Minum air masak, kan lebih mudah dan sihat
Cara
paling mudah untuk menjaga kesihatan adalah menjadikan amalan minum air masak
sekurang-kurangnya 8 gelas atau bersamaan 2 liter dalam sehari sebagai satu
kebiasaan yang harus atau wajib. Saya perhatikan
apabila bersarapan pagi, mesti ada air manis sama ada panas ataupun sejuk. Berehat
minum air dipantri pun air 3 dalam 1 manis juga. Makan tengahari dengan kurang pengambilan
sayur dan disertakan dengan air manis yang sejuk. Masuk pejabat dan kemudiannya berehat
dipantri pun air 3 dalam 1 kerana mengantuk.
Makan malam dengan pelbagai hidangan pun disertakan dengan air manis
sama ada panas atau sejuk. Bila masa
sebenarnya dalam hidup kita minum air masak?...Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya
peningkatan diabetes dan berat yang berlebihan dikalangan warga kita.
Saya
pernah bekerja di Wisma Consplant Sime Darby di Subang Jaya, waktu 10 pagi dan
3 petang aka nada tea lady yang akan
datang ke meja setiap eksekutif untuk membancuh minuman sama ada teh atau
kopi. Saya biasanya hanya akan meminta
air masak sahaja. Jarang saya lihat ada
kalangan mereka yang memesan air masak. Tetapi bagi kalangan mereka yang
berbangsa Cina mereka selalunya membawa air masak dalam bekas yang besar
berbanding dengan Melayu jarang mereka membawa air masak khususnya lelaki. Adakah cara hidup sesuatu bangsa mempengaruhi
pola pemakanan mereka? Bukan saya hendak
memuji diri kerana agak berdisiplin dalam bab makan dan minum serta meluangkan
masa selepas balik dari kerja dan berhujung minggu dengan kegiatan larian dan
senanam, tetapi sebenarnya kita buat untuk diri kita sendiri. Kita pasti lebih selesa dan berkeyakinan
apabila tubuh kita berada dalam tahap yang fit dan optima dari segi berat dan
kesihatan.
Makan dan minumlah secara serdahana. Kita perlu bijak
memilih supaya tidak berlebihan dalam perbelanjaan untuk membeli makanan dan minuman sehingga menyebabkan pembaziran. Kita
perlu tahu apa yang kita makan dan minum, jangan sebarangan makan kerana nafsu tetapi
berdasarkan keperluan.
Ulasan
Catat Ulasan