Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Keilmuan

Penaksiran pencemaran bahan kimia

Sebulan yang lalu dalam Dis 2017 saya telah diminta oleh ketua unit KPAS bagi membantu berhubung aduan pencemaran kimia. Dari aduan yang saya baca, pengadu merujuk kepada aktiviti premis yang melakukan kerja-kerja kimpalan, pemotongan dan penyemburan cat yang telah menyebabkan premis jualannya telah dicemari dengan habuk atau partikel halus/kasar yang berpunca dari aktiviti berkenaan. Merujuk kepada gambar-gambar yang dilampirkan jelas menunjukan kesan pencemaran ke atas belakang premis dan aduan ini berasas. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang agak berkarat yang mana sebelum ini merupakan teras utama pekerjaan saya diswasta dulu, saya cuba membantu mana yang termampu.  Sebaik tiba dialamat yang diadukan mendapati kerja-kerja berkaitan pemotongan, pengimpalan dan pencanaian besi sedang rancak dibuat. Manakala tiada pula aktiviti penyemburan cat dilakukan. Dari pemerhatian kami terhadap persekitaran di dalam premis berkenaan: -Kurangnya aktiviti kekemasan -Kerja-kerja pe...

Tiada yang mustahil dalam jangkauNya....

Nisbah kelajuan makhluk berdimensi cahaya dengan cahaya matahari adalah 1800 kali ganda lebih pantas.  Kedengarannya agak mustahil tetapi tiada yang mustahil dalam kisah Israk & Mikraj. Mencapai tahap berkelajuan ketakterhinggaan iaitu 540 juta km/saat secara anggarannya selepas saintis melakukan pengiraan secara relatif berdasarkan kisah Israk & Mikraj yang mana Nabi Muhammad mengenderai Buraq bersama Jibrail untuk satu malam (12 jam).  Secara amnya cahaya matahari akan sampai ke bumi dalam masa 7 minit dengan kelajuannya 300 ribu km/saat.  Secara logiknya tiada bacaan  atau kiraan yang tepat bagi mendapatkan tahap kelajuannya. Telah menjadi sifat manusia untuk mengira sesuatu bagi menggambarkan secara empirik berkenaan apa yang terjadi.  Menerusi pengiraan yang dibuat oleh saintis untuk menggambarkan betapa tiada yang mustahil buat Allah untuk melakukan sesuatu.  Jarak terjauh yang mampu diamati atau dijangkaui oleh penglihatan manusia meneru...

Sinopsis Bukuku Kakiku (C&P)

Imej
Judul Buku : Bukuku Kakiku Editor : St. Sularto, Wandi S. Brata, Pax Benedato Diterbitkan Oleh : PT Gramedia Pustaka Utama Tahun Penerbitan : 2004 Muka Surat :437 I. Ringkasan  I.1Buku dalam Hidup Saya (Ajip Rosidi) Buku bagi saya adalah kebutuhan. Buku menjadi bagian yang tak terpisahkan dari keseharian saya, terutama sejak saya drop out dari SMA. saya ingin membuktikan bahwa saya bisa hidup tanpa ijazah. Untuk itu, saya harus membaca buku sebanyak-banyaknya, lebih dari yang dibaca oleh mereka yang tamat SMA. Saya yakin kalau saya memperlihatkan prestasi sebagai hasil bacaan saya, saya tidak akan menemui kesulitan dalam hidup. I.2Huruf demi Huruf (Ariel Heryanto)  Kebudayaan baca-tulis berpijak pada hal-hal yang bersifat material, jasmaniah, dan historis di lajur kendali dan pilihan hidup orang. Pengalaman buruk terutama di masa orde baru ketika 2000 lebih judul buku dibakar berdampak besar pada paradigma masyarakat Indonesia terhadap ...

Warna Ketidaksamarataan

Imej
Berikut adalah berkenaan kupasan buku The Colour of Inequality karya Dr Muhammed Abduk Khalid yang mendedahkan berkenaan realiti ketidaksamarataan dalam pengagihan kekayaan, ketidakseimbangan dalam pemerolehan harta dan pendapatan, kadar simpanan dan penabungan yang rendah, kedudukan bangsa majoriti dalam strata ekonomi yang masih terkebelakang dan dominasi golongan kaya yang menguasai lebih 3/4 kekayaan negara yang rata-rata adalah dari satu kaum sahaja.   Bacalah perkongsian tersebut dengan hati yang tenang dan berlapang dada serta minda yang besar.   Perbahasan mengenai maju dan mundur status sosioekonomi bangsa Malaysia sudah bermula sejak zaman Pendeta Za’ba, fokusnya terhadap kaum Melayu ((Abdullah Hussain & Khalid M. Hussain, 2000. Pendeta Za’ba dalam Kenangan (edisi kedua), Dewan Bahasa & Pustaka.)). Sejak era 1950-an lagi, kesenjangan atau jurang kekayaan antara kaum sudah wujud. Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, isu ini wujud seperti bar...

Dialog pembelian buku Para Penggila Buku

Imej
Buku Para Penggila Buku ini kali pertama saya ketahui akan kewujudannya apabila saya melihatnya di dalam Facebook kenalan.  Saya memang jenis yang suka bacaan yang berkaitan dengan buku atau bacaan.  Pada mulanya saya bertanyakan pada kenalan tersebut adakah ini buku, dan beliau mengatakan ya.  Jadi adakah sebarang usaha untuk membawanya masuk ke Malaysia.  Beliau membalas dalam usaha untuk mendapatkan maklumat yang lengkap.   Memandangkan ini akan mengambil masa, maka saya mengambil inisiatif untuk mencari maklumat penerbitan dan fizikal buku tersebut berserta sinopsisnya sekali.  Selepas saya mendapat semua yang saya ingini, maka langkah pertama memulakan pertanyaan sehinggalah saya Berjaya memperolehi buku berkenaan menerusi pengeposan dari Indonesia. Saya khuatir juga jika berlaku penipuan dan reda jika ianya berlaku.  Ini adalah kali pertama saya berurusan secara online tanpa bersemuka.  Namun disebabkan keinginan untuk memiliki b...