SEMINAR PROFESSIONAL QURANIC MASTERPLAN
Alhamdulillah 27 Febuari 2016 Allah izinkan kami sekeluarga menghadiri seminar dari IPN dan PROFAZZ, suami dan anak-anak turut serta :) Apabila zaman berubah, semakin canggih semakin banyak yang ingin dikejar, hakikatnya apa yang kita mahu sebenarnya dan penghujungnya kita hanya menuju kesana bukan? Biarlah sesetengah menganggap seminar begini hanya untuk ustaz ustazah atau hafiz hafizah, tiada yang mustahil jika kita mahu teruskan usaha, sedangkan niat pun Allah beri ganjaran inikan pula sekecil-kecil usaha dengan menghadiri seminar sehingga usaha ke arah yang lebih jauh dilaksanakan Seminar dimulakan dengan sesi pertama oleh Pn Lina pengasas atau founder IPN, Mukadimah yang menarik apabila Puan Lina berkongsi pengalaman beliau berinteraksi bersama Darwish. Kisah seorang cina menunggang motosikal dengan membawa 2 orang anak. darwish mempertikaikan tindakan pakcik tersebut, kerana mengikut undang-undang motosikal hanya boleh dinaiki 2 orang, sedangkan pakcik tersebut m...