektor polis yg menamatkan nyawanya sendiri dengam menembak dirinya sendiri dikepalanya. Kejadian ini disahkan sebagai mati mengejut. Akan dari maklumat awal yg diperolehi ia berpunca dari kemurungan anggota berkenaan akibat dari tekanan perasaan. Apa yg dikesalkan cara arwah memilih kematian dengan membunuh diri. Mayat dijumpai terkulai di bilik kerja. 

Justeru kita yg masih diberi peluang, manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya peluang dalam Ramadhan yg bakal memasuki fasa kedua dan ketiga. Tambah sebanyak mungkin amalan yg membawa kita ke Syurga, agar dosa yg dilakukan selagi mana tidak dikerjakan dosa besar akan terampun.  

Biarlah kita bertemu dengan Pencipta kita dalam kita membawa banyak bekalan kebaikkan supaya mizan yg menjadi timbangan kelak di sana akan memberatkan peluang kita untuk masuk ke Syurga. Ayuh...

Berusahalah...

(iv)

Saya merindui suasana di surau MBSA khususnya pada bulan Ramadhan. Atas inisiatif biro agamanya mereka mengadakan tadarus Al Quran pada setiap Ramadhan. Seingat saya ketika sy mula bertugas pada Mac 2014 di BKKM JKNS di Wisma MBSA, saya telah menyertai tadarus anjuran MBSA yg pada ketika tahun kedua penganjurannya. Ini adalah  kali ke-3 saya menyertainya (sehingga 2016).

Setiap kali solat fardu Zuhor dan Asar memang sy akan bersolat berjemaah di situ jika sy tiada kerja luar. Secara tak langsung sy ada mengenali jemaah MBSA yg selalu bersolat disitu. Mereka juga mengajak saya untuk menyertai sekali tadarus. Penyertaan tidak sahaja terhad terhadap warga kerja MBSA sahaja sebaliknya terbuka kepada penyewa lain. Sy memang menunggu saat untuk bertadarus tersebut. Majoritinya adalah staf MBSA dan dari kalangan penyewa lain tidak ramai termasuk BKKM hanya saya seorang sahaja.

Bukan tidak ajak, sy telahpun ajak. Memandangkan staf lelaki tidak ramai dan yg ada pun keberatan untuk menyertai tadarus atas alasan sibuk dengan kerja, malu hendak mengaji atau apa sahaja. Sudahnya saya seorang sahaja yg hadir dari mula smpi habis atau ke majlis khatam yg diadakan secara serdahana pada 4 hari sebelum raya. Para peserta yg menyertai akan diberikan sedikit cenderamata sebagai tanda penghargaan dalam meluangkan masa untuk bertadarus. 

Saya sedikit kecewa. Dalam bulan Ramadhan inilah kita sewajarnya mengambil kesempatan untuk menambah amal kebaikkan. Tidaklah hnya disibukkan dengan urusan keduniaan. Peruntukkan sedikit masa pagi-pagi dalam jam antara 8 - 8.30 am atau habis lewat pd jam 9am dengan bertadarus. Jika sebelum ini boleh shja bersarapan sehingga jam 9am malahan terlebih waktunya kenapa perlu berkira untuk waktu tadarus. Percuma sahaja. Ambillah kesempatan untuk sama belajar memperbaiki bacaan. Kenapa perlu berkira untuk agama Allah, sedangkan Allah tidak pernah berkira dengan kita.

Bukan semuanya pun mahir membaca, ada yg merangkak bacaannya. Tetapi jangan malu jika niat hendak melancarkan bacaan. Akan ada kalangan peserta yg akan memperbetulkan mahkraj dan tajwid kita. Sy sendiripun bukan mahir bab tajwid tetapi terimanya sebagai bentuk pembelajaran.

Cuma tahun ini sy telah ditukar ke PKD Klang. Tiada suasananya sebegitu. Saya merindui suasana Ramadhan yg hidup di surau tingkat 14 Wisma MBSA yg paginya dengan tadarus, kuliah@tazkirah zuhor dan solat berjemaah bagi waktu zuhor dan asar. Suasana dan semangat keislaman yg diterapkan membanggakan saya. Pengisian Ramadhannya memberikan manfaat buat jemaah yg menyertainya. Sy cuma boleh memberitahu staf lelaki di BKKM JKNS supaya menyertai program berkenaan. Selebihnya terpulanglah sama ada hendak atau tidak ke program berkenaan..
Berusahalah...

