Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Pengalaman bergelar ULTRAMAN dalam ULTRAMARATHON 100km

Imej
Alhamdulillah, usai sudah acara UItramarathon 100 miles anjuran TeamPacat Adventure yang bertempat di sekitar Putrajaya pada 22 dan 23 November Sabtu dan Ahad yang lepas.  Memang padanya mulanya saya tidak berkeyakinan untuk memasuki acara ultra ini.  Namun memandangkan masa yang diperuntukkan agak munasabah pada perkiraan saya maka saya memberanikan diri mendaftarkannya bersama dengan adik saya.  Ada 4 kategori yang dipertandingkan iaitu 52km, 78km, 100km dan 100batu (160km).  Bersesuaian dengan statusnya sebagai perlumbaan ultra saya mendaftarkan diri sebagai peserta untuk kategori 100km.  latihan memang agak kurang dalam 1bulan sebelum pertandingan.  Hanya berharap kepada acara larian yang saya daftar dan saya menganggapnya sebagai latihan.  Pada mulanya saya hanya beranggapan bahawa laluan atau trek di sekitar Putrajaya ini hanyalah mendatar sahaja dan hanya elemen cuaca sahaja.  Tidak terfikir dek fikiran aka nada trek l...

Kenapa Masih Perlu Kita Meraikan BBK?

Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan pada Oktober 2014 baru sahaja berlalu.  Tetapi adakah kita menyedari kehadirannya.  Atau langsung tidak pernah mengambil tahu akan kewujudannya? Apakah signifikannya perayaan ini kepada sebilangan warga kita? Ironinya kita masih terus berkempen bagi menyemarakkan perasaan bangga dan sayang terhadap Bahasa Melayu.  Kita masih merintih semacam mahu terus membuat keluhan bahawa perjalanan Bahasa Melayu masih berliku.  Dalam gelombang globalisasi atau arus kesejagatan tuntutan ekonomi dan kemodenan penggunaan bahasa asing khususnya bahasa inggeris terus mendominasi sehingga menafikan langsung kepentingan Bahasa Melayu. Realitinya ia dapat diperhatikan dengan jelas bagaimana wujudnya diskriminasi yang terancang oleh kumpulan elitis dan berkepentingan dengan mengadakan pelbagai justifikasi atau alasan rasional demi menafikan Bahasa Melayu dalam pembinaan peradaban dan kemajuan.     Pimpinan negara yang kebanyakkan...

Cabaran Viper

Imej
Viper Challenge atau Cabaran Viper yang telah diadakan pada 1 dan 2 November yang lepas bertempat di Sepang International Circuit (SIC) atau Litar Antarabangsa Sepang telah menarik ramai peserta baik yang baru mahupun yang berulang.  Acara ini merangkumi disiplin berlari 20km dan diselang-selikan dengan 18 halangan. Tahun ini adalah kali kedua saya memasukinya bersama adik lelaki saya.  Pada tahun lepas 2013 adalah tahun pertama penganjurannya.  Berbanding edisi yang lepas, cabaran pada tahun ini adalah lebih mencabar kerana kebanyakkan dari halangannya telah ditambahbaik bagi menyukarkan lagi para peserta.  Saling tidak ubah macam pertandingan yang diadakan di Jepun iaitu Ninja Worrior.      Saya akui untuk acara tahun ini saya kurang membuat persediaan kerana pada fikiran saya ianya adalah sama macam tahun lepas.  Pada tahun lepas halangannya adalah tidak begitu mencabar berbanding pada tahun ini.  Masih mengekalkan jarak yan...

SJK tiada dalam Perlembagaan

Imej
10 Oktober 2014    Datuk Mohd Noor Abdullah       ISU sekolah vernakular atau sekolah jenis kebangsaan (SJK) kembali hangat diperkatakan susulan cadangan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu isu tersebut dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno, November ini. Cadangan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mengatakan parti itu akan terus mempertahankan hak masyarakat Cina kerana menurutnya, mempelajari bahasa ibunda merupakan hak di bawah Perlembagaan. Susulan itu, Sinar Harian menemubual bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kedudukan sebenar sekolah vernakular mengikut Perlembagaan Persekutuan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sering dijadikan alasan untuk pertahan SJK. Boleh Datuk terangkan kedudukan SJK mengikut Perkara 152 ini? Dala...

Dilema Buku Berbahasa Melayu

Imej
Jika kita kedai buku yang besar seperti MPH, Popular atau yang bertaraf antarabangsa seperti Kinokuniya atau Boarders atau disesetengah kedai buku yang diusahakan oleh India Muslim di mana mereka meletakkan buku melayu?  Pasti sekali dirak-rak belakang.  Yang pastinya buku Inggeris akan diletakkan dirak atau ruang pameran hadapan dan diikuti dengan buku bertulisan cina yang didatangkan dari Taiwan ataupun China.  Kebanyakkan dari buku ini adalah terjemahan dari buku barat yang diterjemah ke bahasa cina.  Suasana ini sekaligus menggambarkan ketidakadilan yang berlaku terhadap buku-buku berbahasa Melayu baik yang ditulis secara asli mahupun terjemahan. Meletakkan taraf Bahasa Kebangsaan dalam kelas kedua atau ketiga.  Sedih sekali….Itulah nasib buku dan bahasa Melayu dibuminya sendiri.    Tetapi cuba lihat pula apa genre-genre dari kebanyakkan buku-buku ini.  Kebanyakkan dari buku tempatan khasnya berbahasa Melayu banyak menerbitkan buku bers...