Catatan

Sinopsis Bukuku Kakiku (C&P)

Imej
Judul Buku : Bukuku Kakiku Editor : St. Sularto, Wandi S. Brata, Pax Benedato Diterbitkan Oleh : PT Gramedia Pustaka Utama Tahun Penerbitan : 2004 Muka Surat :437 I. Ringkasan  I.1Buku dalam Hidup Saya (Ajip Rosidi) Buku bagi saya adalah kebutuhan. Buku menjadi bagian yang tak terpisahkan dari keseharian saya, terutama sejak saya drop out dari SMA. saya ingin membuktikan bahwa saya bisa hidup tanpa ijazah. Untuk itu, saya harus membaca buku sebanyak-banyaknya, lebih dari yang dibaca oleh mereka yang tamat SMA. Saya yakin kalau saya memperlihatkan prestasi sebagai hasil bacaan saya, saya tidak akan menemui kesulitan dalam hidup. I.2Huruf demi Huruf (Ariel Heryanto)  Kebudayaan baca-tulis berpijak pada hal-hal yang bersifat material, jasmaniah, dan historis di lajur kendali dan pilihan hidup orang. Pengalaman buruk terutama di masa orde baru ketika 2000 lebih judul buku dibakar berdampak besar pada paradigma masyarakat Indonesia terhadap ...

Aktif dan Sihat di Tahun 2015

Imej
Setiap larian punya cabaran dan keseronokkannya tersendiri.  Tidak tahu berapa liter peluh saya tertumpah di sepanjang trek larian dan secara anggarannya saya berhabisan lebih kurang RM1500 untuk membayar yuran larian.  Paling murah adalah RM5 iaitu larian Selangor Fun Run Plus dan paling mahal adalah Putrajaya 100miles, RM200.  Secara puratanya setiap satu larian bayarannya adalah RM70++.  Mahal sebenarnya.  Akan tetapi walaupun mahal, sambutannya adalah diluar dugaan, menunjukkan peserta tidak kisah untuk membayarnya asalkan mereka berpuas hati mendapat medal dan baju acara yang cantik.  Sepanjang tahun 2015 sebanyak 21 acara larian yang saya sertai secara rasmi.  Rasminya di sini bermaksud berdaftar dan berlari.  Tahun lepas larian pembukaan adalah Larian MPI yang telah diadakan pada 11 Januari dengan jarak 10km berlangsung di Padang Merbok KL dan diakhiri iaitu larian penutup, Newton Challenge sejauh 30km pada 20 Disember bertempat ...

Persepsi kita terhadap Israel

K ita seringkali mengatakan atau mendakwa bahawa Israel itu adalah musuh kita.  Tetapi kita tidak pernah punya pusat penyelidikan berkenaan bangsa Yahudi di Malaysia.  Akan tetapi bangsa mereka mempunyai berpuluh-puluh pusat penyelidikan berkenaan Islam dan umatnya.  Jika kita memiliki pusat penyelidikan seperti mereka pastinya kita dapat mengelakkan kita membuat andaian yang salah, tidak benar dan tidak logic.  Selalu juga kita memperkatakan apa jua kejadian konspirasi diseluruh dunia adalah angkara ejen Yahudi atau Israel atau lebih tepat adalah perisikan mereka Mossad.  Pernahkah kita membuktikan?  Ianya adalah persepsi semata-mata.  Tidak pernah dibuktikan dengan jelas.  Persepsi inilah yang membantu atau mengangkat Mossad menjadi begitu kuat.  Hakikatnya mereka sendiri mengakui tidaklah hebat atau sekuat mana.  Inilah diakui sendiri oleh bekas pengarahnya Efraim Havley dan Meir Dagan.  Selalunya mereka akan menyindir umat Isla...

2XU

Lama sudah saya berkeinginan untuk memiliki seluar tigh berjenama 2XU.  Memandangkan harga yang mahal RM499 sebelum bulan lepas, menyebabkan keinginan untuk membelinya terbantut.  Agak mahal.  Selalu juga saya terlepas harga diskaun atau promosi.  Kebiasaannya diskaun yang ditawarkan 10% sahaja.  kebetulan semasa saya hendak mengambil bib dan vest larian Newton di 1 Mont Kiara outlet tersebut menawarkan diskaun 30%.  Pada ketika itu harga telahpun RM529. Terfikir juga saya lagi lama saya tidak memilikinya harga semakin naik.  Dapat pula gaji pada tarikh tersebut (17 Dis) maka saya terus membeli dengan harga RM370 selepas diskaun 30%.  Akhirnya merasa juga untuk memiliki seluar tight yang mahal ini kerana teknologinya.  Selama ini saya hanya mendengar  cerita dari para pengguna berkenaan kehebatan dan keselesaan seluar ini.  Kini peluang saya untuk menguji dan merasai kebenaran teknologi seluar ini.  Ternyata benar sekali. ...

Ultraman 2.0 Putrajaya 100miles 2015

Imej
e-sijil penyertaan kepada yang berjaya menamatkan larian mengikut kategori Alhamdulillah, itulah kalimat yang terpacul dimulut saya, sebaik usai melangkah ke garisan penamat cabaran larian Putrajaya 100miles (Ultramarathon@100p) yang baru kami sertai pada hujung minggu lepas 28-29 Nov 2015 yang bertempat di Taman Sri Empangan, Putrajaya. Ini adalah penyertaan buat kali kedua.  Kali pertama menyertai memang rasa menyesal sebab mental dan fizikal saya teruk terdera.  Namun apabila Berjaya menamatkan larian, hilang semua rasa penyesalan tersebut, sebaliknya timbul perasaan puas hati kerana Berjaya mengharunginya.  Pada tahun ini pihak penganjur telah membuat beberapa penambahbaikan iaitu dengan mensyaratkan setiap peserta untuk memiliki keperluan wajib yang perlu ditunjukan kepada penganjur sebelum mengambil bib.  Begitu juga dengan sedikit perubahan pada trek.   Pelepasan yang dibuat digarisan permulaan Tahun lepas kami Berjaya menamatkan larian d...

Kembara ke Bumi Ginseng 2.0

Imej
7/11/2015 Pada 7/11/2015 Kami menaiki pesawat airasia dengan penerbangan D7506 dengan waktu perlepasan pada jam 1pagi waktu tempatan di KLIA2.  Penerbangan yang memakan masa selama 6jam 20min yang Akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (ICN) pada jam anggaran 8.20 pagi waktu tempatan.  Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan Penerbangan tambang murah ini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.  Saya pernah beberapa Kali menaiki penerbangan yang menggunakan syarikat yang sama.  Apa yang saya kesalkan adalah penggunaan bahasa ketika menyampaikan pengumuman Dan pemakluman.  Untuk penerbangan antarabangsa, syarikat ini langsung tidak menggunakan bahasa kebangsaan.  Sebaliknya mereka hanya menggunakan bahasa Inggeris Dan bahasa Korea (ini untuk penerbangan ke Korea Selatan).  Terasa benar peminggiran bahasa kebangsaan. Ini sangat bercanggahan dengan Fasal 152.   Araf, Sufiyyah dan Umi d...