Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Buku

MEMBACA DUNIA DENGAN 196 BUKU

Imej
Penulis Ann Morgan telah mencabar dirinya untuk membaca sebuah buku dari setiap negara di dunia dalam tempoh setahun. Beliau telah menukilkan pengalaman beliau dan apa yang beliau pelajari -  Saya selalu fikir diri saya ini lebih kurang seperti seorang manusia kosmopolitan tetapi rak buku saya memberikan gambaran berbeza tentang diri saya. Selain daripada beberapa novel dari penulis India dan beberapa buah buku dari penulis Australia dan Afrika Selatan, rak buku saya kebanyakannya tersimpan judul-judul buku dari penulis British dan Amerika. Lebih teruk, saya jarang cuba untuk membaca karya-karya yang diterjemahkan. Bahan bacaan saya masih berlegar sekitar karya-karya yang ditulis oleh penulis-penulis berbangsa Inggeris. Jadi pada permulaan tahun 2012, saya mencabar diri saya untuk cuba membaca buku dari setiap negara (kesemua 195 negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga negara yang pernah menjadi anggotanya iaitu Taiwan) dalam tempoh mas...

SENARAI BACAAN SEORANG BANDUAN DI PENJARA

Imej
Saya bertemu Daniel Genis di sebuah kedai buku. Ketika itu bulan Mac, dan saya berada di situ untuk bercakap kepada sekumpulan panel mengenai novelis komik di penghujung era Soviet bernama Sergei Dovlatov dan Genis datang berjumpa saya selepas itu untuk berbual mengenai buku. Jelas daripada perbualan kami bahawa beliau memang tahu banyak tentang buku. Genis bercakap dengan banyak dan cepat dan pandangan matanya yang lesu seolah-olah memberitahu bahawa beliau menyimpan rahsia yang sangat menarik. Pada malam itu, beliau memakai baju t yang hampir menampakkan perut dan baju kot yang seperti tidak muat dengan badannya. Dia mempunyai sebab kukuh untuk berada di kedai buku: bapanya adalah Alexender Genis yang pernah bekerjasama dengan Dovlatov iaitu seorang penulis non-fiksyen Rusia yang mana koleksi eseinya pada masa ini tersenarai sebagai buku paling laris di Rusia. Saya dan Genis berbual panjang. Rupa-rupanya ibu-bapa kami walaupun tidak rapat, sebenarnya saling mengenali ant...