Gagasan Penyatupaduan Nasional
Saya memang suka membaca titah ucapan Raja Dr Nazrin Shah, pemangku Raja Perak..Titah ucapan ini saya titipkan dari kongres yang diadakan oleh Majlis Porfessor Negara (MPN) berkenaan dengan konsep dan persoalan penyatupaduan negara bangsa yang diadakan pada 10 Nov 2013 yang lepas..
Titah ucapan baginda selalu menarik perhatian banyak pihak lebih-lebih lagi dalam pasca PRU 12 dan PRU 13. Terlalu banyak perkara yang dipolemik dan dicabar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk juga dari politikus, NGO dan orang perseorangan..
Berikut adalah titah penuh baginda yang bermaudukkan Gagasan Penyatupaduan Nasional. Moga kita boleh mengambil apa jua pengajaran dari titah ucapan baginda....selamat membaca
Bismillahi Rahmani Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera.
Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wata'ala. Selawat
dan kesejahteraan ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wassalam. Demikian juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat Baginda,
seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama; semoga memperoleh ihsan daripada
ALLAH Subhanahu Wata'ala sehingga ke hari kebangkitan.
2. Kongres ini membuka ruang membolehkan Beta dapat
bersama ahli-ahli Majlis Profesor Negara. Peserta Kongres terdiri dari kalangan
cendekiawan yang diiktiraf dengan status Profesor. Di era Kesultanan Melayu,
Raja yang arif lagi bijaksana, meletak nilai tinggi kepada ilmu, menghargai
budaya mesyuarah serta mendampingkan diri dengan ulama dan ilmuwan, membolehkan
Raja mendapat seelok nasihat - secerah pandangan, lalu mengupayakan Raja
menyempurnakan amanah secara adil - secara saksama; dan istana pula dapat
berfungsi sebagai forum percambahan minda, tapak perkembangan ilmu serta pusat
penyebaran agama.
3. Dalam tempoh 56 tahun mencapai kemerdekaan, Negara
telah berjaya mencatatkan prestasi pencapaian ekonomi membanggakan, didukung
oleh dua faktor utama. Pertama, kemurahan rahmat ILAHI menganugerahkan bumi ini
dengan pelbagai kekayaan. Kedua, jentera pentadbiran yang bijak, merangka dan
melaksanakan program pembangunan secara mampan lagi berwawasan. The Global
Competitiveness Report 2013, mengkategorikan Malaysia dari segi daya saing,
berada di tangga 24 daripada 148 negara yang dinilai. Dari segi kemudahan
berurus niaga, Malaysia berada di rangking keenam, merupakan satu-satunya
negara Islam yang berada di tangga sepuluh teratas. Soal selidik Legatum
Institute London, meletakkan Malaysia di ranking keempat puluh empat terkaya
dari 142 negara yang dilakukan kajian.
4. Pendapatan per kapita 32,438 ringgit, menempatkan
Malaysia di tangga kedua di kalangan negara ASEAN. Peratus rakyat miskin turun
daripada lebih 50 peratus dalam tahun tujuh puluhan kepada 1.7 peratus dalam tahun
2012. Program pendidikan adalah program Dasar Ekonomi Baru yang paling berjaya.
Bilangan tenaga profesional dan pengurusan Melayu dilaporkan mengatasi kaum
Cina dan India, sementara bilangan doktor, jurutera dan arkitek Melayu berada
dalam nisbah yang hampir sama dengan bukan Melayu. Ekuiti korporat Bumiputera
meningkat dari 2.4 peratus dalam tahun 1970 kepada 23.5 peratus dalam tahun
2011. Angka dan data pencapaian ekonomi ini adalah cerita kejayaan sebuah
negara.
5. Pencapaian tersebut turut dipengaruhi oleh dua
faktor lain. Pertama keadaan negara yang aman; kedua iklim politik yang stabil.
Keamanan dan iklim politik yang stabil telah memberikan Malaysia kelebihan
mendahului kebanyakan negara di rantau ini terutama untuk memberi keyakinan
kepada pelabur asing. Bermula dari Pilihan Raya Umum Kedua Belas (PRU 12),
kestabilan politik semakin mendapat perhatian dan diberikan pelbagai tafsiran.
