Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kesihatan

Koleksi Medal yang diperolehi (1997-2016)

Alhamdulillah secara keseluruhan sejumlah 275 acara yang berpingat telah dimasuki (tidak termasuk larian yang tidak mendapat pingat) dan 4159.55 km jarak (tidak termasuk jarak larian yang tiada pingat) telah dilalui sejak dari tahun 1997-2016 jika dihitung. Ini usaha penjejakan dan pendokumentasian yang berjaya dilakukan dilakukan.  Ada yang saya tidak dapat kesan mungkin tersalah letak atau tidak dapat mengingati di mana saya menyimpannya serta ada larian yang tidak saya mendapat sebarang pingat.  Ada larian berdasarkan tema semasa, ada larian yang beberapa kali penganjurannya dan tidak diteruskan, ada larian yang sekali sahaja penganjurannya, ada larian yang dijenamakan semula, ada larian berasaskan kelab atau individu dan ada yang diteruskan sehingga kini. Berikut adalah sejumlah senarai larian yang berjaya direkodkan.... 1997 Sukan Tahunan MRSM Beseri 1500 m (Naib Johan) 2001 Rentas Desa Palapes 7km Kejohanan merentas Kampus 7km (posisi 13 th ) 20...

Lari larian 2016

Imej
Nota pembukaan bagi tahun 2017 saya mulakan dengan catatan penjumlahan aktiviti larian sepanjang tahun.  Berdasarkan catatan awal saya 35 larian yang disertai  dengan 25 yang berdaftar  dan 10 tidak berdaftar (sebagai medan latihan).   Jumlah jarak rasmi 362.5 km, manakala jarak tidak rasmi (tidak berdaftar) 97km. Harga keseluruhan yuran larian : RM1839.00 dan harga purata bagi 1 larian berdaftar = RM 73.56/acara.  Berikut adalah perincian acara yang saya sertai.  Pre Raya  1) 3 Jan 2016                  Compressport Trail Run MAEPS-Mardi  12km  1jam35min RM 94.00  2)  17 Jan 2016                 Cross Country KL Padang Merbok KL 10.3km 1jam (Larian Bunian he3)  3)  31 Jan 2016              ...

Muslim Runners @ Subuh Worrior SCKLM edisi 2016

Imej
Sepanjang saya berlari, jarang dapat saya menikmati suasana sebegini selepas pelepasan, acara larian yang diadakan sebelum solat Subuh.  Kebiasaannya saya akan melihat khemah surau sementara yang didirikan sebelum sesuatu acara diadakan.  Jadi ramai yang boleh menunaikan solat dalam keadaan yang boleh dikatakan selesa.  Ada juga surau sebegini tetapi hanya sekali sahaja dalam acara Bukit Jalil Marathon (Brooks Half Marathon).  Mujur ada disediakan berkotak air mineral untuk berwuduk.  Selepas itu saya tidak tahu di mana surau sementara tersebut untuk edisi yang berikutnya.  Dalam edisi SCKLM 2016 ini,  tapak surau sementara dan mobil yang disediakan oleh pihak penganjur berdekatan dengan tol AKLEH dalam km 11 dan km 15.  Kemudahan mengambil wuduk juga disediakan.  Tidak seperti 2 tahun sebelum ini, para pelari Muslim terpaksa berwuduk di pili air yang terletak di kawasan tol. Belajar dari pengalaman terdahulu dan atas rasa kebertanggungj...

Balasan terhadap penodaan alam

Jika kita meletakan tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama, pasti tiada akan muncul penyakit bawaan kencing tikus atau leptospirosis.  Ianya terjadi akibat dari tikus liar yang hidup di hutan ini memakan sampah sarap yang berupa sisa makanan dan juga lampin pakai buang yang ditinggalkan merata-rata oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab apabila mengunjungi kawasan rekreasi seperti Hutan Lipur atau kawasan perkelahan sama ada di sungai atau di pantai.  Kebiasaannya kejadian ini terjadi apabila berlakunya hujan lebat dikawasan sekitarnya.  Aliran air hujan akan menyebabkan terjadi larian air permukaan di lantai-lantai hutan dan membawa segala-galanya masuk ke dalam sungai.  Pastinya rodensia atau tikus ini akan membuang air kencing atau najisnya di sekitar kawasan berkenaan.  Secara tidak langsung ia membawa sekali buangan haiwan berkenaan masuk ke dalam sungai.  Apabila pelawat datang ke kawasan berkenaan dan bermandi-manda...

Larian Back 2 Back (B2B) yang kompetitif, 7 dan 8 Mei 2016

Alhamdulillah untuk dua larian berganda (back to back) 7 Mei dan 8 Mei yang lepas iaitu Larian Bersama Bomba (on road) dan Dueter Trail (off road) berjaya mendapatkan medal dengan kedudukan yang selesa sesuai dengan kekangan diri.  Larian Bersama Bomba yang berlangsung di Dataran Merdeka dengan jarak 10, saya berjaya memperolehi pingat pada kedudukan ke-93 dari sejumlah 150 pingat yang dipertandingkan untuk kategori Lelaki Terbuka dalam masa 52min.  Sebenarnya menjadi satu kebanggaan buat peserta untuk menyarung pingat berkenaan kerana ianya adalah terhad. Bayangkan dalam kategori  terbuka pastinya jumlah peserta lebih kurang 1000 orang maka dengan pencapaian menjadikan kita kelompok elit iaitu kurang dari 10% dari sejumlah populasi perserta.  Manakan tidak dalam kepala semua menyasarkan untuk mendapatkan medal yang terhad.  Sebaik bermulanya pelepasan, setiap peserta telah mula membuka langkah.  Laluan bermula dari Dataran Merdeka, melalui Bukit Tun...