Kemasukan buruh asing mengubah demografik Tanah Melayu dan Malaysia
Penjajahan telah mengubah data demografik atau taburan sosial atau komposisi bangsa di bumi semenanjung
yang dahulunya dikenali sebagai Semenanjung Melayu atau Tanah Melayu. Dan tindakan yang sama juga dilakukan oleh
warganya sendiri yang membenarkan kemasukan warga asing demi memenuhi keperluan
ekonomi kapitalis yang digerakan oleh warganya sendiri. Kerana tidak mahu dikatakan rasis oleh bangsa
imigran maka 8 tahun sesudah merdeka perkataan yang dikonotasikan selama ribuan
tahun dimansuhkan dengan menukarkan kepada Malaysia. Begitu berlembut dan bertolak ansurnya warga
asal sehingga tidak menyedari bahawa tindakan itu menyebabkan secara beransur-ansur
mereka diketepikan.
1) Peratusan penduduk Tanah Melayu sebelum Inggeris
Secara anggaran 95% (Rumpun Melayu termasuk etnik
orang asli) dan 5% (Siam, Cina peranakan, India peranakan – yang berbahasa
Melayu dan berbudaya Melayu dalam kehidupan harian mereka)
1786 Inggeris bertapak sehingga menjelang kemerdekaan
1957
Melayu dan rumpunnya 49.8% (2,427,834)
Cina 37.1% (2,332,936)
India 11.1%(695,985)
Melayu 49.8% dan Bukan Melayu 48.2% (nisbah hampir 1:1)
Kedudukan sangat berbahaya kepada politik pentadbiran
2) 1965 Pembentukan Malaysia
Kedudukan Melayu diimbangi dengan kehadiran Bumiputera
Sabah dan Sarawak. Jika tidak kerana
penyertaan Borneo ini pastikan ketidakseimbangan akan lebih menjurang kerana
Singapura majoritinya adalah bangsa imigran yang lebih 80% berbanding dengan
Melayu dan rumpunnya.
3) Tahun 2010 menerusi angka yang dikeluarkan oleh
Jabatan Statistik Malaysia
Populasi Malaysia 28.3 juta (91.8% Warganegara dan
8.2% Bukan warganegara)
Bumiputera 67.4%,
Cina 24.6%
India 7.3%
Lain-lain 0.7%
4) 2015
Anggaran 30 juta (termasuk 6juta pendatang asing tidak
termasuk 1.5juta warga Bangladesh bakal dibawa masuk).
Nisbah 4:1
4 warga tempatan untuk 1 warga asing, hampir 25% dari jumlah penduduk Malaysia
Kemudian bakal
3:1 (3 warga tempatan:1 warga asing), hampir 33% dari jumlah penduduk Malaysia
Inilah kegilaan yang dicipta sendiri yang bakal
meletuskan malapetaka sosial. Kehadiran warga
asing ibarat bom jangka. Dahulunya kita
pernah berhadapan dengan ledakan sebegini sehingga mengakibatkan peristiwa
berdarah rusuhan kaum. Tidak mustahil
perkara yang sama bakal terjadi tetapi dengan skala yang jauh lebih besar.
Ulasan
Catat Ulasan