Sekadar gah dalam pertandingan, hakikatnya ia sekadar kosmetik bagi menutup kecacatan
Kita gah dengan mengadakan pertandingan Pidato Antarabangsa
Bahasa Melayu (PABM) yang telahpun memasuki edisi ke-10 penganjurannya.
Kononnya bahasa kita adalah digah dan dimegahkan setaraf dengan bahasa asing
lain. Kita mencanangkan kepada dunia bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa
perpaduan (tetapi jarang sekali disebut sebagai bahasa ilmu dan pembangunan
bangsa) dan kebangsaan yang dilindungi dibawah perundangan tertinggi negara
iaitu Perlembagaan Negara dalam Fasal 152.
Akan tetapi ianya semata-mata lafaz retorik dan
kepura-kepuraan atau kemunafikan ahli politik sahaja. Sekadar lafaz bagi menyakinkan
pendengarnya. Ia tidak lebih hanyalah
indah khabar dari rupa dengan pemberitahuan secara berlebih-lebihan yang
sebenarnya adalah retorika yang mengelirukan.
Sedangkan pada hakikatnya Bahasa Melayu hanyalah ‘melukut ditepi
gantang’ dalam sebahagian sektor di negara kita. Ia dilakukan secara sedar tanpa rasa bersalah
pun oleh pentadbir negara dan penggerak enjin pertumbuhan ekonomi negara. Mereka sedar akan kebenaran ini, tetapi
membutatulikan mata dan memekakan telingan serta menutupkan hati dari
mengetahuinya dan memperbetulkan kesesatan ini.
Bahasa Melayu yang kita khabarkan kepada dunia dinafikan
taraf kebitaraannya dalam memandaikan bangsa apabila subjek sains, matematik,
teknikal dan rekabentuk diajar dalam bahasa asing (inggeris). Lebih tragis dari itu peranan Bahasa Melayu
semakin mengecil apabila tiba diperingkat pengajian tertinggi lantaran semua
kursus berorentasikan STEM bermula dari peringkat diploma sehingga pasca
siswazah diajar menggunakan pengantar bahasa asing melainkan kursus berkaitan
Bahasa Melayu dan Pengajian Islam.
Lebih
memilukan hampir semua sektor swasta, badan berkanun, GLC dan GLIC menggunakan
sepenuhnya bahasa asing dan lebih berani menggunakan bahasa etnik tionghua
dalam urusan mereka. Lagi memelikan
keadilan tidak akan tertegak jika tidak menggunakan bahasa asing disebabkan
‘ibu’ perundangan adalah berkiblatkan Common Law legasi dari penjajah
dahulu. Begitulah jahatnya pemikiran
para penggerak pentadbiran negara dan juga kapten-kapten industry yang hanya
memutlakan pemikiran kepada materialisme (petunjuk ekonomi) sebagai KPI untuk
kemajuan negara. Mereka ini sangat
melatah jika dituduh sebagai tidak patriotik dan nasionalis. Bagi mereka ukuran patriotisme dan
nasionalisme bukan hanya merujuk kepada kefasihan berbahasa dan mendaulatkan
bahasa Melayu, tetapi yang lebih penting adalah pembangunan negara yang
didukung sepenuhnya dalam bahasa asing.
Sistem
pendidikan yang digunakan sekarang jelas melaga-lagakan Bahasa Melayu dengan
bahasa asing dan untuk jangka panjang ia akan menyebabkan bahasa Melayu akan
terus ditewaskan dan sekadar menjadi bahasa taraf rendah yang ditutur oleh
golongan bawahan. Secara halusnya inilah
maksud dan keinginan yang dikehendaki oleh penjajah. Apakah begitu mudah sekali penjajah hendak
melepaskan lubuknya (tanah jajahan)? Mereka akan memanipulasikan apa jua isu
termasuk penggunaan bahasa mereka sebagai instrumen untuk mengekalkan status
quo mereka sebagai penjajah yang unggul.
Imperialisme linguistik yang dipelopori oleh bangsa Anglo (Inggeris)
adalah kejayaan halus terbesar dalam sejarah sejagat peradaban manusia bagi
meneruskan kesinambungan kebergantungan bangsa jajahan kepada mereka secara
tidak langsung.
Kejayaan
dalam imperialisme linguistic akan disusuli dengan lain-lain instrumen bagi
memudahkan pihak penjajah (yang diketuai oleh Nasrani dan Yahudi) untuk terus
mentadbir goyim-goyim yang mengiakan apa jua yang disarankan oleh mereka
termasuk penggunaan bahasa. Mereka meletakan
tanggapan atau persepsi bahawa tanpa bahasa mereka, goyim-goyim ini tidak akan
maju. Siapa goyim? Lembu dalam bahasa Yahudi
yang merujuk kepada bangsa selain dari mereka.
Ulasan
Catat Ulasan