Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Sekadar gah dalam pertandingan, hakikatnya ia sekadar kosmetik bagi menutup kecacatan

Imej
Kita gah dengan mengadakan pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) yang telahpun memasuki edisi ke-10 penganjurannya. Kononnya bahasa kita adalah digah dan dimegahkan setaraf dengan bahasa asing lain. Kita mencanangkan kepada dunia bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan (tetapi jarang sekali disebut sebagai bahasa ilmu dan pembangunan bangsa) dan kebangsaan yang dilindungi dibawah perundangan tertinggi negara iaitu Perlembagaan Negara dalam Fasal 152. Akan tetapi ianya semata-mata lafaz retorik dan kepura-kepuraan atau kemunafikan ahli politik sahaja.  Sekadar lafaz bagi menyakinkan pendengarnya.  Ia tidak lebih hanyalah indah khabar dari rupa dengan pemberitahuan secara berlebih-lebihan yang sebenarnya adalah retorika yang mengelirukan.  Sedangkan pada hakikatnya Bahasa Melayu hanyalah ‘melukut ditepi gantang’ dalam sebahagian sektor di negara kita.  Ia dilakukan secara sedar tanpa rasa bersalah pun oleh pentadbir negara dan penggerak enji...

Cabaran Route 68...

Imej
Alhamdulilah..berjaya menamatkan cabaran Larian Ultra Route 68 edisi ke-2 penganjurannya pada 10 April 2016.  Saya menganggapnya ini adalah ‘hadiah’ hari lahir saya ke-36 pada 3 April lepas. Mampu lagi menguji kesihatan dan keupayaan diri dalam acara yang agak ekstrem ini. Dengan jarak 70km melalui 7 hentian, bermula dari Dewan Orang Asli ke Kolam Air Panas Bentong sejauh 35km pergi dan kembali.  Berjaya menamatkan dalam masa 11jam ++ dengan cut off 12jam.  Ini adalah penyertaan kami yang pertama ini acara ini dan kali ketiga bagi larian ultra selepas 2 kali P100 (100km).   Larian yang amat memeritkan dan menjerihkan. 16km pendakian, 19km menuruni bukit dan kembali dengan 19km pendakian dan 16km menuruni.  Nyaris hendak mengalami dehidrasi atau strok haba (heat stroke) kerana mula terasa mual dan hendak pitam.   Ubatnya, minum air secara berterusan.  Saat yang paling menguji mental adalah berpatah balik semula dari CP 7 ke CP 3 den...

Putrajaya Bandar Gemuk di Asia Tenggara

Imej
Kini, ia terbukti dengan bandar pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya mempunyai kadar tertinggi bagi orang yang mengalami berat badan berlebihan dan obes di negara ini. Hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) meletakkan Putrajaya sebagai bandar yang mempunyai peratusan tertinggi bagi berat badan berlebihan, obesiti dan kegemukan di bahagian abdomen. Kajian turut mendapati populasi di pusat pentadbiran kerajaan itu mempunyai peluang 37 peratus bagi berat badan berlebihan, manakala kadar obesiti pada 43 peratus. Apa yang lebih mengejutkan, menurut NHMS, kakitangan kerajaan dan separa kerajaan mendorong kepada kadar berkenaan apabila kebanyakan mereka mengalami obesiti, dengan 40.3 peratus. Ini bermakna dua bagi setiap lima penjawat awam di Malaysia mungkin mengalami obesiti. Menurut Pejabat Perdana Menteri, terdapat 1.4 juta penjawat awam di negara ini, dan ia merupakan perkhidmatan awam terbesar di Asia Tenggara. Demografi obesiti lain menun...

Surat (email) ke Imigresen....

(i) Percaya atau tidak jumlah pekerja asing dengan jumlah pekerja tempatan adalah hampir seimbang.  Jumlah pekerja asing yang berdaftar dan tidak berdaftar adalah 6 juta, manakala pekerja tempatan termasuk awam dan swasta berjumlah 6.5 juta.  Ini tidak termasuk dengan jumlah pekerja Bangladesh yang dikatakan 1.5 juta bakal dibawa masuk bagi memenuhi keperluan pihak industry (Merujuk kepada petikan TPM bertajuk Mahu Penuhi Permintaan Majikan, BH Ahad, 14 Feb 2016).  Pastinya ini membawa kepada malapetaka sosial dan seterusnya mengubah demografik Malaysia. Saya tidak pasti kegilaan apakah yang sedang terjadi di negara kita ini.  Kita terlalu berlembut dengan warga asing ini sebenarnya.  Ini menyebabkan mereka berani kembali semula ke negara ini.  Adalah tidak buat kita yang membayar pelbagai cukai tetapi harus berkongsi kemudahan yang sama dengan warga asing ini.  Sepatutnya keistimewaan subsidi yang disalurkan pada mana-mana kemudahan yang dise...

Bahasa Menunjukan Bangsa…

(i) Jerman tersenarai kalangan 10 teratas negara bukan berbahasa inggeris yang memiliki kefasihan dengan skor 61.83 berbanding dengan Sweden yang menduduki carta teratas dengan skor 70.94 menurut laporan yang dikeluarkan oleh EF EPI English Proficiency Index.  Manakala Malaysia yang begitu megah bertutur dalam bahasa tersebut walaupun tidak kena pada tempatnya hanya menduduki nombor ke-14 dengan skor 60.30 iaitu dibawah 2 anak tangga berbanding pencabar terdekatnya Singapura, 61.08.  Walau bagaimanapun Singapura ini sebenarnya tidaklah dikelompokan sebagai negara bertutur dalam bahasa asal kerana komposisi warga dalam negaranya 80% adalah bukan warga asalnya sebaliknya bangsa imigran yang dibawa masuk oleh penjajah tetapi dilantikan secara automatic disebabkan hilangnya taraf kedaulatan dan maruah fungsi bangsa asal, Melayu.  Aneh sekali India dan Filipina yang merupakan mengimport tenaga buruh murah fasih berbahasa inggeris langsung tidak termasuk dalam carta te...