(v)

Yang dikatakan kebahagian bukanlah memiliki harta yg jutaan nilainya, pasangan yg cantik, kereta yg mahal, simpanan wang yg banyak, sijil akademik yg berkajang banyak, keluarga yg ramai..akan tetapi kebahagian hakiki adalah kebahagian apabila menempatkan Allah dalam hati.

Janganlah semata-mata kerana dilihat secara fizikal yg cela atau buruk, itu sahaja yg terlihat, namun berusahalah mencari sisi kebaikkan disebalik jutaan keburukan. Bukan semua yang manis atau cantik pada pandangan mata atau hemat fikiran adalah baik kepada kita kerana pada Allah sesuatu yg pahit atau kurang menarik itulah yg terbaik buat kita. Allah menakdirkan sedemikian kerana Allah tahu bahawa dengan asbabnya begitu seseorang itu mampu untuk mengharunginya dengan baik tanpa menjejas fokus asal kerana Allah akan menjanjikan sesuatu yg lebih sebagai gantinya.

Allah kurniakan bukan apa yg kita hendak tetapi Allah kurniakan kepada kita apa yg Allah hendak dari kita.

Benar kita meminta apa yg kita ingini dari Allah, akan tetapi menerusi doa yg Allah jawab, Allah memberikan kepada kita apa Allah hendak dari kurniaNya kepada kita. Allah ingin menguji kita adakah dengan kurniaan yg diberikan kepada kita sejauh manakah kesyukuran kita kepadaNya. Jika kita bersyukur dan reda dengan apa yg Allah berikan nescaya Allah akan beri lebih lagi kepada kita malahan lebih dari apa yg kita jangkakan atau hajatkan. Pokoknya kita harus belajar bersyukur..

Kita menginginkan sesuatu hajat dan Allah makbulkan hajat lalu kita memperolehi apa yg dihajati. Akan tetapi Allah menguji kita dengan apa yg kita perolehi. Allah menguji untuk melihat sejauh manakah kesyukuran dan keredaan kita dalam menerima pemberianNya. Ini adalah kerana Allah ingin mengganjarkan sesuatu yg baik dengan apa yg kita hajatkan. Jika lulus ujiannya maka layaklah dia menerima ganjaran berkenaan dan manakala jika gagal dalam ujian tersebut maka rasakanlah azabNya.

Contohnya kamu menginginkan pekerjaan. Nah Allah bagi kita pekerjaan. Namun Allah menguji kita dengan pekerjaan kita dengan ujian dari segi tekanan persekitarannya, dari kalangan stafnya dan juga majikan yg tidak boleh diduga anginnya. Tarikan wang, kemudahan atau fasiliti pejabat adakah kita akan menyalahgunakannya atau tidak. Masa bekerja adakah kita ini sepenuhnya bekerja digunakan utk bkerja atau benda lain dan pelbagai bentuk ujian. Allah menguji kita dengan pekerjaan yg kita harapkan bagi menentukan bentuk ganjaran sama ada yg membawa kita Syurga ataupun sebaliknya.
Ini belum lagi ujian yg Allah datangkan dari keluarga kita, masyarakat kita, kenderaan@harta kita dan pelbagai lagi. Semuanya ini adalah untuk melihat sejauh mananya bersyukurnya kita dengan apa yg diperolehi dan adakah ianya membawa manfaat atau bala kepada kita.  

Itulah sebabnya jika kita memilih atau menerima semata-mata kerana ianya adalah didatangkan dari Allah kepada kita nescaya kita akan menikmati kebahagian. Kebahagian yg kita sandarkan pemilihannya hanya kerana Allah.

