Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu: Retorika dan Ironiknya

Imej
Usaha untuk mengadakan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu adalah pendekatan yang terbaik dalam mengantarabangsakan Bahasa Melayu yang telah berstatus antarabangsa.  Ianya pendekatan untuk memegahkan dan melahirkan rasa bangga terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang sememangnya telah mencapai tahap pengucapan intelektual budaya dan pemikiran tinggi.  Ironi sekali, hakikatnya Bahasa Melayu yang dimegahkan dalam pertandingan dan diucapkan dengan penuh berapi hanyalah retorika atau kepura-puraan sahaja, di tanah kelahirannya atau di buminya ia seakan-akan dipinggirkan dengan begitu sistematik sekali. Yang meminggirkannya bukanlah bangsa imigran yang diberikan taraf kewarganegaraan atau bangsa asing yang diberikan status pemaustatin sementara atau tetap, ianya dipinggirkan oleh penutur jati yang hilang jati diri, perasaan hormat, perasaan bangga, perasaan megah dan perasaan patriotisme linguistiknya terhadap bahasanya sendiri.  Mereka merasakan bijak, terpela...

SPARTAN SUPER 2.0

Imej
Namakan apa sahaja larian merentas halangan, merempuh halangan atau melepasi halangan ia membawa maksud yang sama iaitu trifecta Spartan Super yang diadakan pada Ahad 20 Mac 2016 , bertempat di litar Canary Garden Sungai Air Hitam Jalan Banting Klang.  Ianya lebih jauh, lebih banyak halangan, lebih berlumpur dan lebih hangat. Disertai 4181 peserta yang berjaya menamatkan acara larian berhalangan sejauh 13.5km dengan 25 +++ halangan ianya adalah siri kedua selepas Spartan Sprint dengan jarak 6km +20 halangan yang telah diadakan pada 10 Okt 2015 (sempena Hari Sukan Negara) di Litar Halangan Setia Alam.  Menariknya acara yang dibawa dari Amerika ini kebetulan berlangsung pada kemuncak ekuinoks iaitu pancaran matahari maksima menyinari pada Garisan Khatulistiwa pada tarikh tersebut.  Mujurlah kami bermula awal pada pelepasan jam 9.10 pagi yang sepatutnya pada 8.30 pagi tetapi ditunda selama setengah jam bagi memberikan laluan kumpulan (hit) sebelum ini untuk melepasi h...

SEMINAR PROFESSIONAL QURANIC MASTERPLAN

Alhamdulillah 27 Febuari 2016 Allah izinkan kami sekeluarga menghadiri seminar dari IPN dan PROFAZZ, suami dan anak-anak turut serta :) Apabila zaman berubah, semakin canggih semakin banyak yang ingin dikejar, hakikatnya apa yang kita mahu sebenarnya dan penghujungnya kita hanya menuju kesana bukan? Biarlah sesetengah menganggap seminar begini hanya untuk ustaz ustazah atau hafiz hafizah, tiada yang mustahil jika kita mahu teruskan usaha, sedangkan niat pun Allah beri ganjaran inikan pula sekecil-kecil usaha dengan menghadiri seminar sehingga usaha ke arah yang lebih jauh dilaksanakan Seminar dimulakan dengan sesi pertama oleh Pn Lina pengasas atau founder IPN, Mukadimah yang menarik apabila Puan Lina berkongsi pengalaman beliau  berinteraksi bersama Darwish. Kisah seorang cina menunggang motosikal dengan membawa 2 orang anak. darwish mempertikaikan tindakan pakcik tersebut, kerana mengikut undang-undang motosikal hanya boleh dinaiki 2 orang, sedangkan pakcik tersebut m...

Otak Kanan dan Mental Arithmetik

Kursus asas ini telah kami sertai pada hari Sabtu, 5 Mac 2016 di IPN Pusat Worldwide Seksyen 13 Shah Alam. Berikut adalah coretan ringkas yang tidak terdapat di dalam modul sebagai catatan tambahan...  Otak Kanan Kebanyakan para hufaz dan hafiz, sejak dari kecil lagi sudah dihantar ke madrasah agama, bagi menghafal surah-surah pendek, sebagai persediaan sebelum memasuki tahfiz untuk memulakan langkah penghafalan Al-Quran.  Semasa kecil adalah fasa yang mudah buat kanak-kanak untuk menghafal.  Lambat dalam percakapan adalah satu kelebihan kerana pada peringkat ini otak kanan sedang berkembang dengan baik (banyak menyimpan atau mengingatinya sebagai kegunaan di masa hadapan) Jangan risau jika anak-anak lambat bercakap kerana ianya akan menjadikan ingatan anak-anak tersebut lebih kuat.  Dalam satu kisah yang dinyatakan oleh Puan Lina, bagaimana cara orang cina untuk memilih rumah.  Mereka memilih berdasarkan fengshui. Selain dari itu mereka juga ak...

Penterjemahan: Persepsi dan Kewajipan

Kenapa saya banyak membaca buku dari negara jiran, Indonesia khususnya buku luar yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia? Seperti sedia maklum, negara tersebut sangat giat dalam melaksanakan penterjemahan karya.  Boleh dikatakan buku-buku yang mendapat jolokan ‘Bestseller’ atau anugerah yang berprestij seperti Nobel, Pullitzer atau Man Booker Prize pasti ada terjemahannya dalam versi Indonesia.  Berbanding dengan Malaysia yang agak jauh ketinggalan dari segi daya usahanya untuk melakukan penterjemahan.  Keadaan ini adalah disebabkan kelompok yang menguasai kemahiran dwibahasa yang ramai.  Ini bersandarkan kepada pengaruh Inggeris yang menjajah hampir 200 tahun Malaysia, menyebabkan pendidikan di Malaysia masih lagi meneruskan legasi penjajah.  Selain dari itu persepsi atau tanggapan warga Malaysia terhadap pembaca karya terjemahan itu sendiri. Mereka menganggap pembaca yang membaca karya terjemahan adalah mereka yang tidak berkemahiran dalam penguasaan...