Catatan

Hakikat keberlangsungan Bahasa

Sejarah juga menunjukkan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Persatuan sempat ditolak oleh kaum Kristen. J.D. Wolterbeek dalam bukunya, Babad Zending di Pulau Jawa, mengatakan: Bahasa Melayu yang erat hubungannya dengan Islam merupakan suatu bahaya besar untuk orang Kristen Jawa yang mencintai Tuhannya dan juga bangsanya. Senada dengan ini, tokoh Yesuit Frans van Lith (m. 1926) menyatakan: Melayu tidak pernah bisa menjadi bahasa dasar untuk budaya Jawa di sekolah-sekolah, tetapi hanya berfungsi sebagai parasit. Bahasa Jawa harus menjadi bahasa pertama di Tanah Jawa dan dengan sendirinya ia akan menjadi bahasa pertama di Nusantara. (Seperti dikutip oleh Karel A. Steenbrink, dalam bukunya, Orang-Orang Katolik di Indonesia. Lihat juga buku Van Lith, Pembuka Pendidikan Guru di Jawa, Sejarah 150 th Serikat Jesus di Indonesia (2009). Dalam surah Hujurat, ayat 13 menegaskan tiada bangsa atau bahasa tertentu yang digagaskan menjadi agung, sebagaimana didakwa oleh bangsa Yunani pada s...

Aspirasi pengangkatan agenda Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam PPPM(PT)

Semalam 7 April 2015, diadakan satu majlis perasmian pembentangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)-PPPM(PT) oleh Perdana Menteri DS Najib.  Saya berharap agenda pemerkasaan Bahasa Melayu tidak dikompromi dalam mengejar visi Dan misi menjadikan sistem pengajian tinggi kita bertaraf dunia.  Kelihatan dasarnya begitu holistik dan komprehensif dalam melahirkan graduan yang bersifat berpengetahuan, produktif,berpemikiran kreatif dan inovatif, global dan glokal, berjiwa keusahawanan, Kini pun kita menyedari bahawa kebanyakkan Dari universiti bantuan kerajaan apatah lagi swasta jelas melakukan peminggiran yang bersistematik terhadap Bahasa Melayu.  Umum diketahui bahawa hampir semua kursus yang berkaitan sains, teknologi Dan ekonomi diajari sepenuhnya dalam bahasa asing.  Bahasa Melayu yang bertaraf kebangsaan Dan rasmi jatuh ketahap bahasa kelas kedua jika tidakpun kelas ketiga.  Bahasa asing khasnya bahasa inggeris diangkat ke tahap yan...

Minum air masak, kan lebih mudah dan sihat

Cara paling mudah untuk menjaga kesihatan adalah menjadikan amalan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas atau bersamaan 2 liter dalam sehari sebagai satu kebiasaan yang harus atau wajib.  Saya perhatikan apabila bersarapan pagi, mesti ada air manis sama ada panas ataupun sejuk. Berehat minum air dipantri pun air 3 dalam 1 manis juga.  Makan tengahari dengan kurang pengambilan sayur dan disertakan dengan air manis yang sejuk.  Masuk pejabat dan kemudiannya berehat dipantri pun air 3 dalam 1 kerana mengantuk.  Makan malam dengan pelbagai hidangan pun disertakan dengan air manis sama ada panas atau sejuk.  Bila masa sebenarnya dalam hidup kita minum air masak?...Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya peningkatan diabetes dan berat yang berlebihan dikalangan warga kita.  Saya pernah bekerja di Wisma Consplant Sime Darby di Subang Jaya, waktu 10 pagi dan 3 petang aka nada tea lady yang akan datang ke meja setiap eksekutif untuk membancuh minuman s...

