Catatan

Untuk menjadi kaya, lebihkanlah bersedekah....

Kita adalah apa yang kita berikan (sedekah), dan bukannya apa yang kita miliki.. Harta sebenar kita apa yang kita sedekah, wakaf atau derma bagi tujuan pelaburan di sana.  Hakikatnya ramai yang menyedari kelebihan bersedekah, namun secara praktiknya ia sangat sukar dilaksanakan.  Salah faham berkenaan dengan pengertian menderma atau bersedekah menyebabkan ada dikalangan kita liat untuk mengeluarkan atau membelanjakan bagi tujuan tersebut.  Penyakit sayangkan harta kerana menganggap ianya adalah hasil usaha mereka dan kenapa perlu sewenang-wenangnya untuk diberikan kepada orang lain.  Tetapi mereka lupa bahawa dengan izin Allah jua mereka menjadi golongan berada.  Kekayaan harta itu sebenarnya adalah ujian buat mereka.  Gagal ujian berkenaan harta mereka itu akan menjadi bebanan mereka di sana kelak.  Lulus ujian bermakna harta yang disedekah atau dibelanjakan untuk tujuan keredaan Allah itulah yang akan memberatkan mizan mereka untuk masuk ke ...

Kenapa saya suka menyimpan artikel

Imej
Selain dari berlari dan membaca, kegemaran saya adalah suka menyimpan keratan akbar tidak kisah apa sahaja, asalkan ia menarik minat saya dan mempunyai berita.  Saya mula menyimpannya sejak tahun 1996 sewaktu bersekolah di MRSM sehinggalah sekarang.  Bayangkan sudah berapa banyak artikel akbar atau majalah tersimpan dalam puluhan fail dokumentasi peribadi saya sendiri.  Pada mulanya saya hanya menghadkan kepada ucapan Belanjawan yang mana pada ketika dibentang oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri. Selepas saya melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi dan ijazah pertama saya mula meluaskan kepada artikel ucapan dan penulisan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun), artikel berkaitan nasionalisme dan patriotisme, artikel berkaitan perbukuan dan pembacaan, wawancara tokoh-tokoh seperti Ungku Aziz, Syed Bukhari, artikel berkenaan bidang kesihatan dan apa jua yang bernilai termasuk kisah-kisah artis ...

Balasan terhadap penodaan alam

Jika kita meletakan tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama, pasti tiada akan muncul penyakit bawaan kencing tikus atau leptospirosis.  Ianya terjadi akibat dari tikus liar yang hidup di hutan ini memakan sampah sarap yang berupa sisa makanan dan juga lampin pakai buang yang ditinggalkan merata-rata oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab apabila mengunjungi kawasan rekreasi seperti Hutan Lipur atau kawasan perkelahan sama ada di sungai atau di pantai.  Kebiasaannya kejadian ini terjadi apabila berlakunya hujan lebat dikawasan sekitarnya.  Aliran air hujan akan menyebabkan terjadi larian air permukaan di lantai-lantai hutan dan membawa segala-galanya masuk ke dalam sungai.  Pastinya rodensia atau tikus ini akan membuang air kencing atau najisnya di sekitar kawasan berkenaan.  Secara tidak langsung ia membawa sekali buangan haiwan berkenaan masuk ke dalam sungai.  Apabila pelawat datang ke kawasan berkenaan dan bermandi-manda...

Pengkastaan Bahasa

Bagaimana Korea Selatan bertegas dalam pelaksanaan sistem pendidikan tinggi kebangsaan yang menggunakan Bahasa Korea (Hangul)? Sebagai sebuah negara yang benar-benar MERDEKA, Korea Selatan bertegas untuk tidak berkongsi tempat dengan mana-mana bahasa lain dalam menjayakan sistem kebangsaannya.  Kerajaan Korea Selatan sedar dan insaf bahawa penggunaan Bahasa Korea dalam sistem pendidikan bukan sahaja memastikan bangsanya menguasai dengan baik bahasa berkenaan sebaliknya sebagai JATI DIRI yang dipupuk dalam jiwa dan minda merdeka mereka.  Inilah KEMEGAHAN yang paling besar dimiliki oleh Korea apabila mereka berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisien dalam memastikan rakyatnya boleh menghayati jati diri nasional seperti yang dihasrat oleh kerajaan.  Penggunaan Hangul dapat memastikan seluruh warga Korea mendapat pendidikan dengan cara yang lebih difahami agar ilmu yang diperolehi dalam bahasa sendiri dapat digunakan untuk membangunkan ekosistem yang ses...