Jika kita memilihnya disebabkan rasional atau logik akal atau nafsu maka kebahagian yg dicari hanya bertahan sekejap cuma. Secara fizikal ia akan berubah mengikut sunnatullahnya.  Berubahnya ia, maka kebahagian yg asalnya turut berubah. Kesimpulannya apa yg kita hajatkan itu tergantung pada niat asal kita. Jika kita memilih kerana Allah, maka Allah jualah yg kita dapat. Begitulah sebaliknya jika kerana nafsu, akhirnya nafsu membawa kepada sesalan yg tiada kesudahan akhirnya...

Pesanan buat diri.

Berusahalah...

(vi)

Mempermudahkan urusan org adalah lebih baik dari kita menekan org lain untuk kemudahan atau kepentingan diri kita. Mungkin kita akan sedikit rugi. Namun jika kita cermati semula apa yg kita bagi atau belanja pada orang lain dengan apa yg kita perolehi sebenarnya kita sudah dapat lebih dari sepatutnya. Atau dilain maksud kita sudah memperolehi keuntungan.

Justeru tidaklah perlulah untuk kita menuntut semula apa yg dihutangi atau kita bagi semata-mata untuk memenuhi kehendak kita walhal mereka yg dituntut itu sendiripun terbeban dengan pelbagai permasalahan lain. Bukan kerana mereka mahu melarikan diri atau terhutang budi tetapi kerana mereka tidak berkemampuan untuk melunaskan dalam masa yg ditetapkan atas kekangan tertentu.
Maka apalah salahnya disaat kita sendiripun punya kelebihan dari segi harta atau apa yg telah kita perolehi, kita mempermudahkan sahaja urusan mereka. Kita bagi penawaran dari segi nilai supaya mereka tidak terasa beban untuk membayar atau yg lebih baik kita menukarkan hutang kepada sedekah.  Mungkin kita terasa rugi. Sebenarnya kita tak pernah kerugian.

Hakikat sebenar jika kita mahu dilihat mahu menjadi kaya, kita perlu bersedekah.  Nilainya bergantung kepada keikhlasan dan niat. Setiap perlakuan kita adalah berpandu kepada niat. Kita memperolehi apa yg kita perolehi adalah dari niat kita.  

Jika kita berniat mahu mempermudahkan urusan orang..Inn Shaa Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Dapat melihat kegembiraan mereka yg dibantu adalah hadiah kegembiraan buat kita.  Apa jumlah yg kita berikan kepada orang yg kita bantu, hakikatnya Allah telahpun menggandakan nilainya. Kita memperolehi nilai yg jauh lebih besar.

Mungkin bukan semuanya dalam ringgit. Tetapi Allah membalasnya dalam pelbagai bentuk. Malahan ada yg tak terjangka oleh kita. Rezeki Allah itu luas cakupan maknanya. Allah merezekikan kita dalam pelbagai medium.  Tiada konsep rugi apabila kita bersedekah kerana Allah menjanjikan ganjaran yg besar. Malahan untuk menjadi kaya, Islam menganjurkan bersedekah. Allah mengetahuinya dari hati kita.  Apatah lagi di bulan Ramadhan lagi digalakan mempermudahkan urusan orang lain dan bersedekah...

Berusahalah

(vii)

Kita masuk ke Syurga bukan kerana kuantiti atau kualiti amalan kita tetapi kerana Allah kasihan kepada kita. Kerana rahmat dan rahim Allah. Jika diikutkan hampir tiada yg layak masuk ke Syurga melainkan sedikit sangat.

Sedangkan kita yg bersolat pun belum tentu ada jaminan apatah lg yg tidak bersolat memang tiada harapan utk cium bau Syurga. Lantaran itu dlm doa kita mohon agar kehidupan kita diberikan hasanah@kebaikkan baik di dunia mahupun di akhirat dan berlindung dari azab api neraka. Kita juga memohon agar diakhir kehidupan kita biarlah dalam keadaan yg baik atau khusul khotimah..
Moga Allah menerima ibadat puasa kita. 

