Kemasukan buruh asing mengubah demografik Tanah Melayu dan Malaysia
Penjajahan telah mengubah data demografik atau taburan sosial atau komposisi bangsa di bumi semenanjung yang dahulunya dikenali sebagai Semenanjung Melayu atau Tanah Melayu. Dan tindakan yang sama juga dilakukan oleh warganya sendiri yang membenarkan kemasukan warga asing demi memenuhi keperluan ekonomi kapitalis yang digerakan oleh warganya sendiri. Kerana tidak mahu dikatakan rasis oleh bangsa imigran maka 8 tahun sesudah merdeka perkataan yang dikonotasikan selama ribuan tahun dimansuhkan dengan menukarkan kepada Malaysia. Begitu berlembut dan bertolak ansurnya warga asal sehingga tidak menyedari bahawa tindakan itu menyebabkan secara beransur-ansur mereka diketepikan. 1) Peratusan penduduk Tanah Melayu sebelum Inggeris Secara anggaran 95% (Rumpun Melayu termasuk etnik orang asli) dan 5% (Siam, Cina peranakan, India peranakan – yang berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu dalam kehidupan harian mereka) 1786 Inggeris bertapak sehingga menjelang kemer...