Otak Kanan dan Mental Arithmetik
Kursus asas ini telah kami sertai pada hari Sabtu, 5 Mac 2016 di IPN Pusat Worldwide Seksyen 13 Shah Alam. Berikut adalah coretan ringkas yang tidak terdapat di dalam modul sebagai catatan tambahan...
Otak Kanan
Kebanyakan para hufaz dan hafiz, sejak dari kecil lagi
sudah dihantar ke madrasah agama, bagi menghafal surah-surah pendek, sebagai
persediaan sebelum memasuki tahfiz untuk memulakan langkah penghafalan
Al-Quran.
Semasa kecil adalah fasa yang mudah buat kanak-kanak
untuk menghafal. Lambat dalam percakapan
adalah satu kelebihan kerana pada peringkat ini otak kanan sedang berkembang
dengan baik (banyak menyimpan atau mengingatinya sebagai kegunaan di masa
hadapan)
Jangan risau jika anak-anak lambat bercakap kerana
ianya akan menjadikan ingatan anak-anak tersebut lebih kuat. Dalam satu kisah yang dinyatakan oleh Puan
Lina, bagaimana cara orang cina untuk memilih rumah. Mereka memilih berdasarkan fengshui. Selain
dari itu mereka juga akan membawa kanak-kanak lelaki yang masih kecil semasa
melihat rumah yang bakal didiami. Jika
kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan gelisah dan menangis, bermakna mereka
merasai ada entity yang menakutkan menduduki rumah berkenaan dan jika
kanak-kanak tersebut bermain dengan gembira di rumah berkenaan maka ianya
selamat untuk diduduki.
Kenapa ini terjadi? Kanak-kanak lelaki pada fasa ini
otak kanannya lebih berkembang dan dapat melihat benda-benda ghaib berbanding
dengan kanak-kanak perempuan yang lebih cepat perkembangan otak kirinya.
Dalam menggalakan budaya membaca dikalangan
kanak-kanak, jika mereka sudah mengenal huruf dan membaca maka adalah wajar
untuk menggalakan mereka membawa buku dan singgah di mana-mana perpustakaan
untuk memudahkan mereka memilih bahan bacaan kegemaran mereka. Biarkan mereka membacanya di situ. Selain itu ajak mereka ke kedai buku, sebagai
contoh Popular untuk membolehkan mereka membaca di situ dan memilih buku mana
yang berkenaan untuk dibeli.
Membaca dengan pantas adalah satu kelebihan kerana
berupaya untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dalam masa yang pantas. Dr Mahathir antara individu yang terkenal
dengan minat membacanya yang mendalam.
Pn Lina sememangnya amat mengagumi ketokohan Dr Mahathir. Abaikan sahaja apa pandangan atau parti atau
warna bendera yang penting adalah lihat apa kelebihan yang dipunyai
olehnya. Dr Mahathir dipercayai pernah
menghadiri kursus membaca pantas dan berkemampuan membaca 1000 patah perkataan
dalam masa seminit berbanding dengan rata-rata dari kalangan kita yang mampu
membaca sekitar 140-200 perkataan seminit.
Jadi bayangkan berapa banyak buku yang mampu dibaca oleh Tun.
Selain dari membaca Tun juga adalah seorang yang
menguasai kemahiran NLP (Nuero Lingusitic Programme) iaitu kemahiran untuk
mengenali seseorang dengan bahasa badan dan juga berkemampuan untuk
mempengaruhi seseorang.
Untuk memudahkan kita membaca dengan pantas latihan
mata perlu diadakan iaitu dengan melihat ke atas dan ke bawah juga kiri dan
kanan dengan melihat objek. Membaca pantas adalah bukan untuk mengesan kesalahan perkataan atau ejaan. Ia lebih kepada mendapatkan maklumat dengan kadar yang pantas. Membaca dengan teliti seperti editor adalah bertujuan untuk mengingati dan memahami. Itu adalah skop yang berlainan. Ia melibatkan cara dan teknik yang berbeza. Jadi disini difokuskan untuk membaca dengan kadar yang pantas. Justeru, niatkan juga
di hati, Ya Allah aku hendak membaca dengan pantas, tolong mempermudahkan
urusan untuk pembacaan ini.
Photographic Mind adalah cara otak melihat sesuatu
objek dengan cara yang tersusun atau susunan.
Latihan pemfokusan dengan melihat warna dalam masa yang singkat dan
disusun semula warna mengikut apa yang dilihat sebentar tad. Latihan mengingat dan focus.
Paling penting adalah subconsius mind (minda separa
sedar). Ia mempengaruhi tahap hafalan kita.
Sebab itu kita mudah menghafal sewaktu kecil kerana kita menghafal
dengan cara kita sendiri. Apa yang
dilakukan adalah di bawah pengaruh minda sedar.