Moga kita mendapat kerahmatan dari fasa pertama berpuasa kita

Moga kita mendapat pengampunan dosa atau maghfirah dalam fasa yg kita lalui sekarang.
Berapa banyak dosa kita berbanding pahala. Kita perlu audit diri kita. Kita perlu lakulan re-assessment terhadap diri kita.  Lihat secara retrospektif apa yg telah kita lakukan. 
Allah Maha Pengampun, Allah Maha Mengasihani.  Biarpun dosa kita melangit tingginya namun selagi pintu keampunan masih terbuka masih tersisa buat kita untuk memohon keampunan....
Ayuh berqiammulai 

Penuhi malam-malam Ramadhan dengan Qiammulai.
Lakukan yg termampu kita lakukan
Setidak-tidaknya kita berdoalah dalam hati jika tidak mampu sangat utk bangun mengerjakan solat sunat.
Bersyukurlah Allah masih memilih kita untuk berpuasa, menunai hukum kefarduan dan juga ibadat berjaga malam untuk diri sendiri....

(viii)

Menukar duit kepada pahala...

Apa jua duit yg kita perolehi baik dalam bentuk pendapatan tetap, pemberian khas, bonus banyak  mahupun sedikit jika kita niatkan untuk derma, sedekah, infak dan wakaf, amalan berkenaan akan 'menggandakan' nilaian wang berkenaan.  Dividen atau nilai faedah yg diperolehi hasil dari pelaburan yg kita laburkan dalam bentuk sedekah atau yg seangkatan dengannya akan dinilai oleh Allah berdasarkan keikhlasan kita.

Ada masa terlalu berkira untuk bersedekah kepada perkara yg baik. Tetapi kita tidak berkira pula untuk berbelanja pada perkara yg lain. Ini menunjukkan Allah tidak memberkati rezeki kita. Duit yg diperolehi seringkali tidak cukup. Jika ada sekalipun jarang pula bersyukur dan mengeluh kerana tidak cukup. Islam menganjurkan untuk kaya kita perlu bersedekah bukannya sudah kaya baru hendak bersedekah. Bersedekah tidak perlu banyak, cukuplah berdasarkan kepada kemampuan namun jangan terlalu berkira. Kita berkemampuan tetapi sengaja buat-buat tak mampu. 

Apatah lagi jika ianya dilakukan pada bulan Ramadhan. Allah akan mengganjarkan antara 7 sehingga 700 kali ganda nilainya, malahan ia lebih dari itu. Sementara kita masih berpuasa dan rujuk semula amalan yg telah kita selama 2 minggu yg lalu berapa banyak amalan sedekah yg telah kita lakukan. Adakah pada setiap hari kita memperuntukan sesuatu nilai untuk disedekahkan pd tabung masjid atau surau, atau juga tabungan derma rasmi untuk maahad tahfiz, tabungan kebajikan anak-anak yatim, golongan tersisih atau mereka yg memerlukan bantuan atau juga bg pembinaan madrasah, masjid dan surau.

Ada sedekah yg perlu kita kita berikan keutamaan dan ada sedekah yg perlu kita kemudiankan tetapi bukanlah sampai mengabaikan. Begitu juga derma atau sedekah yg paling afdal adalah kepada ibubapa dan ahli keluarga kita.  Itu yg sebaik-baik derma sebelum kita mula mendermakan kepada orang lain. Berbuat baiklah kepada keluarga dahulu sebelum kita melakukan perkara yg sma pada orang lain.

Sambil bersedekah kita boleh meniatkan apa jua terhadap harapan atau hajat kita. Sedekah merupakan satu wasilah atau jambatan buat kita untuk mendapatkan sesuatu yg kita ingini. Dengan asbab kita bersedekah :

-Allah mempermudahkan urusan kita
-Allah mengelakan kita dari musibah
-Allah mengangkatkan darjat kita
-Allah mengurniakan kesihatan
-Allah mengurniakan keluarga yg baik
-Allah melapangkan urusan kehidupan kita
-Allah menjadikan sedekah sebagai syafaat penyelamat di alam kubur dan akhirat
-Allah menjadikan kita golongan yg penyayang dan lembut hatinya
-Allah merezekikan kita dengan rezeki yg datang dari pelbagai sudut.

