Untuk menjadi kaya, lebihkanlah bersedekah....
Kita adalah apa yang kita berikan (sedekah), dan bukannya
apa yang kita miliki..
Harta sebenar kita apa yang kita sedekah, wakaf atau
derma bagi tujuan pelaburan di sana.
Hakikatnya ramai yang menyedari kelebihan bersedekah, namun secara
praktiknya ia sangat sukar dilaksanakan.
Salah faham berkenaan dengan pengertian menderma atau
bersedekah menyebabkan ada dikalangan kita liat untuk mengeluarkan atau
membelanjakan bagi tujuan tersebut. Penyakit
sayangkan harta kerana menganggap ianya adalah hasil usaha mereka dan kenapa
perlu sewenang-wenangnya untuk diberikan kepada orang lain. Tetapi mereka lupa bahawa dengan izin Allah
jua mereka menjadi golongan berada.
Kekayaan harta itu sebenarnya adalah ujian buat mereka. Gagal ujian berkenaan harta mereka itu akan
menjadi bebanan mereka di sana kelak.
Lulus ujian bermakna harta yang disedekah atau dibelanjakan untuk tujuan
keredaan Allah itulah yang akan memberatkan mizan mereka untuk masuk ke Syurga.
Lebihan dari harta yang dimiliki itulah barulah boleh di zakat, diinfak, diwakaf, disedekah atau didermakan. Sebagai contoh zakat hanya
dikeluarkan apabila cukup perkadaran atau nisbahnya atau syaratnya. Nilaian yang ditetapkan adalah 2.5% bagi
keseluruhan pendapatan atau simpanan. Konsep
memberi adalah lebih mulia dari menerima perlulah diterapkan. Namun ada yang lebih suka mengambil
kesempatan dengan memalsukan jumlah pendapatan atau simpanan atau juga
keuntungan semata-mata untuk mengelak dari mengeluarkan zakat. Mereka lebih rela membelanjakan bagi tujuan
yang lain. Atau seronok melihat angka
ringgit yang semakin meningkat. Mereka beranggapan
ia akan mengurangkan jumlah tersebut. Mereka sangat berkira untuk tujuan yang menguntungkan saham atau pelaburan mereka di akhirat, tetapi tidak berkira untuk berbelanja bagi tujuan lain. Bukan salah, tidak salah sebenarnya, namun biarlah berimbang. Dalam setiap pendapatan atau simpanan atau keuntungan yang diperolehi ada hak yang perlu ditunaikan. Oleh itu tunaikan hak tersebut.
Ada
juga yang lebih rela menjadi golongan penerima tanpa mahu menukar status kepada
golongan pemberi. Golongan ini tidak mahu mengubah nasib atau keluar dari
kepompong mereka. Mereka selesa berada dalam kokun kemiskinan, kejahilan atau kesusahan. Ini kerana mereka beranggapan takdir atau nasib yang menakdirkan mereka jadi begini. Mentaliti atau perasaan sebegini pun satu masalah
juga. Tujuan berzakat adalah untuk
melahirkan masyarakat yang sejahtera agar tiada sebarang penindasan atau
penafian atau keciciran golongan atau asnaf tertentu. Mereka berhak berkongsi kekayaan yang
dimiliki. Golongan yang berzakat atau
bersedekah adalah golongan yang dihormati dan dimuliakan dalam Islam dan juga
masyarakat. Allah memberikan kedudukan
yang tinggi di akhirat kelak buat golongan ini.
Ia sebagai satu bentuk motivasi buat golongan yang menerima untuk
berusaha meninggikan taraf hidup atau status mereka supaya menjadi golongan
pemberi. Itulah hikmah kenapa diadakah
zakat atau sedekah.
Sebenarnya untuk menjadi lebih kaya, bersedekah atau
berzakat adalah caranya. Allah menjanjikan
mereka yang suka bersedekah atau berzakat akan diganjarkan dengan ganjaran yang
setimpal. Ganjaran yang Allah janjikan
tidak hanya terhadap dalam bentuk ringgit atau material tetapi dalam keberkatan
hidup seperti dibebaskan atau dikurangkan dari bebanan, kelapangan dalam hidup,
perhubungan keluarga yang bahagia, kesihatan, ketenangan jiwa dan kemudahan
untuk melakukan amal kebajikan. Allah menjanjikan
lebih dari apa yang kita jangkakan. Andai
tidak dapat di sini pun, pastinya di akhirat ia akan memperolehinya jua.
Belanjakan apa yang sepatutnya. Sempurnakanlah apa yang diperlukan dalam
kehidupan. Jika ada lebihan darinya, belanjakanlah
ke arah tersebut iaitu dengan berzakat dan bersedekah.
The Best Casino in Las Vegas
BalasPadamCasino in Las 사천 출장샵 Vegas, 밀양 출장샵 NV - Mapyro 김포 출장마사지 Las Vegas realtime reviews, photos 영천 출장마사지 and 수원 출장안마 rates