Surat Terbuka kepada ITBM

Saya antara yang kerap membeli buku di ITBM.  Jika boleh saya cadangkan pihak ITBM menterjemahkan karya-karya yang ditulis dalam bahasa luar baik dari terbitan dalam Negara mahupun luar Negara.  Sebagai contoh banyak buku berbahasa inggeris yang dijual oleh MPH baik dalam fiksyen dan bukan fiksyen boleh dikategorikan sebagai bacaan bermutu.  Saya mengambil contoh Gramedia yang banyak mengambil inisiatif menterjemah karya luar ke dalam bahasa Indonesia.  Walaupun kebanyakkan pengurusan atasan Gramedia bukanlah bangsa asli Indonesia dan mereka pun adalah kristian, namun semangat nasionalisme dan jatidiri yang kental dan tebal dalam jiwa, mereka menerbitkan banyak bacaan dari terbitan luar ke dalam Bahasa Indonesia.  Moga pihak ITBM boleh mencontohi jiwa besar mereka.  Tambahan kita pula ramai yang berbangsa asli Malaysia iaitu Melayu dan beragama Islam, perlu lebih hebat dari mereka.  Banyak pada perkiraan saya buku-buku berbahasa asing boleh diterj...

Mentaliti Pemandu Teksi Kita

Kerap juga saya diajukan persoalan yang berbaur politik apabila menaiki teksi.  Pengalaman ini saya alami dalam teksi di Kelantan, KLIA dan Kedah.  Prinsip saya mudah.  Saya cuba tidak berpatisan atau sekadar mendengar sahaja apa yang mereka cakapkan.  Jangan sesekali berargumentasi dengan mereka.  Kebanyakkan dari mereka bercakap dengan nada emosional, bercakap lepas, tidak berlapik dan terlalu kritikal serta kurangnya fakta.  Itu pandangan mereka, mungkin mereka mendengarnya dari perbualan sesama mereka, media sosial mahupun akbar ataupun ceramah.  Dari perbualannya bolehlah diandaikan kita terlalu banyak mengeluh, mengadu itu dan ini dan mengatakan apa yang dibuat oleh orang lain semua tidak betul.   Sebenarnya apabila terlalu banyak kita mengeluh, membimbangi semua perkara, bimbang pun sebab sekadar dengar-dengar orang lain cakap, tetapi tidak membaca, akhirnya segalanya dilihat terlalu sukar dan hidup ini menjadi terlalu sempit dan ...

Kenapa Ramai yang Tidak Kekal Berlari

Dari pemerhatian saya, ramai pelari membentuk kumpulannya tersendiri.  Mereka memakai pakaian yang mewakili kumpulan, kelab, grup atau klik.  Ini memudahkan mereka berlari atau berkumpul bersama apabila ada acara larian.  Baguslah, berbanding bergerak atau berlari secara solo atau individu.  Jadi apabila hendak bergambar Nampak keceriaaan dan kemeriahannya.  Kami dahulupun ada juga kelab larian, iaitu Chap Ayam Runners. Namun hanya bertahan 3 tahun sahaja sebelum membawa diri dan haluan masing-masing.  kisah semalam, telahpun menjadi memori.  Di awal penubuhannya, pada 2009 kebanyakkan dari ahlinya adalah bujang dan tiada komitmen terhadap keluarga keluarga melainkan bekerja sahaja.  Mereka semuanya golongan hardcore dalam larian.  Pantang ada acara mesti sertai punya.  Namun apabila ramai orang kuatnya telah berkahwin, masing-masing tidak boleh memberikan komitmen terhadap kelab dan akhirnya membawa haluan masing-masing.  Ada...

Denggi salah siapa?

Imej
Hari Jumaat yang lepas (6 Mac) Masjid Negeri Selangor, di Shah Alam telah diadakan solat hajat usai menunaikan solat Jumaat.  Ini adalah rentetan dari kes Denggi yang semakin membarah di Selangor dengan peningkatan kes kematian.  Sehingga kini Minggu Epid ke-6 (8 Feb 2015) sejumlah 8840 kes dilaporkan dengan 23 kematian diseluruh Selangor  sahaja. Kes ini dilaporkan dari 15039 dan 40 kematian diseluruh negara (sumber Vektor KL).  Sehingga kini tiada tanda-tanda yang menunjukkan wabak ini akan reda atau menurun.    Islam adalah agama yang sempurna.  Jika kita mentaati ajaran Islam yang sebenar, mustahil akan berlakunya peningkatan wabak denggi.  Islam agama yang amat mementingkan kebersihan.  Kebersihan dalam definisi Islam tidak hanya terhad dalam ruang lingkup peribadatan sahaja namun merangkumi semua aspek.  Aspek menjaga kebersihan di persekitaran kita dengan jiran tetangga dan masyarakat serta penjagaan terhadap alam. Sekir...