Catatan

klia2..adakah memperuntukkan 60% ruangan niaga untuk Melayu dan Bumiputera?

Imej
Sewaktu ke KLIA2 untuk kegunaan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, terbit rasa kekaguman apabila melihat mercu negara yang  baru.  Lagi-lagi ianya sebagai satu ikon kemajuan sistem penerbangan negara kita.  Melihat ke dalamnya ibarat memasuki kompleks membeli belah ternama negara bukan seperti LCCT yang digunakan sebelum ini yang begitu sesak tak ubah seperti pasar borong.  Diwar-warkan pengurusan KLIA2 memperuntukkan tapak atau lot niaga 60% untuk bumiputera.   Betulkah? Namun realitinya tidak seperti digambarkan.  Di mana kedai atau lot atau premis yang bernama kemelayuan, keMalaysiaan atau kebangsaan atau yang pemiliknya Melayu atau Bumiputera.  Sebaliknya kebanyakkan adalah bernama keinggerisan atau penonjolan legasi penjajah yang pastinya pemiliknya adalah bukan melayu.   Adakah ini satu bentuk diskriminasi secara ekonomi oleh MHAB? Seperti yang dimaklumi MHAB adalah GLC yang pasti CEO dan pengurusan...

Obesiti dikalangan pasukan beruniform..adakah satu budaya?

Imej
Baru-baru ini dalam Utusan Malaysia dinyatakan gejala obesity atau berlebihan berat badan atau kegemukkan dikalangan pasukan beruniform.  Malahan tindakan seperti mengekang kenaikkan pangkat pun telah dilaksanakan lantaran BMI yang tidak melepasi piawaian sebagai anggota yang cergas.  Yang mati atau menderita terlantar sakit juga pun banyak telah berlaku.   Masalah sebegini memang telah lama berakar umbi dikalangan orang kita.  Lagi-lagi yang telah mengalami tahap keselesaan (complesent) dalam kehidupan khasnya sesudah berkeluarga.  Tidak perlu mengerah kudrat seperti di zaman rekrut atau ketika mengikuti fasa latihan sewaktu diawal perkhidmatan.   Sayang sekali, tubuh yang cergas atau fit sewaktu diawal perkhidmatan tidak dikekalkan kecergasannya sebaliknya dibiarkan tanpa pemugaran yang berkala sehingga akhirnya menerbitkan penyakit kronik yang pelbagai rangkai.  Akhirnya ia akan menjadi beban kepada kewangan negara dalam...

Negara India tiada bahasa kebangsaan

Thomas Macaulay “ We must at present do our best to form a class who may intepreters between us and millions whom we govern; a class of persons Indian in blood and colour, but English in taste, in opinons, in moral and intellect ”,….. Adat bagi bangsa penjajah adalah cuba menerapkan legasi jajahan mereka selama mana yang mungkin dalam minda dan jiwa bangsa yang dijajah.  Selain dari monumen fizikal atau ketenteraan pendidikan adalah cara yang paling Berjaya.  India adalah satu contoh legasi penjajah Bahasa Inggeris yang paling Berjaya dilakukan oleh penjajah iaitu British.  Pendidikan yakni menggunakan bahasa Inggeris (BI) adalah instrumen ciptaan mereka yang paling ikonik supaya ianya menjadi alat ideology colonial dan nasional.  Keberadaan sebagai bahasa supra yang disokong oleh kekuatan militer dan keilmuan menjadikan penjajah berkenaan memaksa bangsa jajahan menerimanya demi memastikan survival penjajah.  Tokoh yang bertanggungjawab adalah Thomas Ma...

PATRIOTISME ILMU

Imej
PEMERIBUMIAN DAN PATRIOTISME ILMU SEBAGAI PENJANA ILMU BARU* Shaharir bin Mohamad Zain   *Terbit ddlm. Azizan (Pnyut.). Wacana Sejarah dan Falsafah Sainsa: Pemantapan Pengjian Sjarah, Falsafah dan Dasar Sains. DBP, 2009: 1-37 BILAKAH LAGI PEMERIBUMIAN ILMU? Pemeribumian (di alam Melayu; pe-Melayu-an khu-susnya di Malaysia) ilmu di Malaysia sebagai juzuk alam Melayu bermula sejak era Hindu-Buddhanya lagi, iaitu sejak abad ke-4M. Kebenaran ini berdasarkan prasasti tertua dalam bahasa Melayu yang dijumpai di Vietnam dan setampang batu bersurat 6 ayat bahasa Melayu zaman kerajaan Melayu Campa. Dalam ayat itu sudah ada perkataan ni (ini), punya, sa (se), rivu (ribu), thun (tahun) dan tujuh. Kerajaann Hindu-Buddha Melayu yang terkenal ialah kerajaan Funan (2 M - 6 M) yang berpusat di Kemboja, kerajaan Campa (2 M - 15 M) yang berpusat di Vietnam dan kerajaan Sriwijaya (6 M - 13 M) yang berpusat di Sumatera. Pemelayuan ilmu pada zaman itu ialah pemindahan ilmu da...

HARAPAN TAHUN 2014

Imej
Esok (Rabu) adalah permulaan hari pertama bagi tahun masihi 2014.   Pertambahan tahun bererti semakin dekat kita dengan pengakhiran kehidupan kita..Cuma tidak tahu bila..dengan meretro semula apa yang telah berlaku, perhatikan apa yang telah tercapai dan terbengkalai.. Dalam menghitung hari-hari terakhir 2013 yang bersisa sehari ini, apa kata kita toleh ke belakang, ke kanan atau ke kiri sejenak dan sekeliling kita.   Mungkin ada sesuatu yang dapat dipelajari dalam perjalanan kita menyusuri nikmat di bumi bertuah ini.   Tiada yang sempurna, begitulah demikian juga dengan Negara kira yang masih belum sempurna, kerajaan pun belum sempurna begitu jugalah dengan pembangkang, walaupun masing-masing kerap melalui slogan transformasi dan perubahan..Namun kedua-dua masih terlalu jauh dari kesempurnaan.   Itulah hakikatnya perancangan manusia, yang serba- serbi lemah.    Dalam FB yang seringkali saya menulis, tidak terlepas dari sasaran kriti...