Cabaran Viper

Viper Challenge atau Cabaran Viper yang telah diadakan pada 1 dan 2 November yang lepas bertempat di Sepang International Circuit (SIC) atau Litar Antarabangsa Sepang telah menarik ramai peserta baik yang baru mahupun yang berulang.  Acara ini merangkumi disiplin berlari 20km dan diselang-selikan dengan 18 halangan. Tahun ini adalah kali kedua saya memasukinya bersama adik lelaki saya.  Pada tahun lepas 2013 adalah tahun pertama penganjurannya.  Berbanding edisi yang lepas, cabaran pada tahun ini adalah lebih mencabar kerana kebanyakkan dari halangannya telah ditambahbaik bagi menyukarkan lagi para peserta.  Saling tidak ubah macam pertandingan yang diadakan di Jepun iaitu Ninja Worrior. 


 


 
Saya akui untuk acara tahun ini saya kurang membuat persediaan kerana pada fikiran saya ianya adalah sama macam tahun lepas.  Pada tahun lepas halangannya adalah tidak begitu mencabar berbanding pada tahun ini.  Masih mengekalkan jarak yang sama iaitu 20km namun dipertingkatkan tahap kesukarannya dengan halangan yang begitu mencabar.  Dari 18 halangan yang disediakan, hanya 13 halangan sahaja yang Berjaya saya lepasi.  5 halangan yang tidak dapat dilepasi adalah melibatkan kekuatan upper body.  Saya mulai merasa kejang atau tiba-tiba lemah pada bahagian tangan apabila saya tidak dapat melepasi halangan bertali.   Tiba-tiba lengan dan daya genggaman /grip saya merasa kejang dan lemah.  Mula-mula saya fikir mungkin kerana sarung tangan saya telah licin namun apabila dicuba untuk kali kedua saya tidak mampu untuk melonjakkan badan dengan menggunakan kekuatan tangan untuk naik ke atas.  Saya hampir melepaskan genggaman tali apabila sudah sampai ke separuh tembok.  Mujur saya tidak terjatuh. Sempat saya tahan dengan kaki saya.  Saya terpaksa melalui ditepi halangan tanpa Berjaya melakukan penyudahnya.  Saya merasa sedikt kecewa.  Sedar kemampuan diri tidak sama macam saya di zaman kadet dahulu.  Tambahan pula saya telahpun berkahwin, komitmen terhadap kerjaya dan keluarga menghadkan masa saya untuk berlatih.


Untuk 4 halangan yang seterusnya, 3 dari halangan saya cuba juga walapun akhirnya memang saya tidak dapat melakukan penyudahan yang baik, manakala 1 halangan lagi saya langsung tidak mencuba kerana ia memerlukan kekuatan tangan dan kaki untuk melakukan lonjakkan.  Memandangkan saya telahpun mula mengalami kekejangan saya mengambil keputusan untuk tidak melakukannya kerana sedar risiko kekejangan lebih-lebih lagi halangan tersebut melibatkan air.  Agen penggalak kekejangan. 


Berbanding dengan adik saya, dia Berjaya melepasi semua halangan.  Berkat latihan plank, tekan tubi (push up) dan bar /palang.  Saya akui memang kurang bermain atau berlatih dengan disiplin begini.  Upper body atau otot tubuh atas memang tidak begitu kuat untuk berhadapan dengan halangan sebegini.  Alhamdulillah, apa-apa pun saya merasa bangga dengan diri sendiri kerana masih berani mencabar diri dengan acara sebegini.  Ianya mengingatkan saya akan unit beruniform ROTU/Palapes ko-kurikulum dibawah UPM dengan kerjasama Rejimen Askar Wataniah-Tentera Darat yang pernah saya sertai 15 tahun dahulu.  Pada permulaannya memang saya kokap (istilah yang begitu popular dikalangan kadet yang bermaksud lemah).  Namun berkat latihan yang dijalankan secara berperingkat dan ditambahi pula dengan keinginan untuk menjadi mantap saya terpilih untuk di dalam pasukan elit rentas halangan mewakili kompeni dan seterusnya UPM dalam pertandingan di peringkat IPT sempena Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet.  Saya Berjaya meletakkan piawaian atau standard stamina pada diri saya sendiri.  Walaupun akhirnya saya mengecewakan pasukan saya sendiri kerana kegagalan menembak sasaran.  Namun tak mengapalah itu sedikit kenangan dari unit yang pernah disertai dahulu. 


