Memori Tun Doktor Mahathir: Cabaran Anwar
Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad – Empat tahun selepas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Haniff Omar pertama kali memberitahu saya tentang dakwaan-dakwaan mengaitkan Anwar dengan pelakuan homoseksual, saya menerima satu naskah buku ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’ (50 Reasons Why Anwar Ibrahim Cannot Become Prime Minister.) Buku itu ditulis oleh Datuk Khalid Jafri, bekas pengarang Utusan Malaysia. Menyedari buku tersebut begitu sensasi dan menganggapnya tidak lain daripada usaha untuk mendapatkan wang, saya enggan membacanya. Namun, khabar-khabar angin berhubung Anwar masih tidak dapat dilenyapkan. Pada 1997, saya menerima sepucuk surat daripada seorang wanita bernama Ummi Hafilda. Kandungan surat tersebut mengusik hati kerana apa yang diperkatakan begitu spesifik dan terperinci mengenai dakwaan-dakwaan liwat terhadap Anwar. Saya kemudian mendapat tahu Ummi sebenarnya adik kepada setiausaha politik Anwar, Mohd Azmin Ali. Saya me...