Tafsiran yang dirumuskan dipengaruhi barometer penyukat yang diguna pakai
Menilai kestabilan politik berlandaskan hanya kepada keputusan pilihan raya,
terlalu simplistik pendekatannya. Begitu juga pemikiran yang mengaitkan
sentimen perkauman, sebagai faktor yang mempengaruhi pola pengundian, terlalu
impulsif dan permukaan sifatnya. Meskipun, parti yang membentuk Kerajaan pasca
PRU 12 dan PRU 13 tidak menguasai dua pertiga majoriti, namun ia tidak
mencetuskan sebarang sengketa yang menjejaskan kestabilan politik. Urusan
harian negara terus berfungsi secara normal. Malah senario pasca pilihan raya
memperlihatkan bahawa warga Malaysia telah mempamerkan sifat kematangan
menghayati semangat demokrasi.
6. Dinamik politik yang sedang berlaku hendaklah
dijadikan cermin untuk melihat wajah sebenar negara yang telah merentasi usia
56 tahun. Dalam negara yang begitu berbilang, perpaduan warga amat mempengaruhi
kestabilan politik. Senario semasa menuntut kepada perlunya dirangka formula
perpaduan yang lebih relevan. Hari ini Majlis Profesor memilih untuk turut
membincangkan subjek perpaduan, dijadikan tema Kongres dengan istilah yang
dicanggihkan oleh tiga kata kunci Gagasan Penyatupaduan Nasional. Bahawa subjek
Penyatupaduan Nasional, kini begitu terapung di laut fikir, menggerak lidah ke
tasik kata. Penyatupaduan Nasional ketika ini bagaikan rangkai kata yang kalut
berlegar di minda warga, semakin diperkatakan, semakin dijadikan subjek
perbualan, semakin dijadikan tema seminar - tema diskusi. Penyatupaduan
Nasional pada hakikatnya adalah satu kemestian bagi sesebuah negara; demi
memastikan kelangsungan hayat sesebuah negara, seperti mana perlunya kehadiran
oksigen di atmosfera untuk meneruskan talian hayat, kehadirannya diambil secara
lewa, tetapi ketiadaannya akan menyemputkan nafas.
7. Pengupayaan sesuatu bangsa ditentukan ketika bangsa
berhadapan cabaran besar. Dalam buku, A Study of History, Arnold Toynbee
merumuskan kajian mengenai asas kelahiran 21 tamadun; bahawa faktor utama
membina tamadun yang gemilang ialah pengupayaan bangsa menghadapi cabaran, lalu
bangsa terdorong menyatukan kekuatan, menggabung sepenuh tenaga - merangkum
sepenuh usaha untuk sama-sama mengatasi cabaran, baik yang berbentuk alam
semula jadi atau peristiwa besar seperti peperangan, tekanan ekonomi, bencana
alam dan perubahan pemerintahan. Tiga kata kunci, menyatukan, menggabung,
merangkum adalah kata kunci yang menegaskan aspek penyatupaduan.
8. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu disusuli dengan
pembentukan Malaysia dimungkinkan kerana kejayaan mengolah resipi
penyatupaduan; resipi penyatupaduan yang diolah dalam semangat penyatuan dalam
kepelbagaian. Terbina persefahaman - terjalin kerjasama, bukan sahaja di
kalangan pelbagai kaum dan pelbagai penganut agama, malah merangkumi
komponen-komponen lain, empat Negeri Bersekutu, lima Negeri Tidak Bersekutu,
dua Negeri Selat; Raja dan rakyat bersatu suara - bersatu langkah - bersatu
matlamat untuk membina satu warga kepada sebuah negara merdeka. Lalu lahirlah
sebuah negara tanggal 31 Ogos 1957, dalam gegak gempita histeria laungan
MERDEKA!. Yang dilahirkan ketika itu adalah sebuah negara baru yang mempunyai
kedaulatan ke atas warga dan wilayah, tetapi warga bangsa belum wujud.
9. Membangunkan warga bangsa masih menghadapi pelbagai
cabaran, malah cabaran yang dihadapi untuk membina warga yang teguh bersatu -
kukuh berpadu, kini menghadapi ujian lebih besar - ujian bertambah rumit.
Pelbagai istilah penyatuan diperkenalkan - pelbagai slogan direka cipta,
pelbagai logo dilakar, pelbagai lirik dikumandangkan. Ia masih tidak
memperlihatkan impak keberkesanan menurut yang diimpikan. Malah slogan ke arah
membentuk satu warga bangsa, lebih banyak menimbulkan kontroversi, lebih
mengundang kontradiksi; semakin dipolemikkan - semakin dipolitikkan.