Bagi saya merentas halangan adalah mainan bagi kami.  Tubuh masa waktu tersebut memang fit. Jadi tiada masalah bagi saya untuk melepasi semua halangan berkenaan dengan syarat mesti berlatih baik dalam sesi latihan ataupun masa sendiri.  Biarpun lebih 10 tahun saya meninggalkan zaman kadet dan YO, saya bersyukur kerana masih lagi kekal berlari dan aktif memasuki mana-mana acara yang diadakan di seluruh Malaysia.  Kebanyakkan adalah melibatkan larian, baik larian jalan raya (onroad), laluan trek (trill/offroad), gunung dan pantai.  Jarang sekali ada acara yang membabitkan halangan.  Hanya baru-baru ini sahaja diadakan semula, selepas kali terakhir diadakan oleh pihak penganjur Genting Trill Blazer.  Acara yang dimasuki kini adalah dari versi Genting Trill Blazer tetapi dipertingkatkan dari segi jumlah, jarak dan kesukarannya.  Pada tahun depan akan diadakan acara seakan Viper tetapi dalam dengan nama Commando Elite Challenge anjuran pihak lain pada Januari 2015 di MAEPS-MARDI Serdang.  Saya telahpun berdaftar.  Latihan masa sendiri akan diadakan dan telahpun berlatih…push up, plank dan palang/bar perlu seiringan dengan berjogging.   



Halangan 1st
Halangan 2nd
Halangan 3rd

Halangan 4th
Halangan 5th
Halangan 6th

Halangan 7th
Halangan 8th

Halangan 9th
Halangan 10th

Halangan 11th
Halangan 12th
Halangan 13th
Halangan 14th

Halangan 15th
Halangan 16th


Halangan 17th
Halangan 18th

Saya ada juga iklankan kepada rakan-rakan seangkatan ROTU/Palapes, namun jawapan yang diterima adalah negative.  Masing-masing memang tidak mahu menyertai langsung.  Saya tidak merasa kesalpun kerana rata-rata dari mereka selepas habis sahaja ROTU terus simpan kasut larian, dan teramat jarang sudah untuk bersenam atau berjogging.  Apatah lagi hendak menyertai acara-acara larian dan jauh pula dengan aktiviti ekstrem.  Dengan fizikal yang semakin memberat dan tiada pula dorongan dari diri sendiri mahupun keluarga menyebabkan mereka terus bersara dari dunia kecergasan ini.  Pada saya ianya adalah tindakan yang begitu merugikan diri sendiri kerana mereka memperjudikan kesihatan mereka sendiri. 
Medal Penamat
Berpendidikan tinggi bukanlah syarat utama kepada kebijaksanaan berkenaan kesihatan.  Masing-masing tahu perihal kesihatan, namun kesedaran itu sahaja tidak dipupuk.  Kesedaran itu tidak membekas dalam jiwa mereka dan juga minda mereka.  Mereka telah pun berada dalam zon keselesaan (comfort zone) dan merasa aman (complesant) dengan kehidupan dan keluarga.  Hal ini termasuk juga dengan junior-junior saya.  Ramai yang tidak kekal dan jika adapun tenggelam timbul kemunculan dalam acara larian.  Sedih rasanya.  Hakikatnya inilah mentality bangsa Melayu kita yang kurang kesedaran berkenaan penjagaan kesihatan diri.  Realitinya bangsa lain khasnya cina lebih ramai secara nisbahnya apabila memasuki acara larian baik dalam kategori fun sehinggalah ekstrem.  Nisbah mereka lebih dari 70% dalam mana-mana penyertaan larian.  Selebihnya adalah lain-lain bangsa termasuklah Melayu, India dan lain-lain.   


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca