SPARTAN SUPER 2.0
Namakan
apa sahaja larian merentas halangan, merempuh halangan atau melepasi halangan
ia membawa maksud yang sama iaitu trifecta Spartan Super yang diadakan pada
Ahad 20 Mac 2016 , bertempat di litar Canary Garden Sungai Air Hitam Jalan
Banting Klang. Ianya lebih jauh, lebih banyak
halangan, lebih berlumpur dan lebih hangat. Disertai 4181 peserta yang berjaya
menamatkan acara larian berhalangan sejauh 13.5km dengan 25 +++ halangan ianya
adalah siri kedua selepas Spartan Sprint dengan jarak 6km +20 halangan yang
telah diadakan pada 10 Okt 2015 (sempena Hari Sukan Negara) di Litar Halangan
Setia Alam.
Menariknya
acara yang dibawa dari Amerika ini kebetulan berlangsung pada kemuncak ekuinoks
iaitu pancaran matahari maksima menyinari pada Garisan Khatulistiwa pada tarikh
tersebut. Mujurlah kami bermula awal
pada pelepasan jam 9.10 pagi yang sepatutnya pada 8.30 pagi tetapi ditunda
selama setengah jam bagi memberikan laluan kumpulan (hit) sebelum ini untuk
melepasi halangan yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dihalangan. Peserta dinasihatkan untuk hidrat bagi
mengelakan dehidrasi, memandangkan dalam suasana El-Nino dan kebetulannya
kemuncak ekuinoks. Ramai kelihatan
peserta memakai sun blok bagi mengelakan sunburn. Mereka ini yang berkulit cerah atau
putih. Bagi kami yang banyak melamin
(kulit bewarna/gelap) tiada masalah he3.
Saya memerhatikan gadis-gadis ini tidak kisah langsung untuk bergelap
atau berbau lumpur apabila menyertai perlumbaan ini. Bagus.
Senang cerita mereka ini tidak control
ayulah ha3….Ada segelintir peserta lelaki yang merasakan tubuh mereka tegap
dan berotot, berlari dengan tidak memakai baju.
Mujur tiada peserta yang perasan tubuh kekar membuka baju. Jika tidak ia akan mengundang kutukan
he3.
Bahang
kepanasan mula kami rasai apabila jam mula menunjukan jam 11 pagi. Kredit kepada penganjur kerana menempatkan
stesen air setiap 2km. Kelainan untuk
siri ini adalah dari segi jarak yang dipertingkatkan (selamat tiada laluan
berbukit seperti sebelum ini), lebih banyak longkang atau parit yang perlu
dilepasi sama ada melompat bagi yang mampu atau terjun ke dalamnya sambil
meminta bantuan rakan untuk ditarik keluar, lebih panas kerana kurangnya
kawasan teduhan dan yang pastinya halangan adalah ditambah seperti memanjat dan
bebanan. Untuk bebanan seperti
mengangkat batuan kelikir dalam tong cat, mengangkat guni pasir, menarik bar
dengan menyeret dan ke atas, menarik tayar, mengangkat tayar besar dan kecil
dan yang paling menyeksakan adalah mengangkat bebola besi yang berat. Tugasan bebanan yang perlu dilakukan oleh
setiap peserta (lelaki terbuka) adalah antara 30-50kg. Sudahlah hampir semua halangan perlu
menggunakan kekuatan upper body, perserta perlulah merangkak (crawling) dalam
lumpur dan berbatu, memanjat, melompat, menyusuri parit yang berselut/miang dan
memanjat. Ada yang memerlukan skil dan
teknik seperti memanjat tali dan melontar lembing (spear). Halangan seperti monkey bar yang pelbagai
pemegang boleh dikirakan mencabar kerana ini adalah antara halangan yang
terakhir. Sesiapa yang memiliki kekuatan
tubuh atas yang kuat dan genggam tangan yang kuat disamping ketinggian yang
sesuai mereka dengan mudah boleh melepasinya.
Seperti biasa tidak ramai yang mampu melepasinya. Halangan yang berlumpur menyebabkan ada
peserta yang kehilangan kasut akibat tenggelam di dalam selut. Sudahnya mereka
terpaksa berkaki ayam dengan laluan yang berbatu. Ada juga yang tercabut tapak kasutnya. Inilah antara cabaran Spartan. Kami berjaya menyudahkan cabaran ini dalam masa 3jam54min. Alhamdulillah, oklah untuk tahap kami yang bertaraf amatur.
Ramai
yang mengalami kekejangan termasuk saya akibat dari peluh yang berlebihan
(mengurangkan elektrolit dalam tubuh) dan kesejukan kerana basah. Saya merasa sangat rugi kerana terpaksa tidak
melakukan dua halangan yang membabitkan memanjat halangan dan traverse wall. Dua
halangan ini membabitkan penggunaan kaki dan tangan yang kuat. Disebabkan saya telah pun kejang dibahagian
kaki mungkin kerana peluh yang berlebihan saya terpaksa tidak membuatnya
lagi-lagi atas factor keselamatan. Mujur
jugalah saya kejang dibawah, jika kejang itu berlaku diatas pastinya lebih
berbahaya. Jujurnya 5 halangan yang saya
tidak lepas iaitu memanjat tali (ketiadaan teknik yang betul, kerana tangan pun
licin dengan lumpur), monkey bar, memanjat palang (kejang), traverse wall
(kejang) dan melontar lembing (tiada teknik).