10. Dalam pengembaraan menerokai subjek penyatupaduan
nasional, kanta hendaklah berpandangan jauh, lensa hendaklah berpenglihatan
luas. Kanta dan lensa jangan disalut ilusi warna, hingga rumput kering
dipandang segar, ayir keroh dilihat jernih. Perbuatan sedemikian akan
meletakkan diri dalam budaya penafian. Budaya penafian akan meletakkan minda
dalam alam artifisial, lalu mendorong minda melakukan tafsiran salah, disusuli
dengan gerak kerja kurang bijaksana. Negara bukan teater rekaan, dengan
lakonannya dikawal skrip yang tegar. Negara adalah teater hidup, teater dinamik
yang terus berubah. Setiap warganya pemegang watak; pemegang watak yang tidak
terikat kepada setiap koma - setiap noktah.
11. Ketika menyusun langkah ke arah mencapai impian
gemilang, imbaslah kembali memori lama, selaras dengan kata pedoman orang tua,
tersesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan. Negara ditubuhkan dan
warga disatukan, berpaksikan semangat penyatuan dalam kepelbagaian; semangat
yang termaktub dalam dokumen penting, dikenali sebagai Perlembagaan
Persekutuan.
12. Tiga konstituen utama terlibat dalam merangka
Perlembagaan Negara, Raja-Raja, Kerajaan Inggeris dan Parti Perikatan,
menangani subjek-subjek sensitif, rumit lagi pelbagai, antaranya isu-isu agama,
kaum, bahasa dan negeri; di samping merangka institusi-institusi utama negara,
perundangan, kehakiman dan eksekutif, yang perlu mengambil tanggung jawab
melayarkan sebuah bahtera merdeka. Mengolah formula penyatupaduan, memerlukan
kesediaan berundur sebelum mara, memerlukan keberanian menerima realiti,
memerlukan ketegasan mempertahankan prinsip.
13. Oleh itu amatlah bertepatan untuk diimbau kembali
peristiwa bersejarah, bertarikh 10 Julai 1957, ketika Yang Teramat Mulia Tunku
Abdul Rahman Putra (Almarhum), atas nama Ketua Menteri, membentangkan usul
penggubalan Perlembagaan di Majlis Perundangan Persekutuan. Beta memilih
petikan tertentu ucapan tersebut dalam Bahasa ia diucapkan, agar semangat dan
intonasinya dapat diberikan apresiasi sewajarnya.
Petikan;
I marvel that
our progress towards independence has been so swift and smooth. I cannot recall
any other dependent country which has achieved independence in such a cordial
and friendly atmosphere. We have been able to make progress in such a
remarkable fashion in spite of the fact that ours is a plural community. The
characteristics, beliefs and cultures of our people vary greatly, and I believe
that we are only now able to stand on the threshold of independence because of
their tolerant and friendly attitude towards one another and their acceptance
of Malaya as the object of their absolute loyalty......
At varying
periods of our country's history, the Sultans of the Malay States entered into
treaties with Great Britain. The Treaties provided, on the one hand, certain
rights and concessions for Great Britain in return for protection to be
accorded to Their Highnesses and protection for the interests and rights of the
Malays. This protection was entered in the various State Constitution and
Enactments and in the Federation of Malaya Agreement of 1948. The position
which the Malays enjoyed under this Treaty has never been contested by any
person or class of persons or communities for it has not interfered or
obstructed other communities in the enjoyment of their possessions or the right
to live their lives. The affluence of others has not helped the Malays but on
the other hand it has caused them so much economic setback that they were
driven out of the main towns and villages of this country. The sum total of the
Malay plight was that they have suffered in the field of economy as well as
education...
The early
Chinese settlers have been in this country for many hundreds of years. In the
early days they came here to trade and later to like this country and decided
to settle down, and they were absorbed by the country and followed local
customs and spoke the Malay language, while at the same time retaining some of
their own culture and traditions...
The Indians
also came to the Federation to seek wealth in the country and they found
employment in the Government service or in estates. They too have made their
contribution for which we are grateful. Men and women of many other races have
also come to Malaya,.....
...the desire
by all races for Independence brought UMNO and MCA together,....The Indians led
by MIC then joined the Alliance and for the first time in the history of
Malaya, a majority of the people were united politically with one aim in view -
the achievement of Merdeka.
With regard
to citizenship, I must emphasise that the basic principle which it is proposed
to accept is that all persons who regard the Federation as their home and who
wish to take advantage of what this country has to offer must owe undivided
loyalty to the Federation and must be prepared to participate in the duties of
citizenship. The cornerstone of the new proposals is undivided loyalty to the
Federation…..
For the
future well-being of our country, we expect and demand the undivided loyalty of
all who wish to call themselves Malayans
Ucapan diakhiri dengan kata-kata harapan:
"Let us
make it work and build for ourselves and our descendants a shangrila whereby we
can all live in peace, happiness and prosperity".
14. Inspirasi sesebuah Perlembagaan dicerminkan secara
eksplisit melalui mukadimah yang dipaparkan dan secara implisit dalam
peruntukan-peruntukan yang dimaktubkan. Woodrow Wilson mengingatkan bahawa
Perlembagaan Negara bukan sekadar dokumen guaman. Pada hakikatnya, ia
mengandungi semangat dan roh negara, ia mencerminkan persetujuan-persetujuan
yang di capai secara bersama ketika negara memperoleh kemerdekaan. Perlembagaan
sesebuah negara sui generis sifatnya, ia itu berada dalam kelas tersendiri,
berakar di bumi yang ia tumbuh. Perlembagaan Negara berperanan sebagai carta
dan kompas, sauh dan layar kepada sebuah bahtera merdeka. Ia menggariskan
rangka asas organisasi negara, fungsi kerajaan dan tata urus keadilan.
15. Setelah menghalusi Perlembagaan Negara, setelah
mengamati ucapan Tunku, Beta menyifatkan, ucapan tersebut sebagai kata
pengenalan yang merangkumkan keseluruhan semangat yang termaktub dalam
Perlembagaan. Ia memperlihatkan semangat persefahaman - ia mempamerkan
kesediaan berkompromi - ia memanifestasikan kata sepakat. Perlembagaan
Persekutuan digubal bersumberkan warisan sejarah, satu kesinambungan
mengekalkan tradisi ketika mengharungi modenisasi. Termaktub, aspek warisan
berkerajaan - aspek sejarah bernegara, berpayungkan Raja, bertiangkan Islam,
bersalut budaya dan bahasa peribumi. Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu dianyam
secara tersirat dalam dokumen yang tersurat. Ia memberi jaminan keadilan
saksama kepada semua pihak yang berpegang kepada semangat di mana bumi dipijak,
di situ langit dijunjung. Jika difahami, dihormati, dihayati dan diamalkan
tanpa penyimpangan, semangat yang tersirat dalam Perlembagaan Negara, adalah
formula penyatupaduan paling berharga.
16. Perlembagaan hendaklah kekal ditafsirkan berasaskan
semangat yang menghormati kata sepakat yang telah dipersetujui. Kata sepakat
yang telah dipersetujui, amatlah penting diperingatkan sepanjang masa, selaras
dengan peringatan yang pernah dizahirkan oleh Paduka Ayahanda Beta, Hakim Raja
Tan Sri Azlan Shah ketika dianugerahkan Ijazah Doktor Persuratan oleh
Universiti Malaya, pada 30 Jun 1979;
Petikan:
" ...bahawa Malaysia adalah sebuah negara
berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat resam. Tetapi
walau bagaimanapun, kita perlu ingat, dan jika kita tidak ingat, maka kita
seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang itu,
mestilah ada suatu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian. Dalam konteks
ini, Malaysia telah wujud hasil dari cantuman tiga wilayah, Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak
kesultanan Melayu Melaka...; Perkataan 'Negeri Melayu Bersekutu', 'Negeri
Melayu Tidak Bersekutu' dan 'Persekutuan Tanah Melayu' masih wujud dalam undang-undang
kita. Dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah
Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan
kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu....Faktor-faktor dan
hakikat inilah yang melahirkan Negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu
dan akhirnya Malaysia".