Syurga Allah itu mahal

Ada harga, ada penghormatan, ada usaha, ada pengorbanan yg perlu dibayar.  Kedengarannya mudah, tetapi tidak memudah itu, kerana ia bergantung kepada niat asal dan kemahuan yg kuat untuk apa kita lakukan. Permulaan niat yg kuat diiringi dengan kesungguhan dan kemahuan dalam pelaksanaan akan menatijahkan hasil yg diharapkan.  
Berusahalah....

Menurut kepada hukum fizik, kemuncak kepada ketinggian adalah permulaan kepada penurunan. Namun berbeza pula dengan Ramadhan kemuncak kepada ketinggian sesuatu amalan adalah diakhir fasanya yg merupakan kepada permulaan sesuatu perubahan. 

(ix)

Dalam Ramadhan Allah menyediakan fasa kerahmatan. Namun ada kalangan kita yg sengaja menjauhkan diri dengan rahmat yg disediakan sedangkan rahmat yg Allah sediakan begitu dekat. Allah tidak memerlukannya sebaliknya kita yg akan kerugian kerana menjauhkan darinya.

Allah mengurniakan maghfirah atau keampunan. Tetapi kenapa ada yg tidak mahu beristighfar@bertaubat mengenang dosa yg dilakukan. Sedangkan Allah menawarkan pembukaan pintu keampunan kepada hambaNya di bulan Ramadhan agar kita keluar dari madrasahnya sesuci fitrah. Tiada kerugian bagi Allah sedikitpun melainkan kita ditimpa penyesalan yg tiada gunanya kerana menolak tawaranNya.

Allah menawarkan kepada kita pembebasan api neraka. Peliknya kenapa ada kalangan kita yg tidak mahu membebaskan dari belenggu neraka. Apa mereka ingat masuk neraka macam kena goreng sahaja kerana beranggapan mereka akan ke Syurga juga akhirnya.  Bergurau biarlah bijak. Ke Syurga tidak layak namun ke Neraka tak mampu menghadapi azabNya.  Berdoalah dgn penuh kesungguhan agar dilindungi dari azabNya.  Melainkan diri sendiri yg menempah azab yg tak terperi sakit dan seksaannya.

Berusahalah..

(x)

Salam Ramadhan ke-17
Salam Nuzul Quran
Allah tidak memberikan pahala kepada hasil kita tetapi Allah mengurniakan usaha kita.
Apa usaha kita dalam menjadikan Al Quran sebagai ashabul quran@sahabiyyah Al Quran
-Jika tidak membaca dengan melihat pun kita mendapat pahala
-Jika mampu dengarlah biarpun tidak tahu maknanya itupun diberikan pahala
-Jika lebih mampu bacalah biarpun tidak tahu maknanya itupun diberikan pahala lebih banyak dari melihat dan mendengarnya
-Jika mampu lagi bacalah terjemahannya
-Jika mampu lagi bacalah tafsiran dan huraiannya
-Jika berkemampuan lagi bertaddaburlah dengannya
-Jika lebih berkemampuan lagi jadikanlah golongan hufaz@hufazzah yg menjadikan Al Quran hidup dalam diri.

Al Quran itu sebagai syafaat bg sesiapa yg menjadikan sahabat, panduan, guru dan tempat bergantung.
Kerana adanaya perintah dalam Al Quran kita beriman kepada Rukun Islam dan Rukun Iman..
Kerana rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita setiap huruf yg dibaca pada hari biasa Allah balas 10 nilai pahala. Dalam bulan Ramadhan Allah gandakan sehingga ke 700 nilai pahala bagi setiap huruf.
Bayangkan setiap ayat.
Bayangkan setiap muka surat
Bayangkan setiap surah dan
Bayangkan senaskah Al Quran yg kita khatam dalam bulan Ramadhan.
Dengan jutaan lebih huruf yg terdapat di dalamnya, bayangkan berapa jumlah pahala atau kebaikan yg kita dapat..
Itu baru membaca, belum lagi termasuk kita mempelajari dan seterusnya mempraktikan...

Al Quran adalah syafaat buat kita di Akhirat sana..
Bagi pembacanya ada pintu yg dikhaskan buat pembacanya..

Berusahalah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca