Putrajaya Bandar Gemuk di Asia Tenggara
Kini,
ia terbukti dengan bandar pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya mempunyai
kadar tertinggi bagi orang yang mengalami berat badan berlebihan dan obes di
negara ini.
Hasil
Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) meletakkan Putrajaya sebagai
bandar yang mempunyai peratusan tertinggi bagi berat badan berlebihan, obesiti
dan kegemukan di bahagian abdomen.
Kajian
turut mendapati populasi di pusat pentadbiran kerajaan itu mempunyai peluang 37
peratus bagi berat badan berlebihan, manakala kadar obesiti pada 43 peratus.
Apa
yang lebih mengejutkan, menurut NHMS, kakitangan kerajaan dan separa kerajaan
mendorong kepada kadar berkenaan apabila kebanyakan mereka mengalami obesiti,
dengan 40.3 peratus.
Ini
bermakna dua bagi setiap lima penjawat awam di Malaysia mungkin mengalami
obesiti.
Menurut
Pejabat Perdana Menteri, terdapat 1.4 juta penjawat awam di negara ini, dan ia
merupakan perkhidmatan awam terbesar di Asia Tenggara.
Demografi
obesiti lain menunjukkan bahawa kaum India (43.5 peratus) dewasa berkahwin
(33.8 peratus) dan mereka yang hanya mempunyai pendidikan di peringkat sekolah
menengah (32.1 peratus).
Hasil
kajian itu meletakkan kerajaan dalam keadaan yang memalukan kerana ia berperanan
untuk menurunkan bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan berlebihan
dan mengalami obesiti.
“Dengan
bilangan mereka yang mengalami obesiti meningkat, negara kini berdepan dengan
lonjakan terhadap penyakit tidak berjangkit seperti diabetis dan penyakit
kardiovaskular,” rumusan kajian itu menyifatkan situasi rakyat Malaysia
mengalami obesiti merupakan sesuatu yang amat membimbangkan.
Rumusan…
Fakta
dan hakikat yang memalukan bagi ‘Negara Gemuk’ di Asia Tenggara
Pusat
pentadbiran Putrajaya dicatatkan mempunyai kadar obesiti tertinggi di negara
selepas Melaka dan Perlis ditempat kedua dan ketiga.
Dari
kajian NHMS 2015 menyatakan
-37%
mengalami berat badan yang berlebihan
-43%
mengalami obesity
Lebih
memalukan kakitangan awam dan separa awam menyumbang kepada peratusan tertinggi
kadar obesiti dengan 40.3% kepada angka peratusan 43% atau lebih 1/3 kepada
peratusan terbabit.
Bermakna
2 bagi 5 dari 1.4 juta penjawat awam dikategorikan sebagai obes tidak termasuk
mereka yang mengalami berat berlebihan atau kegemukan. Angka yang membimbangkan terhadap status
kesihatan dikalangan kakitangan awam.
Dari
demografi obesiti
kaum
India (43.5%),
dewasa
yang berkahwin (33.8%)
mempunyai
pendidikan sehingga menengah (32.8%)
Obesiti
berdasarkan kaum
India
43.5% dari 638 124
Melayu
35.4% dari 3 248 693
Bumiputera
30.7 dari 638 124
Cina
21.9% dari 741 050
Lain-lain
18.2 dari 351 091
Ulasan
Catat Ulasan