17. Ucapan Yang Teramat Mulia Tunku mengandungi
pelbagai peringatan berhubung asas penubuhan negara; peringatan keramat yang
wajib diteliti semula dalam mencari formula penyatupaduan nasional. Bahawa
tuntutan kemerdekaan negara adalah aspirasi bersama - usaha bersama,
diperjuangkan secara bersama oleh semua kaum. Ucapan tersebut menegaskan aspek
toleransi dan sikap muhibah. Ucapan tersebut menegaskan soal ketaatsetiaan tidak
berbelah bagi kepada Persekutuan Tanah Melayu. Tunku menegaskan perkataan
absolute loyalty, mengulangi enam kali perkataan undivided loyalty. The
cornerstone of the new proposals is undivided loyalty to the Federation.
Perkataan absolute loyalty to the Agong diulang dua kali oleh Tan Siew Sin
ketika berucap menyokong usul. Ucapan Tunku, menghargai peranan kaum Cina dan
kaum India, terutama peranan membangunkan ekonomi Tanah Melayu. Tunku
mengalu-alukan kalangan yang memilih menetap di negara ini, dan menghargai
sikap mereka, walaupun mengekalkan tradisi dan budaya asal masing-masing,
mereka bersedia menerima budaya dan adat istiadat setempat, bertutur bahasa
Melayu, mempamerkan budi pekerti yang menjunjung semangat di mana bumi dipijak
- di situ langit dijunjung.
18. Tunku mengakui terdapat kepelbagaian konstituen,
yang tidak terbatas kepada konstituen agama, kaum, budaya dan bahasa tetapi
merangkumi aspek-aspek agama, Raja-Raja, Kerajaan Negeri, Kehakiman,
Suruhanjaya Pilihan Raya, serta pencapaian ekonomi dan pendidikan.
Perkara-perkara tersebut kini masih terus dipolemikkan; jika gagal ditangani,
merupakan penghalang kepada usaha penyatupaduan. Kongres ini sebaiknya
hendaklah mengupas setiap isu yang berpotensi menghalang penyatupaduan.
Berpandukan ucapan Yang Teramat Mulia Tunku, Beta memilih untuk menyentuh lapan
perkara yang perlu dilawati semula.
19. Pertama: Agama; Yang Teramat Mulia Tunku
menyatakan;
"..Islam
should be declared the religion of the Federation……Their
Highnesses are the Heads of the religion in their own States and although they
have agreed to authorize the Yang Dipertuan Agong to reperesent them in any
acts, observances or ceremonies agreed by the Conference of Rulers as extending
to the Federation as a whole, Their Highnesses felt that establishment of a
Federal Ministry for Muslim Religious Affairs would affect adversely their
position as Heads of Muslim religion in their own States. If necessary, a
Muslim Department of Religious Affairs will be set up as part of the
establishment of the Yang Dipertuan Agong.
20. Agama Islam, agama Persekutuan; tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Komponen pertama Rukun Negara menetapkan aspek Kepercayaan kepada Tuhan.
Sementara komponen kelima Rukun Negara menetapkan aspek Kesopanan dan
Kesusilaan. Selaras dengan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan dan
semangat yang terkandung dalam Rukun Negara, keperluan agama lain, selagi tidak
menyentuh sensitiviti dan kesucian Islam dan selagi tidak bercanggah dengan
undang-undang negara, tidak boleh dihalang. Tatasusila menghormati agama lain -
tatasusila tidak menghina agama lain - tatasusila tidak mencampuri urusan agama
lain adalah tatasusila yang wajib dipatuhi, selaras dengan maksud yang terkandung
dalam ayat tiga hingga enam Surah Al Kaafiruun:
"Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah,
Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak pernah
(pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah, Untukmulah agamamu, dan
untukkulah agamaku"
21. Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara
keterlaluan - secara terbuka berpotensi mencetuskan berlakunya tragedi buruk.
Agama adalah perkara amat sensitif, terlalu cepat menyinggung rasa - terlalu
mudah menyentuh emosi. Ambillah iktibar dari peristiwa hitam yang pernah
berlaku di masa lalu.
22. Peristiwa Natrah tercatat kuat dalam memori bangsa
kerana rusuhan yang berlaku pada 12 Disember 1950 di Singapura. Orang Melayu
berasa pilu. Akhbar-akhbar tempatan menegaskan pentingnya diperbetulkan laporan
tidak tepat media Barat. Media Barat melaporkan orang Islam bertindak agresif,
tidak menghormati keputusan mahkamah mengembalikan Natrah (yang beragama Islam)
kepada ibu bapanya (yang beragama Kristian); 18 terbunuh, 173 cedera, apabila
tentera menembak para perusuh yang terdiri dari orang Melayu. Cerita sebenar di
sebalik rusuhan, adalah kemarahan orang Melayu terhadap akhbar Straits Times
ketika itu, secara provokatif, berulang kali menyiarkan gambar Natrah, melutut
di hadapan patung Virgin Mary. Umat Islam bertanya, bagaimanakah perasaan
penganut Kristian jika melihat seorang kanak-kanak Kristian dipakaikan telekung
dan dipaksa bersolat.
