Aspirasi pengangkatan agenda Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam PPPM(PT)
Semalam
7 April 2015, diadakan satu majlis perasmian pembentangan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)-PPPM(PT) oleh Perdana Menteri DS
Najib. Saya berharap agenda pemerkasaan
Bahasa Melayu tidak dikompromi dalam mengejar visi Dan misi menjadikan sistem
pengajian tinggi kita bertaraf dunia. Kelihatan
dasarnya begitu holistik dan komprehensif dalam melahirkan graduan yang
bersifat berpengetahuan, produktif,berpemikiran kreatif dan inovatif, global
dan glokal, berjiwa keusahawanan, Kini pun kita menyedari bahawa kebanyakkan
Dari universiti bantuan kerajaan apatah lagi swasta jelas melakukan peminggiran
yang bersistematik terhadap Bahasa Melayu.
Umum
diketahui bahawa hampir semua kursus yang berkaitan sains, teknologi Dan
ekonomi diajari sepenuhnya dalam bahasa asing.
Bahasa Melayu yang bertaraf kebangsaan Dan rasmi jatuh ketahap bahasa
kelas kedua jika tidakpun kelas ketiga.
Bahasa asing khasnya bahasa inggeris diangkat ke tahap yang melampau
sekali yang seterusnya menafikan fungsi kebitaraan bahasa Melayu sebagai bahasa
pendukung ilmu tinggi. Ironi sekali pemimpin kita tidak sedikit berasa bersalah
dengan apa yang berlaku, malahan merestui Demi mengejar kedudukan universiti
terbaik. Aneh sekali universiti terbaik
di dunia yang terletak di negara yang bahasanya begitu diagungkan di negara
kita menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa pengantar
mutlaknya. Tiada kompromi buat mereka
dalam menegakkan agenda bangsa mereka yang dikatakan bersifat universal.
Harapan saya, agar agenda pengangkatan Bahasa
Melayu dalam PPPM(PT) ini menjiwai peribahasa menarik rambut dalam tepung,
rambut tidak terputus, tepung tidak berselerakan dan janganlah menjadi yang
kejar tidak dapat, yang dikendong keciciran serta kera di hutan disusukan anak
sendiri mati kelaparan.
Ulasan
Catat Ulasan