Putrajaya Bandar Gemuk di Asia Tenggara
Kini, ia terbukti dengan bandar pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya mempunyai kadar tertinggi bagi orang yang mengalami berat badan berlebihan dan obes di negara ini. Hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) meletakkan Putrajaya sebagai bandar yang mempunyai peratusan tertinggi bagi berat badan berlebihan, obesiti dan kegemukan di bahagian abdomen. Kajian turut mendapati populasi di pusat pentadbiran kerajaan itu mempunyai peluang 37 peratus bagi berat badan berlebihan, manakala kadar obesiti pada 43 peratus. Apa yang lebih mengejutkan, menurut NHMS, kakitangan kerajaan dan separa kerajaan mendorong kepada kadar berkenaan apabila kebanyakan mereka mengalami obesiti, dengan 40.3 peratus. Ini bermakna dua bagi setiap lima penjawat awam di Malaysia mungkin mengalami obesiti. Menurut Pejabat Perdana Menteri, terdapat 1.4 juta penjawat awam di negara ini, dan ia merupakan perkhidmatan awam terbesar di Asia Tenggara. Demografi obesiti lain menun...