23. Kedua: Institusi Raja: Ketika merangka formula
membentuk kerajaan merdeka, Yang Teramat Mulia Tunku amat menghayati bahawa
sistem pemerintahan berteraskan Raja terlalu berharga untuk ditiadakan. Tunku
lalu menyarankan;
"...We
propose that the Supreme Head of the Federation should be called the Yang Di
Pertuan Agong….will be appointed by the Rulers from
among themselves to sit on the Throne in turn for a period of five years…
That first
choice is perhaps of vital importance to this country. The person chosen should
be one who will command the love, respect and absolute loyalty to the Malayan
peoples.
Therefore in
making their choice the Rulers must set aside all sentiments but instead be
guided by a desire to do right by the people and the country.
24. Tanah Melayu yang merdeka, memilih untuk memeterai
sistem pemerintahan beraja, perlanjutan adat dan kesinambungan budaya yang
dijelmakan dalam acuan kontemporari. Raja tidak sekadar dikekalkan di peringkat
negeri, malah telah diperkenalkan satu lagi lapisan pemerintahan beraja dengan
mewujudkan seorang Ketua Utama Negara bergelar Yang Dipertuan Agong; Raja kepada
seluruh Persekutuan. Secara harfiahnya gelaran tersebut bermaksud 'Dia Yang
Terulung Di Kalangan Kami; ia itu 'primus inter pares'.
25. Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi
naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum - tanpa mengira agama -
tanpa mengira kabilah politik. Raja yang bersemayam di takhta pemerintahan
adalah lambang kuasa, berperanan sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan,
teras perpaduan - payung penyatuan. Oleh itu amatlah penting bagi Raja bersifat
berkecuali, memastikan berada di atas segala polemik politik agar institusi
Raja diterima dengan hati terbuka bila diperlukan berperanan menurunkan suhu
panas yang mendidihkan lava-lava persengketaan.
26. Perkara yang tersirat di dalam Perlembagaan akan
menjelmakan ujian ketika berlakunya situasi kejutan yang tidak ada duluan
(precedent). Ketika menghadapi saat-saat sedemikian, hikmah kebijaksanaan Raja
yang bertakhta di atas politik dan bersemayam di atas birokrasi, berperanan
amat penting untuk melakukan analisis secara tepat, lalu merumuskan
penyelesaian secara bijak, adil lagi saksama.
27. Dalam perkara-perkara, termaktub secara nyata,
bahawa Raja bertindak atas nasihat, Duli-Duli Baginda hendaklah menerima
nasihat tersebut; tetapi Raja juga tidak harus rasa tertekan dan tidak
semestinya memberikan perkenan jika nasihat yang disembahkan bercanggah dengan
tuntutan syarak, bercanggah dengan semangat Perlembagaan, bercanggah dengan
undang-undang dan bercanggah dengan keadilan hingga memungkinkan berlakunya
penindasan dan kezaliman. Apabila Raja dirujuk, Duli-Duli Baginda hendaklah
memberikan pandangan secara bebas, tanpa ragu - tanpa pilih kasih; dan dalam
perkara Raja perlu bertindak atas budi bicara, Duli-Duli Baginda hendaklah
menyempurnakannya dengan hikmah kebijaksanaan demi membuktikan Raja bersifat
adil lagi saksama, sebagai penimbang tara yang bebas kepada cabang-cabang
legislatif, eksekutif dan kehakiman, sekali gus memperkukuhkan mekanisme semak
dan imbang, demi menjamin berlangsungnya tadbir urus negara yang baik.
28. Dalam menghadapi senario semasa, Institusi Raja
turut mengamati secara teliti dinamik politik yang sedang berlaku, menetapkan
paksi yang mengupayakannya melakarkan ruang peranan yang lebih relevan dalam
era yang semakin berubah; sekali gus membantu membina imej institusi takhta
yang kekal dinamik, bertenaga menangani tuntutan dan keperluan semasa, terutama
dalam memenuhi peranan sebagai instrumen kesatuan dalam kepelbagaian.
