Larian Back 2 Back (B2B) yang kompetitif, 7 dan 8 Mei 2016
Alhamdulillah untuk dua larian berganda (back to back) 7 Mei
dan 8 Mei yang lepas iaitu Larian Bersama Bomba (on road) dan Dueter Trail (off
road) berjaya mendapatkan medal dengan kedudukan yang selesa sesuai dengan
kekangan diri. Larian Bersama Bomba yang
berlangsung di Dataran Merdeka dengan jarak 10, saya berjaya memperolehi pingat
pada kedudukan ke-93 dari sejumlah 150 pingat yang dipertandingkan untuk
kategori Lelaki Terbuka dalam masa 52min.
Sebenarnya menjadi satu kebanggaan buat peserta untuk menyarung pingat
berkenaan kerana ianya adalah terhad. Bayangkan dalam kategori terbuka pastinya jumlah peserta lebih kurang
1000 orang maka dengan pencapaian menjadikan kita kelompok elit iaitu kurang
dari 10% dari sejumlah populasi perserta.
Manakan tidak dalam kepala semua menyasarkan untuk
mendapatkan medal yang terhad. Sebaik bermulanya
pelepasan, setiap peserta telah mula membuka langkah. Laluan bermula dari Dataran Merdeka, melalui
Bukit Tunku, memasuki Jalan Duta ke Jalan Parlimen sebelum berakhir di Dataran
Merdeka 60% adalah laluan berbukit. Laluan
rata mereka tekan, laluan naik dan turun bukit mereka tekan, menyebabkan saya
tertekan lalu memaksa diri untuk mengikut rentak mereka. Tiada ruang buat peserta untuk berlarian
santai seperti mana sebelum ini kerana peluang untuk mendapatkan pingat/medal
adalah terhad. Dikhabarkan kurang dari
sejam medal untuk kategori Lelaki Terbuka sudah habis. Ini menunjukkan betapa kompetitifnya larian
ini. Apa-apa pun saya bersyukur kerana
berpeluang sekali lagi untuk mendapatkan medal yang berharga dan klasik
ini. Walau bagaimanapun ada sedikit terkilan
kerana medal berkenaan tidak mencetak kedudukan berbanding sebelum ini. Sungguhpun begitu bagi sesiapa yang berjaya
mendapatkan medal ini, anggaplah ini sebagai kejayaan pencapaian peribadi
masing-masing. sekurang-kurangnya saya
dan mereka yang lain tahun kemampuan diri.
Tidak habis letih larian semalam, 8 Mei Larian Trail Dueter
yang berlangsung di Batu Arang Heritage Town berjarak 14.5km biarpun
menyediakan pingat penamat bagi semua kategori tetapi ia punya cabarannya
tersendiri. Tidak seperti semalam yang
masing-masing tertekan dengan menekan diri untuk mendapatkan medal yang terhad,
larian ini menyediakan cabaran trail/off road yang mencabar. Sebaik selesai menyanyikan lagu Negaraku dan
bacaan doa, pelepasan bermula dengan laluan bertar sejauh 1km sebelum mula
memasuki laluan trail. Laluannya
bolehlah diibaratkan seperti menaiki roller coster. Bezanya kita menggunakan kudrat anggota bawah
untuk melaluinya. Laluan yang berbatu
dan berair sangat mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal setiap
peserta. Mujur lutut saya masih mampu lagi untuk berlari, biarpun keletihan
berlari semalam belum reda. Saya berjaya
menamatkan cabaran tersebut dalam masa 1jam30min. Saya tidak tahu kedudukan sebenar tetapi
boleh dikatakan agak awal kerana tidak ramai peserta yang tiba. Secara puratanya 70% adalah laluan off road.
Ulasan
Catat Ulasan