Tempat mandiannya pula lebih teratur kerana ada disediakan pemancur air
yang boleh dibawa (portable shower) oleh pihak penganjur. Lebih menarik tempat mandi lelaki dan wanita
hanya bersebelahan sahaja. Jadi boleh
lihat sahaja kerana berhadapan sahaja tanpa tabir. Ada mereka kisah, langsung tiada rasa malu.
Mana-mana yang bertubuh lawa tiada masalah untuk mandi dengan menanggalkan baju
kecuali seluar. Yang bertubuh lebar
mereka mandi pakai baju. Berbeza dengan
lelaki langsung tiada malu, ada yang mandi berseluar dalam sahaja. Tak mengapalah sebab rata-rata bukan Islam.
Menariknya
dalam acara ini disertai oleh rakan-rakan ROTU yang saya kira memang tidak
seberapa aktif sebaik menamatkan pelajaran sejak tahun 2002. Bayangkan sudah berapa lama tidak aktif bersukan
atau berlari. Jika ada pun tidak menjadi
rutin. Cuma seorang darinya aktif dengan
aktiviti motor cross dan pernah beberapa kali menyertai acara sebegini. Itu pun sejak setahun kebelakangan ini. Tiba-tiba masuk pula dengan acara yang saya
kira agak ekstrem dan mencabar dari segi ketahanan atau endurance mental dan
fizikal. Bagus mungkin dahulunya pernah
melalui latihan ROTU diwaktu belajar dahulu, kemahiran dan pengalaman tersebut
masih lagi ada dalam memori otot-otot maka tiada masalah untuk
melakukannya. Bezanya lepas atau tidak
sahaja. Jika stamina masih berbaki maka
halangan tersebut tiada masalah untuk melakukannya, jika pewai, sekadar melihat
atau cuba jaya sahaja. Penalti yang
dikenakan kepada para peserta yang tidak melepasi halangan adalah burpees
30kali. Ramai yang sekadar membuat 5-10
kali sahaja. Itu pun ramai yang tidak
mampu disebabkan kepenatan.
Untuk
mencapai taraf trifecta sebagai seorang Spartacus mereka perlulah melengkap 3
siri. 2 Siri sudah pun dilalui,
tinggalnya Beast sahaja. Peringkat ini
jaraknya dalam 20 ++ km dan 30 halangan.
Tarikhnya sahaja tidak dinyatakan lagi.
Bayangkan peringkat Super ini pun ramai yang terasa azabnya. Apa-apa pun itulah Spartan. Ia membezakan larian berhalangan seperti Genting
Trail Blazer, CEC, Viper, Trail Worrior dan Mad Worrior. Setiap dari acara ini mempunyai keunikannya
tersendiri tetapi Spartan adalah lebih lagi kerana membabitkan bebanan.
Saya
merasa seronok dengan acara ini. Ia menguji
tahap kemampuan saya. Saya sedar dalam
usia 36 tahun ini, bukanlah usia yang sesuai kerana terikat dengan pelbagai komitmen. Latihan yang kurang, Cuma mengharapkan kepada
stamina yang terbina dalam larian dan pengalaman yang pernah memasuki acara
yang serupa sebelum ini. Tidak dinafikan
ada yang lebih berusia tetapi mampu melakukannya lebih baik dari orang
muda. Syabas. Saya memasuki kerana keseronokan disamping
dapat melakukannya bersama rakan-rakan lama yang pernah aktif dalam wataniah
sewaktu di alma mater dahulu. Bagi saya
memasuki dan berjaya menamatkannya dengan selamat adalah satu pencapaian yang
baik. Lebih baik dari mereka yang tidak
menyertai tetapi banyak pula bunyinya. Saya
masuk bukan kerana hendak memenanginya kerana pemenangnya telah pun
ditentukan. Kita kena ubah minda dan
cara berfikir kita. Adakah kerana
memasuki acara larian atau sukan kita perlu menang? Benar kita perlu
menang. Tempat atau podium untuk
pemenang pun 3 sahaja atau jika adanya bertaraf antarabangsa mungkin sampai
20. Tetapi tetap terhad berbanding
ribuan yang memasukinya. Sudahnya sesiapa
yang berhasrat untuk mengejar kedudukan atau kemenangan mereka akan kecewa jika
tidak berjaya memenanginya. Akhirnya
mereka akan berhenti dari terus dari menyertainya. Bagi saya kemenangan hanyalah bonus.
Minda
kena berubah. Berlarilah atau
bersukankah untuk kesihatan. Inilah yang
akan kekal. Mereka tidak kisah sama ada
menang atau kalah. Mereka telahpun
berusaha sebaik mungkin. Apa yang mereka
perolehi adalah nikmat dari acara tersebut.
Mereka menikmatinya dan mereka akan menyertainya semula dalam pelbagai
acara. Inilah keseronokan bersukan. Kita bersukan untuk sihat dan kesihatan
inilah yang perlu didahulukan selain dari keselamatan yang perlu
diambilkira. Menang itu bonus tetapi
kesihatan untuk tetap kita miliki.
Ulasan
Catat Ulasan