Persepsi kita terhadap Israel

Kita seringkali mengatakan atau mendakwa bahawa Israel itu adalah musuh kita.  Tetapi kita tidak pernah punya pusat penyelidikan berkenaan bangsa Yahudi di Malaysia.  Akan tetapi bangsa mereka mempunyai berpuluh-puluh pusat penyelidikan berkenaan Islam dan umatnya.  Jika kita memiliki pusat penyelidikan seperti mereka pastinya kita dapat mengelakkan kita membuat andaian yang salah, tidak benar dan tidak logic.  Selalu juga kita memperkatakan apa jua kejadian konspirasi diseluruh dunia adalah angkara ejen Yahudi atau Israel atau lebih tepat adalah perisikan mereka Mossad.  Pernahkah kita membuktikan?  Ianya adalah persepsi semata-mata.  Tidak pernah dibuktikan dengan jelas.  Persepsi inilah yang membantu atau mengangkat Mossad menjadi begitu kuat.  Hakikatnya mereka sendiri mengakui tidaklah hebat atau sekuat mana.  Inilah diakui sendiri oleh bekas pengarahnya Efraim Havley dan Meir Dagan.  Selalunya mereka akan menyindir umat Islam yang sering mengaitkan mereka dengan segala konspirasi yang selalunya tidak dapat dibukti atau dikaitkan dengan langsung.  Kitalah yang sebenarnya membantu menaikkan imej mereka dengan kehebatan perisikan atau perancangan.  Akhirnya ini akan memudahkan kerja mereka dalam terus memperbodoh dan menindas umat dan Islam melalui ejen atau proksinya.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca