Surat (email) ke Imigresen....
(i)
Percaya atau tidak jumlah pekerja asing dengan jumlah
pekerja tempatan adalah hampir seimbang.
Jumlah pekerja asing yang berdaftar dan tidak berdaftar adalah 6 juta,
manakala pekerja tempatan termasuk awam dan swasta berjumlah 6.5 juta. Ini tidak termasuk dengan jumlah pekerja
Bangladesh yang dikatakan 1.5 juta bakal dibawa masuk bagi memenuhi keperluan
pihak industry (Merujuk kepada petikan TPM bertajuk Mahu Penuhi Permintaan
Majikan, BH Ahad, 14 Feb 2016). Pastinya
ini membawa kepada malapetaka sosial dan seterusnya mengubah demografik
Malaysia. Saya tidak pasti kegilaan apakah yang sedang terjadi di negara kita
ini.
Kita terlalu berlembut dengan warga asing ini
sebenarnya. Ini menyebabkan mereka
berani kembali semula ke negara ini. Adalah
tidak buat kita yang membayar pelbagai cukai tetapi harus berkongsi kemudahan
yang sama dengan warga asing ini.
Sepatutnya keistimewaan subsidi yang disalurkan pada mana-mana kemudahan
yang disediakan oleh kerajaan wajar dinikmati oleh warga tempatan. Malahan ada pekerja asing ini memperolehinya
dengan percuma iaitu membina penempatan ditanah yang terbiar dan dibuat pula
penyambungan eletrik dan air yang haram tanpa membuat sebarang bayaran sesen
pun. Situasi sebegini banyak terjadi
dikawasan yang mana terdapat koloni warga asing. Justeru dengan itu kerjasama dengan PBT perlu
diperkemaskan. Penempatan yang haram
wajar dimusnahkan dan mereka yang bersubahat perlu dihukum dengan
seberat-beratnya kerana mengkhianati amanah rakyat. Warga asing yang ditahan perlulah dikenakan
tindakan hukuman sebatan sebagai pengajaran selain kompaun yang tinggi kerana
mengingkari peraturan dan melakukan kesalahan imigresen sebelum dihalau keluar
dengan terus menyenaraihitamkan mereka.
Cadangan ke atas pengurangan dan pengoptimuman
(optimization) tenaga kerja asing
- - Pengenaan harga yang berbeza dari warga tempatan Seperti minyak petrol (warga asing wajib menggunakan RON97) perlu dikemukan passport atau apa-apa ID yang menunjukan mereka adalah warga asing. Tambang pengangkutan awam perlulah dibezakan dengan warga tempatan. Semua ini adalah bagi mengelakan subsidi yang dikhususkan kepada warga tempatan tidak dinikmati oleh warga asing.
- - Larangan mengusahakan apa jua bentuk perniagaan sama ada static dipasar-pasar malam, dikaki lima, dipremis perniagaan yang disewakan oleh warga tempatan ke atas mereka, diruang legar kompleks membeli belah dan juga bergerak yang menggunakan kenderaan sama ada bermotosikal, van, lori dan kereta. Mereka bebas memandu kenderaan. Justeru KDN perlu bekerjasama dengan JPJ dan PDRM bagi memantau dan memeriksa lesen memandu.
- - Penempatan atau asrama warga asing yang kotor dan berpotensi menjadi pembiakan vector pembawa penyakit seperti Aedes. Pengabaian kebersihan ini adalah disebabkan mentality warga berkenaan yang kurang menitiberatkan kebersihan. Maka adalah wajar untuk pihak tuan bekerjasama dengan PBT dalam mengenakan notis atau kompaun terhadap majikan warga asing.
- - Pengenaan skim gaji yang lebih tinggi dan juga levi yang tinggi ke atas warga asing yang bekerja di sini. Jerman menggunakan pendekatan sebegini dalam mengekang kebanjiran pekerja asing dalam industry mereka. Dengan cara ini majikan akan berfikir banyak kali sebelum mengambil mereka dan sekaligus menawarkan pekerjaan kepada warga tempatan.
- - Mengkehendaki kelulusan minimum setaraf SPM. Ini kerana pekerja asing yang langsung tidak tahu membaca, menulis dan berkomunikasi dengan standard yang minimum untuk Bahasa Melayu dan juga Inggeris.
- - Melakukan tracebility (kebolehkesanan atau penjejakan) terhadap warga pekerja asing yang bekerja disektor yang bukan dalam permitnya. Data biometric perlu direkodkan bagi membolehkan kita mengesan sejarah pergerakan pekerjaan mereka selama berada disini. Jika berlaku pelanggaran maka tindakan senarai hitam dan denda boleh dikenakan.
- - Pengaliran keluar sejumlah besar wang keluar akibat dari penghantaran atau pengiriman wang oleh pekerja asing. Sejumlah RM51billlion dilaporkan mengalir keluar dari 2juta pekerja asing yang berdaftar. Ini yang dilaporkan. 4 juta yang tidak sah, pastinya melibatkan jumlah yang jauh lebih besar. Ini tidak bagus untuk ekonomi negara kita. Maka dengan itu pengenaan cukai pendapatan selain dari levi yang dipertingkatkan perlu dilaksanakan agar wang yang mengalir keluar dapat dikurangkan.
- - Pengawalan ke atas laluan tikus atau haram yang berdekatan dengan pengkalan laut. Menerusi perbualan saya dengan pembantu rumah mertua saya kebanyakkan dari rakan-rakan mereka yang tiada permit sah akan menggunakan laluan ini kebanyakkan di Johor dengan bantuan tekong darat dan laut orang tempatan. Di sini sejumlah bayaran akan dikenakan yang biasanya jauh lebih mahal.
- - Terdapat juga ketirisan integriti anggota penguatkuasa yang menjaga di Pintu-Pintu Masuk. Dari maklumat yang juga diperolehi dari pembantu rumah mertua saya, ramai kalangan rakan-rakanya warga dari seberang yang tidak sah dari segi permit dan statusnya atau tamat permit dan visa dengan mudah melepasi kawalan pintu masuk selepas menyogok sejumlah wang. Sama ada diminta atau ditawarkan. Ini perlu diberi perhatian oleh pihak tuan.
- - Galakan penggunaan teknologi atau robotik bagi mengurangkan pergantungan yang melampau terhadap tenaga buruh asing yang berkemahiran rendah dan murah. Tingkat penyeliaan dikalangan tenaga kerja tempatan dengan skim gaji yang sesuai menerusi latihan kemahiran yang dipertingkatkan.
Hasil yang dikehendaki
Masa untuk berlembut, menasihat dan berunding telah
tamat. Terlalu banyak peluang yang kita
berikan kepada mereka sehingga sampai ke tahap seolah-olah menggadai kedaulatan
negara. Cukuplah dengan tindakan
penjajah kita yang membawa masuk terlalu banyak imigran dari tanah besar utara
dan selatan bagi menggerakan ekonomi kapitalis penjajah. Sudahnya mereka meninggalkan beban warga ini
kepada kita untuk diuruskan dan hidup bersama.
Bangsa ini yang dahulunya kuli dan hamba, telah menuntut hak untuk
bewarganegara dan memperolehi hak pemilikan kekayaan yang berupa hartanah dan
penguasaan ekonomi selain hak berpolitik bagi mewakili kelompok imigran
mereka. Bebanan inilah yang perlu
ditanggung. Apa yang menyedihkan bukan
penjajah yang mengembalikan situasi sebegini tetapi pemimpin kita sendiri. Kita tidak mahu sekali lagi terperangkap
dalam permainan dan kegilaan ini.
Apakah kita terlalu malas untuk pekerjaan ini? Dahulu
tidak kisahpun bangsa kita melakukan pekerjaan yang diistilahkan sebagai 3D
(Dirty, Difficult & Dangerous) tetapi kena tidak buat masa kini. Saya pernah ke Korea Selatan. Warga tempatan sendiri yang melakukan
kerja-kerja sebegini. Mereka
melakukannya dengan terbaik dan bersungguh kerana mereka merasa bangga dapat
menyumbang tenaga dan khidmat mereka dengan cara yang mereka mampu lakukan. Tidak kisah apa jua pekerjaan baik yang
tinggi atau rendah tarafnya. Yang
penting mereka tidak secara keterlaluan bergantung kepada warga asing seperti
Malaysia.
(ii)
Keluar kerja Nampak warga asing
Masuk pejabat Nampak warga asing
Masuk universiti jumpa warga asing
Kawasan perumahan dan kejiranan ada penempatan dan
koloni warga asing
Masuk komuter atau pengangkutan awam Nampak warga
asing
Ke pasar malam Nampak warga asing
Ke pasaraya Nampak warga asing
Kiri kanan depan belakang warga asing…
Rasa tidak aman walaupun berada di tanah air sendiri,
kerana berhadapan dengan mereka yang belum tentu tujuannya untuk datang
bekerja. Berbillion duit mengalir keluar
dan seterusnya melemahkan ringgit.
Para menteri dan elit yang berpengaruh tidak pula
berhadapan dengan realiti warga asing.
Mereka tidak hidup dalam persekitaran yang dipenuhi warga asing,
persekitaran kotor dan berpenyakit dengan kehadiran warga asing, mereka tidak
berhadapan dengan warga asing sebagaimana kita warga marhaen berhadapan dengan
mereka hampir setiap masa. Jadi mereka
membuat dasar penambahan warga asing hanya kerana kepentingan ekonomi dan apa
yang mereka boleh jana dari kehadiran mereka ini.
Jadi bagaimana mungkin mereka boleh mengatakan bahawa
penambahan tenaga kerja asing tidak mendatangkan masalah kerana pemantauan
seringkali dilakukan. Apa jaminan
kebanjiran mereka yang melebihi penawaran sehingga menyebabkan lambakan tidak
mendatangkan bahana sosial? Bukan sahaja
malapetaka sosial sahaja yang akan meletus tetapi kemunculan pelbagai penyakit
yang sudah lama pupus di Malaysia kembali wujud di sini.
Cuba kita minta para menteri dan elit ini duduk dalam
persekitaran yang kita duduk sekarang, barulah mereka terasa ancamannya. Naiklah komuter pada hujung minggu, siapa
yang memenuhi gerabak komuter jika bukan warga asing. Datanglah ke KLCC, Pudu, Jalan Silang pada
hujung minggu mereka sahaja yang menguasainya.
Baru terasa ancamannya. Jangan
sekadar selesa duduk di atas tetapi langsung tidak menjengok warga dibawah yang
senantiasa hidup dengan golongan warga asing ini.
Buatlah kerja.
Pertingkatkan operasi. Jika boleh
dikepung kompleks membeli belah pada hujung minggu. Lakukan.
Saring semua warga asing ini.
Cuti umum adalah kesempatan terbaik untuk melakukan operasi. Di kala warga asing ini asyik keluar berlibur
dengan seronok, maka disitulah jalan terbaik untuk menahan dan memeriksa
mereka. Begitu juga dengan pengangkutan
awam. Naiklah komuter bersama imigresen
dan polis dengan bekerjasama dengan pihak KTM.
Pastikan ada 2 pasukan satu yang dimulakan dibelakang gerabak dan satu
kumpulan dimulakan dihadapan gerabak.
Pastinya warga asing ini merasa cuak dan terancam kerana pemeriksaan
dilakukan di dalam pengangkutan awam juga.
Lakukan di semua pasaraya dan pasar malam kerana disitulah lubuk mereka
selain dari kawasan perumahan murah yang menjadi sasaran untuk penempatan dan
penyewaan mereka.
Cukai yang diambil wajar ditunjukkan dengan tindakan
dan apa hasil dari tindakan yang dibuat.
Barulah rakyat terasa berbaloi dengan apa yang dibayar kepada
Kerajaan. Dengan apa yang diikrarkan
oleh Imigresen berhubung dengan operasi yang dilakukan hari-hari, wajar
diteruskan dan jangan sekadar slogan atau retorik atau dibuat secara
bermusim. Teruskan usaha ini. Usaha menentang kemasukan warga asing dan
pembendungan dari terus membarah adalah sebahagian dari jihad kecil untuk
memakmurkan tanah air kita. Kita hendak
kekayaan dan kemakmuran negara ini dinikmati oleh warga kita, bukannya
dialirkan keluar oleh warga asing ini.
Integriti dikalangan anggota perlu sentiasa dipuncakkan supaya tiada
yang culas atau melanggar ikrar berkenaan.
Lambakan warga asing ini adalah manifestasi kepada ‘pecah amanah’ dan
rasuah yang berlaku dikalangan anggota dan juga warga yang tidak
bertanggungjawab.
Ulasan
Catat Ulasan