2XU
Lama
sudah saya berkeinginan untuk memiliki seluar tigh berjenama 2XU. Memandangkan harga yang mahal RM499 sebelum
bulan lepas, menyebabkan keinginan untuk membelinya terbantut. Agak mahal.
Selalu juga saya terlepas harga diskaun atau promosi. Kebiasaannya diskaun yang ditawarkan 10%
sahaja. kebetulan semasa saya hendak
mengambil bib dan vest larian Newton di 1 Mont Kiara outlet tersebut menawarkan
diskaun 30%. Pada ketika itu harga
telahpun RM529. Terfikir juga saya lagi lama saya tidak memilikinya harga
semakin naik. Dapat pula gaji pada
tarikh tersebut (17 Dis) maka saya terus membeli dengan harga RM370 selepas
diskaun 30%. Akhirnya merasa juga untuk
memiliki seluar tight yang mahal ini kerana teknologinya. Selama ini saya hanya mendengar cerita dari para pengguna berkenaan kehebatan
dan keselesaan seluar ini.
Kini
peluang saya untuk menguji dan merasai kebenaran teknologi seluar ini. Ternyata benar sekali. Selesa dan tidak
menyebabkan melecet. Yang lebih hebat
lagi tidak perlu memakai seluar dalam apabila berlari menggunakan seluar
ini. Cuma untuk lankah keselamatan adalah digalakkan untuk memakai seluar pendek diluarnya, manalah tahu kerana malang tidak berbau, terkoyak pula. Kes naya bagi yang tidak memakai apa-apa perlindungan di dalamnya he3. Kebiasaannya saya akan mengalami
kemelecetan pada bahagian celah kelangkang apabila berlari pada jarak melebihi
15km apabila memakai seluar tight jenama biasa dan murah walaupun di dalamnya
dipakai seluar dalam. Mesti melecet
punya. Terasa seksa lagi apabila kesan
melecet pada bahagian yang melecet terkena air, terasa sangat pedihnya. Selain
dari itu saya mudah mengalami kekejangan apabila berlari. Seperti yang dimaklumkan oleh mereka yang
berpengalaman menggunanya, kelebihan seluar ini boleh memulihkan (recovery)
otot dari mengalami kekejangan yang berterusan. Untuk memakainya ia perlu fit
atau mengikut berat badan. Seluar ini
akan memegang atau mencengkam otot. Memang
ketat sebab ia betul-betul mengikut bentuk peha kita. Bayangkan untuk memudahkan menyarung seluar
ini perlu disauk dengan menggunakan plastic bagi menyenangkan urusan
penyarungannya.
Untuk pertama kalinya saya mencuba dalam Cabaran Larian Newton
30km. Saya tidak memakai krim anti
melecet seperti kebiasaannya. Saya tetap
mengalami kemelecetan tetapi ditahap yang minima sekali. Kemelecetan tetap akan berlaku Cuma ianya
diminimakan. Jadi saya dapat berlari
dengan selesa. Masuk sahaja km ke-23
saya mula untuk merasakan kekejangan, namun benarlah seperti yang diterangkan
oleh mereka yang berpengalaman menggunakannya ia seolah-olah ‘memegang otot’
dan memulihkannya dengan kadar yang cepat.
Jadi tidak terasa sangat kekejangan (cramping) tersebut. Allahuakbar, hebatnya teknologi dari
Australia yang digunakan pada seluar ini.
Tidak rugi apabila membelinya.
Alah membeli, memang memakai. Mahalnya
seluar ini adalah kerana teknologi yang digunapakai terhadap pembikinan seluar
ini. Justeru kualitinya adalah satu
jaminan yang tidak boleh dikompromi.
Dunia
sukan mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk kecederaan. Maka adalah satu bentuk pelaburan yang
berbaloi untuk membeli pakaian atau keperluan yang sesuai dengan bentuk sukan
yang kita sertai. Tubuh kita hanya satu
sahaja, kerosakkan yang berlaku pada tubuh adalah berkekalan dan juga untuk
pulih pun ia memakan masa. Sebaliknya pakaian atau keperluan perlindungan tubuh
jika rosak boleh dibeli baru atau diganti.
Jadi tiada yang rugi pun sebenarnya.
Cuma kena bijak berbelanja supaya tidak membazir.
.
Ulasan
Catat Ulasan