Tidak kisah sama ada sewaktu itu kita berlari, bermain atau membuat apa
sahaja tetapa pada masa yang sama dan tanpa disedari kita menghafal
surah-surah. Itulah yang menjadikan
hafalan kita itu lebih kekal tersimpan dalam memori ingatan minda kita. Berbanding apabila dewasa kita mudah terlupa
dengan apa yang berlaku atau yang kita hafal.
Ini adalah kerana otak kiri semakin berkembang dan fungsi otak kanan
tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Puan Lina juga menjelaskan konsep Memory Pegging atau
konsep mengingati sesuatu dengan ‘memegangnya’ iaitu dengan membayangkan
perkara yang hendak diingati dengan membayangkan perkara tersebut dengan benda
yang lain. Lebih pelik sesuatu yang
dibayang dengan ‘memegangnya’ perkara tersebut, lebih mudah untuk kita
mengingatinya. Selain dari itu Pn Lina
juga berkongsi kaedah untuk memudahkan hafalan surah al- Quran dengan konsep
Carta Alir atau flowchart. Sebenarnya dalam
surah Al-Quran Allah telah menyusunnya dengan peristiwa walaupun ada pelbagai
cerita yang dikisahkan di dalam Al-Quran.
Pn akan membaca secara muka ke muka surat dan bagi setiap muka surat
akan dicartakan kisah atau perkara. Tujuannya
bagi memudahkan hafalan dan juga memahami secara berturutan apa yang
dihafal. Apa yang dibuat ini adalah
menyerupai konsep pemprograman.
Buku-buku yang dicadangkan untuk dibaca adalah Edward
de Bono, Robert Kiyosaki dan Tony Buzan.
Tusyen bukanlah penyelesaian sebaliknya perlulah
diajar dengan kemahuan. Ajarkan
anak-anak sebelum memasuki sekolah dengan keperluan yang secukupnya. Jika perlukan ianya lebih atau extra dari
yang sepatutnya usahakan.
Apa itu mental arithmetic
Ia merupakan satu kaedah pengiraan yang melibatkan
operasi +, -, / dan x di maan para pelajar akan membayangkan pergerakan
manik-manik abakus@abacus@sempoa bagi menyelesaikan masalah pengiraan tersebut.
Kaedah ini melibatkan penguasaan otak kanan dalam
membayangkan pergerakan manik dan otak kiri dalam pengiraan.
Siapa golongan sasarannya? Kanak-kanak yang berusia
seawal 3 tahun boleh mendaftar. Cuma apa
yang menjadi ketidakpuasan hati Puan Lina adalah diskriminasi yang dilakukan di
pusat-pusat pengajaran mental arithmetic.
Rata-ratanya dipunyai oleh bangsa cina.
Pengalaman beliau sendiri untuk memasukan anak beliau dipusat ini tidak
dibenarkan kerana alasannya masih dibawah umur.
Pengajar dipusat berkenaan memaklumkan bahawa hanya kanak-kanak berusia
7 tahun ke atas sahaja dibenarkan.
Sebaik sahaja melangkah keluar dari pusat berkenaan beliau terlihat
kanak-kanak yang kecil masuk ke pusat berkenaan sambil ditemani ibu bapanya.
Beliau pun bertanya berapa usia anaknya. 3
tahun. Terkejut Puan Lina. Dalam hati terfikir, tadi kata hanya 7 tahun
dibenarkan masuk, tetapi kenapa 3 tahun pun boleh masuk. Lalu fahamlah Puan Lina. Inilah diskriminasi yang berbau rasis. Kemudian barulah beliau teringat betapa
sukarnya pengajar tersebut untuk membenarkan kertas ujian atau latihan untuk
dibawa keluar dari pusat berkenaan dan kenapa terlalu sukar buat pengajar
tersebut untuk menunjukkan cara pengiraan dengan mendakwa ini adalah SOP pusat
berkenaan. Beliau terkilan dengan
layanan double standard bangsa berkenaan.
Dengan bangsa mereka (cina) langsung tidak berkira untuk diajar tetapi
untuk bangsa bukan mereka begitu sukar untuk diajar.
Rata-rata yang
menawarkan kursus ini adalah bangsa mereka dan juga asing dengan bayaran yang
mahal. Ini menjadikan kenapa sukar untuk
melihat wajah Melayu dan Islam dalam kursus-kursus anjuran mereka. Bertitik tolak dari inilah beliau membulatkan
tekad untuk belajar dan seterusnya mendapatkan lesen untuk layak mengajar. Imam Syafie pernah berkata, ajarkanlah
anak-anak anda dengan ilmu hisab (matematik) kerana ia mempertajamkan minda
Ulasan
Catat Ulasan