Memoir Tun Doktor Mahathir: Anwar Masuk Umno
Saya bukanlah pengagum Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI), tetapi saya suka membaca buku, ucapan dan artikel penulisan beliau. Di sini kita membaca dan mengenali DSAI pada pandangan Tun Dr Mahathir yang dicoretkan dalam Memoirnya.... Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO tidak lama selepas saya jadi Perdana Menteri pada 1981. Saya terkejut juga apabila dapat tahu beliau mahu menyertai UMNO memandangkan pembabitannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1) dan kenyataan-kenyataan awamnya jelas menjadikan beliau sekutu semula jadi PAS. Bagaimanapun saya fikir, tentulah lebih menguntungkan beliau jika menyertai UMNO kerana beliau tidak akan dapat mara dalam politik selagi berada di luar UMNO. Besar kemungkinan beliau akan selama-lamanya terumbang-ambing dalam politik pembangkang dan ini tentulah bukan apa yang dikehendakinya. Saya juga berpendapat beliau berguna kepada UMNO. Bagi saya, parti lebih penting dan sesiapa sahaja bole...