29. Raja adalah simbol penyatuan; Raja kepada setiap
warga. Di peringkat awal kemerdekaan, setelah ditabalkan, Yang Dipertuan Agong
berangkat melakukan lawatan ke negeri-negeri, memberi peluang kepada warga di
setiap negeri dan di segala peringkat, merasakan Yang Dipertuan Agong adalah
Raja kita. Lawatan Diraja tersebut sangat simbolik - sangat signifikan,
berupaya merangkaikan hubungan dua hala di antara Ketua Negara di peringkat
Persekutuan dengan pemimpin dan warga di peringkat negeri. Kebelakangan ini
atur cara simbolik lagi bermakna ini sudah tidak diamalkan lagi.
30. Institusi Raja pernah berhadapan ujian getir dalam
tahun-tahun lapan dan sembilan puluhan, ketika orang Melayu begitu ghairah,
merasakan dirinya cukup gagah - cukup hebat. Namun hukum alam, menetapkan
bahawa panas tidak semestinya sampai ke petang. Ketika dilambung ombak
globalisasi, warga perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan
permintaan terhadap pemodenan, supaya air tempayan tidak terlalu cepat
dicurahkan kerana mendengar guruh di langit. Institusi Raja adalah penerusan
tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan -
payung mahkota negara. Ia mungkin pelita lama tetapi kekal memancarkan cahaya.
Pelita lama jangan terlalu cepat mahu dibuang kerana riak melihat fajar yang
sedang menyingsing, ingatlah hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila
senja mendakap malam, warga mula teraba-raba, hilang haluan diselubungi
kegelapan malam, kerana pelita lamanya sudah tiada lagi.
31. Majlis Raja-Raja adalah badan syura yang unik.
Setiap Raja yang berangkat menghadiri mesyuarat Majlis, berserta Yang Dipertua
Negeri, diiringi Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. Yang Dipertuan
Agong berangkat pada hari terakhir mesyuarat, diiringi Perdana Menteri. Badan
syura ini, merupakan badan yang dapat menggabungkan wakil negeri dan wakil
Persekutuan, berbincang dalam suasana mesyuarah yang tertib, sopan, beradab
lagi bertamadun. Kehadiran Menteri Besar dan Ketua Menteri, disandarkan kepada
jawatan rasmi tanpa identifikasi politik. Memandang ke hadapan, peranan badan
syura ini boleh dipertingkatkan - diperluaskan agar berfungsi sebagai forum
perundingan yang dapat mencantumkan pelbagai konstituen yang mewakili
kafilah-kafilah politik yang berbeza. Potensi badan syura ini sebagai instrumen
penyatupaduan sewajarnya dioptimumkan.
32. Ketiga: Bahasa; Yang Teramat Mulia Tunku
menegaskan;
"...It
is very important that our people should converse with one another in one
common language and there can also be no doubt that the common language must
ultimately be the Malay language.
Article 152
provides that no person shall be prohibited or prevented from learning and
using his own language"
33. Tunku menzahirkan penghargaan kepada masyarakat
pelbagai kaum yang berusaha menguasai Bahasa Melayu, menerimanya secara natural
sebagai lingua franca ketika negara belum pun merdeka, ketika bahasa Melayu
belum lagi ditetapkan sebagai Bahasa Kebangsaan, ketika bumi ini mempunyai
infrastruktur pengembangan bahasa Melayu yang masih terbatas. Ironinya, setelah
negara mencapai kemerdekaan, di sebalik kehadiran infrastruktur untuk
memudahkan warga menguasai Bahasa Melayu, bagaikan ada agenda terselindung
pihak tertentu, terdapat mereka yang bertaraf warga negara di bumi ini,
menikmati pelbagai keistimewaan - menerima pelbagai anugerah - dikurniakan
pelbagai gelaran, tetapi bersifat angkuh - berlagak sombong, tidak
mengendahkan, malah ada kalanya mempersendakan Bahasa Kebangsaan Negara.
34. Sekolah yang sepatutnya menjadi tapak
penyatupaduan nasional semakin hilang peranannya. Sekolah Kebangsaan semakin
berimej sekolah Melayu, malah ada yang semakin mirip berimej sekolah agama.
