Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Kisah kehidupan

Hidup ini sentiasa diuji, sama ada disaat kita senang mahupun susah. Ujian itu didatangkan dalam pelbagai rupa baik yang berbentuk kebaikan ataupun kesusahan. Sebaik melunaskan pembayaran penuh kereta yang masih berbaki 4 tahun tempoh pembayaran di ibu pejabat CIMB, kami disapa oleh seorang mak cik apabila kami keluar dari bank untuk ke UTC Pudu Raya bagi penukaran kad pengenalan versi terkini yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan. Mak cik berkenaan menahan kami sambil menunjukan bil TNB ditangannya. Bil TNB yang tertunggak ditunjukan kepada kami jumlah tunggakannya, ya hampir RM500. Bagi menyakinkan kami dia menunjukan kad pengenalannya yang menunjukan bahawa alamat yang tertera dibil berkenaan adalah sama dengan alamat di kad pengenalannya. Mak Cik berkenaan cuma meminta kami duit tambang LRT untuk ke Baitul Maal yang terletak di Jalan Ipoh KL. Tujuan ke sana adalah untuk mendapatkan bantuan dari pihak di sana dalam menyelesaikan tunggakan hutang.  Melihat keadaannya yang tua...

Kenapa Saya Menulis😉😉

Sepanjang tahun 2017, hampir setiap hari saya penuhi pelbagai penulisan dalam ruangan 'What's On Your Mind' atau Apa Ada Dalam Minda Anda di FB. Saya menulis dalam bahasa sekolah atau dalam bahasa Zaaba. Gaya penulisan adalah mewakili minda dan jiwa kita. Mungkin tidak 100% tepat, namun setidak-tidaknya orang boleh menilai siapa kita berdasarkan penulisan kita.  Saya menganggapnya sebagai jurnal atau diari dalam talian @ online diary/journal. Pastinya 50% dari penulisan saya adalah berkaitan topik larian dan kesihatan/kecergasan. Saya bukanlah pakar atau master dalam bidang berkenaan, cuma hadir sebagai amatur sahaja. Namun atas dasar minat mendalam saya menulis dalam berkongsi pengalaman setiap larian yang saya tempuhi dan menerusi pembacaan banyak juga saya kongsikan dalam topik kesihatan dan kecergasan.  50% lagi adalah penulisan saya atas pelbagai perkara yang berkaitan kepentingan dan juga minat saya. Pastinya topik berkenaan dengan  -Isu-isu bahasa kebangsaan d...

Penaksiran pencemaran bahan kimia

Sebulan yang lalu dalam Dis 2017 saya telah diminta oleh ketua unit KPAS bagi membantu berhubung aduan pencemaran kimia. Dari aduan yang saya baca, pengadu merujuk kepada aktiviti premis yang melakukan kerja-kerja kimpalan, pemotongan dan penyemburan cat yang telah menyebabkan premis jualannya telah dicemari dengan habuk atau partikel halus/kasar yang berpunca dari aktiviti berkenaan. Merujuk kepada gambar-gambar yang dilampirkan jelas menunjukan kesan pencemaran ke atas belakang premis dan aduan ini berasas. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang agak berkarat yang mana sebelum ini merupakan teras utama pekerjaan saya diswasta dulu, saya cuba membantu mana yang termampu.  Sebaik tiba dialamat yang diadukan mendapati kerja-kerja berkaitan pemotongan, pengimpalan dan pencanaian besi sedang rancak dibuat. Manakala tiada pula aktiviti penyemburan cat dilakukan. Dari pemerhatian kami terhadap persekitaran di dalam premis berkenaan: -Kurangnya aktiviti kekemasan -Kerja-kerja pe...