Islam Agama yang Disalahertikan

Mendengar siri ceramah umum Dr Zakir Naik berkisar Adakah Islam Memonopoli Keganasan? Dalam slot TV Al Hijrah.  Ceramah yang berterus terang dan jelas.  Selama ini Islam dan umatnya seringkali dikonotasikan atau dilabel sebagai pengganas. Apa sahaja yang berlaku semuanya dikaitkan dengan Islam.  Namun adakah benar Islam dan umatnya adalah pengganas? Menyorot semula sejarah berdarah dalam peristiwa yang berlaku sejak dahulu, keganasan yang dilakukan oleh Ceaser ke atas bangsa jajahan dan Yahudi kenapa tidak dikaitkan dengan Kristian? Hitler, Stalin, Mussolini kenapa tidak Kristian? Kematian yang diakibatkan dari kegilaan mereka yang menjangkau 80 juta jiwa semasa WWII.  Begitu juga dengan Bush Sr dan Jr yang kuat fahaman Kristiannya yang memulakan Perang Teluk I dan Perang Melawan Keganasan? Ratu Elizibeth pemimpin Great Britain tidak dikaitkan dengan pengganas Kristian kerana tindakan penjajahan yang dilakukan diseluruh tanah jajahannya? Asoka kenapa tidak dikaitkan dengan Hindu? Moa pemimpin Komunis Cina tidak kenapa tidak dikaitkan Buddha? Jeneral Aung San pemimpin Burma (Myammar) yang beragama Buddha. Begitu juga dengan pemimpin Yahudi berfahaman Zionis seperti Ariel Sharon dll yang sewenang-wenangnya melakukan pembunuhan dan penindasan terhadap bangsa Palestin. 

Kenapa tidak digelar mereka pengganas Kristian, pengganas Budhha, pengganas Hindu, pengganas Yahudi?  Walhal apa yang dilakukan oleh mereka jauh lebih kejam dan ganas terhadap bangsa yang dijajah dan ditindas.  Jumlahnya bukan sedikit, menjangkau puluhan juta yang dibunuh atau hilang tanpa dikesan.  Ada juga kalangan pemimpin Islam yang dikambinghitamkan seperti Saddam Hussien, Ayatollah, Osama Bin Laden, Muammar Gadaffi, Suharto, Husni Mubarak dan lain-lain yang membabitkan pembunuhan dan kehilangan musuh politiknya.  Jumlah kemusnahan yang diakibatkan oleh mereka tidaklah sebesar angka kematian yang dicatatkan oleh pemimpin atau pemuka Barat.  Namun akibat dari tindakan mereka menyebabkan Barat memberikan tekanan dan sekatan terhadap import (sekatan embargo) menyebabkan kematian yang tinggi terhadap generasi kanak-kanak dan muda negara terbabit.   Jadi pemimpin penganut agama manakah yang lebih kejam? 

Kumpulan-kumpulan yang mewakili perjuangan dan pengangkatan senjata seperti Mujahid di zaman Afganistan, Al-Qaeda di zaman pasca 11 September dan terbaru adalah IS atau ISIS atau ISIL atau sekarang dikenali sebagai Daesh yang kononnya mewakili umat Islam.  Pada mulanya perjuangan mereka adalah disebabkan untuk melawan keganasan yang dimulakan oleh pihak Kristian Barat namun dari semakin hari semakin terpesong sehingga menyebabkan umat Islam yang dahulunya menyokong kemudian menarik semula sokongan disebabkan tindakan yang diluar batas kemanusiaan.  Mereka tidak hanya membunuh puak kafir tetapi juga saudara seagama yang tidak menyokong tindakan mereka.  Kewujudan kumpulan-kumpulan pula dipersoalkan kerana jika disoroti lebih mendalam mereka ini semua adalah agen yang digerakan oleh pihak Barat Kristian dengan tujuan untuk melaga-lagakan umat Islam.  Mereka bijak dengan memanipulasikan perkara berkaitan perbezaan fahaman atau mazhab untuk memulakan perpecahan dan seterusnya permusuhan. 

Dalam mana-mana ajaran agama tidak ayat yang menganjurkan pembunuhan atau penindasan sewenang-wenangnya.  Melainkan jika dipaksa atau diprovokasi atau mendatangkan kemudaratan barulah dibenarkan untuk bertindak.  Bertindak pun masih dalam batas atau had yang tertentu.  Namun selagi mana boleh berunding atau berkompromi teruskan usaha tersebut.  tindak balas fizikal hanyalah merupakan jalan terakhir bilamana segala jalan perundingan atau perbincangan menemui jalan buntu.  Bukan semudah itu untuk mengambil hak manusia yakni nyawa.  Banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan sebelum membolehkan kita mengambil tindakan sedemikian.  Islam begitu memandang tinggi akan nilai nyawa manusia kerana nyawa manusia adalah tertakluk dalam Maqasid Syariah iaitu hak yang wajar dipelihara.  Begitu jugalah tiada mana-mana individu atau kumpulan yang boleh menafsirkan ajaran agama berdasarkan kepentingan sempit.  Kepentingan untuk mencapai sesuatu matlamat.  Matlamat menghalalkan cara tidak pernah diberikan ruang dalam agama Islam.  Melainkan matlamat yang menguntungkan umat keseluruhannya. 

Untuk menggerakkan sesuatu agenda atau konspirasi ia memerlukan dana yang sangat besar selain pengaruh kekuatan politik, militerisme dan kepandaian teknologi yang tinggi.  Jika diperhatikan mana ada negara Islam atau kumpulan Islam yang memiliki kelebihan sedemikian semenjak runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah.  Hanya mereka yang berkuasa, memiliki kekayaan dan pengaruh yang besar sahaja boleh mengwujudkan situasi sebegini.  Tidak lain dan tidak bukan adalah Barat yang merupakan proksi terbesar kuasa Kristian.  Jadi janganlah segala apa bentuk keganasan yang terjadi adalah berpunca dari Islam dan umatnya.  Keganasan ini tidak akan terjadi jika tiada pihak yang cuba mencetuskannya.  Peperangan Salib yang dimulakan oleh Pope dari Perancis telah mencetus sejarah peperangan yang paling lama dalam sejarah dunia iaitu lebih 200 tahun.  Istilah Perang Suci (Holly War) adalah diwar-warkan oleh pihak Barat.  Sebaliknya Islam hanya mengistilahkan Jihad melawan penindasan.  Jihad bukanlah bermaksud untuk peperangan sahaja tetapi ianya adalah untuk satu bentuk semangat untuk melawan ketidakadilan, penindasan supaya menjadi lebih baik.  Jika masing-masing bertindak secara serdahana pastinya tidak terjadi peristiwa berdarah tersebut.  Kita tidak perlu bersikap apolegetik terhadap tindakan atau apa yang berlaku yang bukan berpunca dari kita.  Sebaliknya merekalah yang perlu mengakui kesilapan dan segala apa konspirasi yang terjadi.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca