Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kerohanian

Catatan Ramadhan 2.0 2017

(1) Sejak kecil, msa zaman belajar sy selalu berbuka di surau atau masjid. Teringat sy ada seorang AJK di msjd jamek serdang msa sy belajar di UPM dulu, pernah berkata..nanti2 bila sudah bkerja jangan lupa untuk bersedekah dengan mengadakan iftar. Sekarang ini makan percuma dulu..bila sudah mampu nanti bersedekah pada orang lain pula. Pesanan tersebut sy ingat sehingga sekarang. Baru tahun lepas ada kekuatan untuk berbuat demikian bagi mengadakan iftar dikawasan khairah sendiri.  Sy menggunakan khidmat katering. Tahun ini tahun kedua sy melakukannya dan gunakan gotong royong untuk memasak. Bukan mudah sebenarnya hendak berbuat demikian kerana ia memerlukan komitmen dan kesungguhan. Allah bagi rezeki dalam bentuk gaji sebagai ujian. Banyak atau sedikit itu bukanlah persoalan. Jika niat untuk bersedekah kita akan usahakan juga untuk mengadakannya. Alhamdulillah diberikan juga kekuatan tersebut. Sy harap sy ingin berterusan menjadi penaja yg mengadakan iftar. Sy ingin istiqam...

Catatan Ramadhan 2017

Catatan Ramadhan 2017 (i) Bersyukurlah kepada Allah kerana dipilih dalam jutaan manusia sebagai salah seorang yang boleh menunaikan solat. Bayangkan betapa ramai manusia diluar sana yang leka dan tenggelam dalam kekufuran serta tidak diberikan hidayah oleh Allah untuk bersujud kepada Nya biarpun mereka berpuasa. Adakala kita terlupa bahawa dipilih untuk menunaikan solat kepada-Nya juga adalah satu nikmat yang paling besar dalam hidup ini. Bersyukurlah kerana terpilih tanpa melainkan keuzuran yg dimaafkan syarak. Batas sempadan kita dengan kafir hanyalah solat. Jika tidak bersolat tiada bezanya kita dengan mereka (ii) Sewajarnya di bulan Ramadhan, pembaziran makanan tidak berlaku. Namun sebaliknya ia tetap berlaku malahan semakin berkali ganda banyaknya.  Kajian SWCorp lbh krg 17 800 tan makanan dibazirkan sehari. Lebih membimbangkan ia akan meningkat kepada 15 kali ganda menjelang Ramadhan. Jika disusun longgokan makanan yg dibazir ia menyamai ketin...

Untuk menjadi kaya, lebihkanlah bersedekah....

Kita adalah apa yang kita berikan (sedekah), dan bukannya apa yang kita miliki.. Harta sebenar kita apa yang kita sedekah, wakaf atau derma bagi tujuan pelaburan di sana.  Hakikatnya ramai yang menyedari kelebihan bersedekah, namun secara praktiknya ia sangat sukar dilaksanakan.  Salah faham berkenaan dengan pengertian menderma atau bersedekah menyebabkan ada dikalangan kita liat untuk mengeluarkan atau membelanjakan bagi tujuan tersebut.  Penyakit sayangkan harta kerana menganggap ianya adalah hasil usaha mereka dan kenapa perlu sewenang-wenangnya untuk diberikan kepada orang lain.  Tetapi mereka lupa bahawa dengan izin Allah jua mereka menjadi golongan berada.  Kekayaan harta itu sebenarnya adalah ujian buat mereka.  Gagal ujian berkenaan harta mereka itu akan menjadi bebanan mereka di sana kelak.  Lulus ujian bermakna harta yang disedekah atau dibelanjakan untuk tujuan keredaan Allah itulah yang akan memberatkan mizan mereka untuk masuk ke ...