Catatan

Kaifa Haliki

Imej
Perbualan ini antara seorang kakak dan adiknya diwhatsApp..   Kakak: Selamat Pagi Adik: Pgggg KAkak: How are you!!! Adik: Alhamdulillah ana bikhair. Wa anti? Kakak: Ana Bikhair too.. he3.. maksudnya sy sihat juga..erk.. betul ke Adik:Aah Kakak:Yeah!betui..Klu apa kbr? Adik:Kaifa Haliki Kakak: Kaifa halika apa kbr kamu utk lelaki kan.. ke haluka? Adik:halika.. Kakak: Ana bikhair boleh digunakan untuk lelaki jugakkan.. Adik:Aah.. Nota Kaki : Setiap hari yang kita lalui adalah hari untuk kita belajar sesuatu yang baru.. tidak kira dengan sesiapa pun..Belajar bersama-sama keluarga dapat mengeratkan lagi sillaturahim… Selamat belajar =)

Elakkan jika berdiet

"Hargailah nikmat kesihatan yang ALLAH kurniakan kepada kita Adakah kita perlu menunggu sehingga ALLAH menarik semula pemberian yang ALLAH kurniakan kepada kita secara percuma, setelah kita mengabaikan nikmat kesihatan akibat dari kejahilan dan kezaliman yang kita lakukan terhadap diri sendiri…  9 Makanan yang anda semua perlu elakkan dalam diet. (from kevin zahri blog)  1.Soft Drinks / Minuman bergas Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein dan gula yang sangat2 tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini. Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.  2.Minuman Kedai Kopi Seperti minuman bergas, sesetengah pe...

Doa Adik Tuan Guru

Imej
"Membaca petikan doa yang dibaca oleh adik tuan guru..sangat2 menyedihkan..seolah2 apa yang dibuat oleh UMNO adalah sekejam perlakuan Zionis yang membunuh dengan menembak dan menyembelih umat Palestin, seolah Nazi membunuh puak yahudi..sedangkan kita sebangsa, seagama dengan fahaman Sunnah Wal Jamaah, senegara dan bersaudara darah daging.. kenapa hendak disamakan Melayu Islam dengan perlakuan Firaun yang bertindak kejam terhadap umat Musa iaitu Israel, Namrud yang memusuhi Ibrahim, Qarun dengan ketamakan harta sehingga melalaikan urusan janjinya dengan Allah sesudah kaya, Abu Lahab yang bertindak kejam terhadap pengikut Muhammad SAW..kejam sangatkah pemimpin melayu dengan bangsanya sendiri dan bangsa2 yang menumpang tuah di bumi nusantara Melayu..  Mungkin ilmu agama saya tidak sehebat dengan pengikut PAS..namun saya tidak jahil dan tergamak untuk berdoa sedemikian..Kerana ramai kalangan rakan dan saudara saya yang menjadi pengikut PAS, dan sama sekali saya tidak akan...

Adolf Hitler

Imej
"Adolf Hitler  (1)…Seig Hail Hitler… Kenyataan dan pandangan Adolf Hitler berkenaan bangsa Yahudi : Perbualan Adolf Hitler dengan Joseff Hell pada 1922 yang dititipkan dari buku John Toland bertajuk Adolf Hitler… . “ Jika benar saya memiliki kekuasaan, tugasan pertama saya dan yang paling penting adalah membinasakan bangsa Yahudi. Setelah saya memiliki kuasa sebagai pemerintah, saya akan mendirikan tiang-tiang tempat menggantung misalnya di Munich atau di Marienplatz sebanyak yang mungkin. Kemudian saya akan memastikan setiap dari bangsa Yahudi akan digantung seorang demi seorang dan mayat mereka akan dibiarkan mereput sehingga berbau dan mereka tetap akan digantung selama yang mungkin. Segera selepas mayat mereka dilepaskan dari tali gantung akan diganti dengan Yahudi yang lain dan seterusnya mengikut giliran mereka. Ianya akan terus dilakukan sehingga ke Yahudi yang terakhir di Munich habis digantung. Prosedur yang sama akan terpakai di setiap kota di Jerman hingga Jerman b...

Kata Bijak Pandai

Imej
"Benar kata bijak pandai, si bodoh menjadi makanan si cerdik. Orang ketawa dia ketawa, orang bertepuk dia bertepuk juga tetapi tidak tahu untuk apa, selain bergembira dan berhibur, sedang si perancang terus bermain wayang.  Ada agenda besar yang mereka dendangkan. Matlamat mereka bukan untuk membina negara tetapi lebih kepada meruntuhkan hegemoni dan tiang seri negara atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia?  Pada mereka pergi jahanam hak Melayu, Islam dan Raja – Raja. Semuanya ini ubah secara revolusi dan disamaratakan dan disamarasakan. Kita sebenarnya memilih laluan yang berliku untuk kemakmuran dan keamanan.  Jurang perbezaan fahaman yang semakin meluas tidak cuba dirapatkan. Banyak menentang kebenaran, walaupun kebenaran itu pahit. Dan ada juga yang sanggup menegakkan kepalsuan, walaupun kadang – kala kepalsuan itu menjadi kenyataan. Realitinya politik, ia sememangnya sukar dijuga dan difahami. Sebab itu dikatakan dalam dunia politik, tidak ada j...

The Man Who Love Books Too Much

Imej
''"Dari buku The Man Who Love Books Too Much… Para penggumpul buku menggunakan mata, tangan dan hidung mereka untuk menikmati buku yang dicari. Mereka yang mencari buku berharap mendapat kejutan dari buku yang mereka cari kerana itulah mimpi sang pemburu harta karun – dalam hal ini mereka menemukan buku yang kelangkaan sifatnya, keindahan sejarah, atau setiap asal – usul bahkan yang lebih memikat daripada kisah yang tercetak di dalamnya.  Buku adalah catatan peribadi dari satu bab kehidupan, sebagaimana buku lainnya terhadap bab – bab kehidupan yang lain. Walaupun ia terjatuh di dalam sungai dan nyaris rosak, namun tidak sanggup untuk membuangkannya, bahkan setelah menamatkan pembacaannya. Buku secara fizikalnya berhubungan erat dengan pengalaman pembacanya."

Menghidu

Imej
"Menghidu buku – buku lama, seolah – olah kita mencari makna yang tersembunyi disebalik kelangkaannya. Kita bergerak dari satu bilik ke satu bilik, dari buku ke buku, dan merasakan daya tarikan yang kuat datangnya dari buku yakni dengan ketebalannya, halamannya, yang berpinggiran kasar, keindahan cetakkannya, sampul kulit yang diperbuat dari kulit ataupun linen serta bau tekstur kertasnya.  Pencarian buku – buku lama tidak pernah terhenti sejak 2500 tahun lalu. Sekitar 400 SM, Euripides dicemuh lantaran kecintaannya yang luar biasa terhadap buku. Beberapa ratus tahun kemudian Cicero, mencatatkan berkenaan kemasukkan wangnya ke dalam tabungan yang semakin mengecil demi mengembangkan koleksi himpunan bukunya.  Antara tahun 1870 – 1930 dunia dipenuhi dengan pencandu buku dan dalam tempoh masa ini dikenali sebagai ‘ Zaman Keemasan Penggumpul Buku’..lantaran penghasilan dan penterjemahan besar – besaran buku ke dalam bahasa negara bangsa khasnya di Eropah….  ...