Islam Agama yang Disalahertikan

Mendengar siri ceramah umum Dr Zakir Naik berkisar Adakah Islam Memonopoli Keganasan? Dalam slot TV Al Hijrah.  Ceramah yang berterus terang dan jelas.  Selama ini Islam dan umatnya seringkali dikonotasikan atau dilabel sebagai pengganas. Apa sahaja yang berlaku semuanya dikaitkan dengan Islam.  Namun adakah benar Islam dan umatnya adalah pengganas? Menyorot semula sejarah berdarah dalam peristiwa yang berlaku sejak dahulu, keganasan yang dilakukan oleh Ceaser ke atas bangsa jajahan dan Yahudi kenapa tidak dikaitkan dengan Kristian? Hitler, Stalin, Mussolini kenapa tidak Kristian? Kematian yang diakibatkan dari kegilaan mereka yang menjangkau 80 juta jiwa semasa WWII.  Begitu juga dengan Bush Sr dan Jr yang kuat fahaman Kristiannya yang memulakan Perang Teluk I dan Perang Melawan Keganasan? Ratu Elizibeth pemimpin Great Britain tidak dikaitkan dengan pengganas Kristian kerana tindakan penjajahan yang dilakukan diseluruh tanah jajahannya? Asoka kenapa tidak dikaitkan...

Larian Back 2 Back (B2B) yang kompetitif, 7 dan 8 Mei 2016

Alhamdulillah untuk dua larian berganda (back to back) 7 Mei dan 8 Mei yang lepas iaitu Larian Bersama Bomba (on road) dan Dueter Trail (off road) berjaya mendapatkan medal dengan kedudukan yang selesa sesuai dengan kekangan diri.  Larian Bersama Bomba yang berlangsung di Dataran Merdeka dengan jarak 10, saya berjaya memperolehi pingat pada kedudukan ke-93 dari sejumlah 150 pingat yang dipertandingkan untuk kategori Lelaki Terbuka dalam masa 52min.  Sebenarnya menjadi satu kebanggaan buat peserta untuk menyarung pingat berkenaan kerana ianya adalah terhad. Bayangkan dalam kategori  terbuka pastinya jumlah peserta lebih kurang 1000 orang maka dengan pencapaian menjadikan kita kelompok elit iaitu kurang dari 10% dari sejumlah populasi perserta.  Manakan tidak dalam kepala semua menyasarkan untuk mendapatkan medal yang terhad.  Sebaik bermulanya pelepasan, setiap peserta telah mula membuka langkah.  Laluan bermula dari Dataran Merdeka, melalui Bukit Tun...

Sekadar gah dalam pertandingan, hakikatnya ia sekadar kosmetik bagi menutup kecacatan

Imej
Kita gah dengan mengadakan pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) yang telahpun memasuki edisi ke-10 penganjurannya. Kononnya bahasa kita adalah digah dan dimegahkan setaraf dengan bahasa asing lain. Kita mencanangkan kepada dunia bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan (tetapi jarang sekali disebut sebagai bahasa ilmu dan pembangunan bangsa) dan kebangsaan yang dilindungi dibawah perundangan tertinggi negara iaitu Perlembagaan Negara dalam Fasal 152. Akan tetapi ianya semata-mata lafaz retorik dan kepura-kepuraan atau kemunafikan ahli politik sahaja.  Sekadar lafaz bagi menyakinkan pendengarnya.  Ia tidak lebih hanyalah indah khabar dari rupa dengan pemberitahuan secara berlebih-lebihan yang sebenarnya adalah retorika yang mengelirukan.  Sedangkan pada hakikatnya Bahasa Melayu hanyalah ‘melukut ditepi gantang’ dalam sebahagian sektor di negara kita.  Ia dilakukan secara sedar tanpa rasa bersalah pun oleh pentadbir negara dan penggerak enji...