Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Isu semasa

Kehidupan tidak pernah statik....

Kehidupan kita tidak pernah statik.  Hanya orang mati sahaja yang statik.  Kita yang masih berpeluang menjalani kehidupan akan terus melalui dinamik kehidupan.  Kita sentiasa akan belajar selagi kita masih hidup.  Ianya adalah proses yang tidak bernoktah.  Hanya kematian yang akan menoktahkan proses pembelajaran kita.  Untuk menjadikan seseorang itu berubah, perubahan tempat dan persekitaran perlu berlaku.  Adakala ia menimbulkan sedikit konflik.  Ya kita sudah selesa berada di sesuatu tempat atau zon, jadi perubahan yang berlaku baik yang dipaksa, terpaksa akan menimbulkan sedikit ketegangan.  Berlainan pula dengan mereka yang rela dan bersedia menerima perubahan, ia mengambilnya sebagai cabaran baru.  Perubahan akan mematangkan pemikiran dan tindakan kita.  Mahu tidak mahu kita perlu bergerak seiringan dengan masa yang berjalan kehadapan.  Tiada masa yang berundur melainkan kita sendiri yang mengambil tindakan untuk be...

Di mana bumi dipijak.....

Jika kita ke gedung-gedung pasaraya yang bertaraf mega atau hiper (hipermarket) khususnya apabila tiba musim perayaan terasa seolah-olah kita tidak berada di negara Islam.  Seolah berada di Barat atau di Beijing atau Taiwan. Dengan pelbagai hiasan atau dekorasinya yang berkaitan dengan kebudayaan atau keagamaan yang dianut oleh bangsa yang hanya minoriti sahaja bilangannya tetapi memperlihatkan dominasi yang agak keterlaluan.  Bukan kita hendak menidakkan kepelbagaian kepercayaan yang dimaktub dalam Perlembagaan kita atau bersikap chauvinis dalam beragama tetapi penonjolannya yang diperlihatkan seolah-olah menafikan Agama Islam itu sebagai agama rasmi dan juga agama Persekutuan Malaysia.  Kita juga sedia maklum bahawa hampir semua pemilik dan pemegang taruh (share holder) pasaraya bertaraf mega adalah mereka yang berasal dari agama-agama berkenaan.  Secara logiknya adalah menjadikan hak mereka untuk menonjolkan simbol keagamaan atau kebudayaan secara terang-tera...

Analisa dari sudut yang berbeza

Sekalipun jika kita tidak bersetuju dengan perlakuan atau apa-apa yang dipersepsikan ke atas YAB PM kita, janganlah sampai  ke tahap kebencian yang teramat sangat.  Tidak perlulah kita membutamatakan mata hati kita jika penginderaan fizikal kita sengaja dibutakan.  Begitu juga dengan pendengaran, janganlah selalu diperdengarkan dengan kata-kata yang belum dipastikan kebenarannya sebaliknya berusahalah untuk menjadi pendengar yang baik.  Janganlah dipekakan untuk mendengar yang baik.   Minda dan jiwa kena bersih.  Apa yang baik dan memberikan manfaat secara budi bahasanya kita diajar untuk berterima kasih.  Tidak perlulah memberikan kutukan atau cemuhan atau kejian yang melampau, kerana dikhuatiri ia akan berbalik kepada kita.  Insafi diri, adakah kita ini terlalu sempurna sehinggakan orang lain dilihat tidak sempurna?  Jika ia berdosa sekalipun biarlah Allah yang menentukan, bukannya kita menjatuhhukumkan dengan apa-apa jua tindakan lis...

Kegilaan terhadap penamaan asing...

Sudah menjadi semacam tren untuk menamakan apa jua kawasan pembangunan baru dengan nama-nama asing.  Ia semakin menggila semenjak dari tahun 2003 iaitu dari tarikh pelaksanaan PPSMI.  Situasi ini dilihat amat bertentangan dengan semangat Fasal 152 yang termaktub dalam Perlembagaan negara.  Namun tiada siapa peduli begitu juga dengan PBT yang sepatutnya diberikan amanah untuk mematuhi asas perlembagaan turut memandang sepi dan tiada kesedaran nasioanlisme linguistik.  Alasan atau justifikasi yang diberikan oleh pihak pemaju atau pengiklan adalah untuk menampakan nilai komersil, elegan, kemodenan atau menarik perhatian pelabur atau prospek.  Satu alasan yang lemah tanpa ada sokongan ilmiah dan empirikal sebaliknya hanya berpandukan kepada persepsi yang berat sebelah dengan penafian terhadap bahasa kebangsaan.  Apakah ada perhubungan korelasi antara nama asing yang diberikan dengan jumlah kemasukan pelaburan? Di mana signifikannya? Ini semua berniat bur...

Kemelut membeli rumah...

REDHA atau Persatuan Hartanah dan Perumahan Malaysia pada Okt 2016 mengatakan bahawa nilai hartanah menyusut 40% akibat dari ‘keletihan’ para pembeli tempatan untuk ‘mengejar’ kegilaan peningkatan harga hartanah yang turut dikaitkan dengan harga rumah yang semakin tidak masuk akal.  Rata-rata dari bakal pembeli tempatan menarik diri dari kegilaan peningkatan harga rumah.  Sebaliknya pemaju menyalahkan kemelut dan keadaan kewangan negara yang melemah yang mengakibatkan penjumanan harga pembelian.  Pemaju yang tidak pernah jemu-jemu menerima laba keuntungan menyasarkan penjualan harga rumah dan hartanah kepada golongan asing yang pastinya mempunyai kapasiti yang tinggi untuk memilikinya.  Bagi pemaju, keuntungan yang tidak bersurut adalah prioriti utama.  Mereka tidak pernah mempedulikan nasib pembeli tempatan yang bertahun lelah menabung dan menyimpan bagi membeli kediaman.  Mereka menabung hanya untuk membolehkan mereka membayar deposit rumah sahaja....

Berjiwakah Bahasa Melayu Dalam Jiwa Bangsanya Sendiri?

Bulan Oktober yang disinonimkan dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dengan mengekalkan tema 1 Negara 1 Bangsa dan 1 Bahasa telah pun berakhir. Namun agenda perjuangan pemartabatan Bahasa Melayu (BM) tidak pernah berakhir. Ianya satu usaha yang berterusan selagi BM belum didaulatkan dengan semutlaknya di bumi kelahirannya sendiri. Iklan berkenaan pemartabatan BM yang mana dalam satu masyuarat yang dipengerusikan oleh majikannya berbangsa Melayu, dihadiri oleh pekerja berbangsa Melayu, Cina dan India. Majikannya bertanyakan berkenaan status projek dalam bahasa inggeris, namun pertanyaannya dibalas dengan BM oleh pekerja berbangsa Melayu dan Cina. Mungkin disebabkan merasa malu beliau menukarkan kepada BM apabila bertanyakan soalan yang sama kepada pekerja beliau berbangsa India. Indah sungguh situasi sebegini apabila digambarkan dalam dunia pekerjaan. Namun realiti dan hakikatnya, BM dalam mana-mana mesyuarat sama ada bagi penjawat awam apatah lagi swasta, hampir tidak pernah diada...

59 Kemerdekaan : Merdekakah kita....

Imej
Semalam Rabu, 31 Ogos 2016 negaraku meraikan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan atau Merdeka yang ke-59.  Benar banyak kemajuan yang telah kita kecapi selama hampir 6 dekad baik dari segi pembangunan fizikal, peningkatan material dan status.  Namun ada lagi dari sebahagian sektor masih lagi dibelenggu dengan legasi penjajah iaitu bahasa dan stigma.  Seolah-olah tanpa menggunakan pengaruh kekuatan tersebut kita tidak akan maju.   Itulah simbol penjajahan lampau yang masih dikekalkan malahan diperkasakan, ditransformasikan, diberikan pengwajahan baru dan diindoktrinasikan dalam minda dan jiwa menerusi pendidikan bahawa tanpa penggantungan dari bahasa bekas penjajah kita tidak akan maju… Selalunya juga diterapkan dalam sejarah kita bahawa penjajahan Jepun yang dilakukan oleh Imperial Army selama hampir 4 tahun bermula Dis 1941 sehingga Ogos 1945 digambarkan sebagai era penuh kekejaman dan kesengsaraan bagi penduduk Tanah Melayu (TM).  Ramai yang dibunuh,...

Kenapa saya suka menyimpan artikel

Imej
Selain dari berlari dan membaca, kegemaran saya adalah suka menyimpan keratan akbar tidak kisah apa sahaja, asalkan ia menarik minat saya dan mempunyai berita.  Saya mula menyimpannya sejak tahun 1996 sewaktu bersekolah di MRSM sehinggalah sekarang.  Bayangkan sudah berapa banyak artikel akbar atau majalah tersimpan dalam puluhan fail dokumentasi peribadi saya sendiri.  Pada mulanya saya hanya menghadkan kepada ucapan Belanjawan yang mana pada ketika dibentang oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri. Selepas saya melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi dan ijazah pertama saya mula meluaskan kepada artikel ucapan dan penulisan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun), artikel berkaitan nasionalisme dan patriotisme, artikel berkaitan perbukuan dan pembacaan, wawancara tokoh-tokoh seperti Ungku Aziz, Syed Bukhari, artikel berkenaan bidang kesihatan dan apa jua yang bernilai termasuk kisah-kisah artis ...

Pengkastaan Bahasa

Bagaimana Korea Selatan bertegas dalam pelaksanaan sistem pendidikan tinggi kebangsaan yang menggunakan Bahasa Korea (Hangul)? Sebagai sebuah negara yang benar-benar MERDEKA, Korea Selatan bertegas untuk tidak berkongsi tempat dengan mana-mana bahasa lain dalam menjayakan sistem kebangsaannya.  Kerajaan Korea Selatan sedar dan insaf bahawa penggunaan Bahasa Korea dalam sistem pendidikan bukan sahaja memastikan bangsanya menguasai dengan baik bahasa berkenaan sebaliknya sebagai JATI DIRI yang dipupuk dalam jiwa dan minda merdeka mereka.  Inilah KEMEGAHAN yang paling besar dimiliki oleh Korea apabila mereka berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisien dalam memastikan rakyatnya boleh menghayati jati diri nasional seperti yang dihasrat oleh kerajaan.  Penggunaan Hangul dapat memastikan seluruh warga Korea mendapat pendidikan dengan cara yang lebih difahami agar ilmu yang diperolehi dalam bahasa sendiri dapat digunakan untuk membangunkan ekosistem yang ses...