Dari 7,667 sekolah rendah di Malaysia, 1,293 adalah Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina dan 523 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Lebih 650,000 pelajar berada di
sekolah vernakular, 95 peratus anak-anak keturunan Cina memilih Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan 55 peratus anak-anak berketurunan India memilih Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil.
35. Kebangkitan negara China sebagai ekonomi kedua
terbesar dunia telah mengangkat status bahasa Mandarin dalam urusan perdagangan
dunia. Nilai perniagaan Malaysia China meningkat dari 74.2 bilion dolar Amerika
pada tahun 2010 kepada 90 bilion dolar Amerika pada tahun 2011. Hari ini, 20
peratus penduduk dunia bertutur bahasa Mandarin. Dalam tahun 2010, di serata dunia,
lebih 100 juta orang bukan keturunan Cina, mempelajari bahasa Mandarin. Oleh
itu, pendirian terbuka dan pragmatik Kerajaan dalam isu pendidikan wajar
difahami dan perlu dilihat secara positif.
36. Sekolah beraliran Mandarin tidak menghadapi
kekangan untuk dibina di negara ini; 49 peratus daripada 2,700 sekolah Cina
yang beroperasi di Asia Tenggara, terletak di Malaysia. Dasar terbuka Kerajaan
ini sepatutnya dihargai dengan menunjukkan sikap patriotik terhadap negara,
turut membantu usaha penyatupaduan, turut bersama menyemaikan semangat
kenegaraan - turut bersama membina semangat kesetiaan kepada negara. Amat
mendukacitakan apabila dilaporkan bahawa lebih 30 peratus pelajar dari sekolah
vernakular gagal menguasai tahap minimum Bahasa Malaysia, meskipun enam tahun
berada di bangku sekolah. Anak-anak berketurunan Cina dan India adalah warga
Malaysia. Adalah satu ironi apabila warga kepada sebuah negara, tidak menguasai
bahasa kebangsaan negaranya.
37. Keempat: Perkara 153; Yang Teramat Mulia Tunku
telah memperingatkan fakta sejarah dengan menyatakan;
"Everybody
seems to have forgotten that there is a clause in the Federation of Malaya
Agreement which gives to the High Commissioner the special responsibility of
safeguarding the special position of the Malays and the legitimate interests of
other communities; corresponding power is given to the Sultans of old
Unfederated Malay States.
The facts are
that unless the Malays are protected there will be no place for them in Malaya.
This is proved to be so in Singapore and Penang. Again to those who are nervous
about their future, I would say - study closely Article 153 of the Federal
Constitution. They will find that the Yang Dipertuan Agong is also required to
safeguard their legitimate interests..
...under
Article 153 there will be certain preferences accorded to Malays when
candidates
are under consideration for first appointment. But once an officer has been
recruited to the permanent establishment these preferences cease to apply and
there will be complete equality of treatment.
38. Tan Siew Sin semasa perbahasan turut menyuarakan
pendirian:
Petikan: "
The Constitution has accepted the principle of equality of opportunity for all
who regard this country as their real home and the object of their undivided
loyalty. It has however also continued to provide for what has been called the
special position of the Malays. Some Chinese quarters regard this as a
contradiction of the main principle and hence unjust. I beg to differ from
them. In the first place, the principle of the special position of the Malays
has already been embodied in the Federation of Malaya Agreement. The Malays
therefore cannot be expected to give up what they already have in the same way
that they do not expect the other communities to give up their existing rights.
Far more important, however, is the indisputable fact that as a race the Malays
are economically backward and well behind the other races.....
The main
object of this provision is to ensure that the Malays do not lose the little
they already have, and if possible be given a reasonable handicap to enable
them to catch up with the other races.
An
economically depressed Malay community in a prosperous Malaya will not mean a
peaceful Malaya. An economically depressed Malay community will never be able
to achieve the desired degree of cooperation with the substantially more
prosperous non Malay communities.
It has also
been asked why it has not been explicitly stated that this provision is only
temporary. I would remind our critics that the Malays are a proud and sensitive
race. They are also an intelligent race, and I know that they appreciate the
significance and implications of this provision far better that most people
realise".
39. V.T. Sambanthan antara lain telah memperingatkan:
"We hear
it spoken Sir, of first-class citizen one who is badly provided with roads, has
a leaky roof over his head, cannot even get a doctor on a rainy day even if his
child is badly ill? Is that person, be he in the kampung or estate or new
village, the first-class citizen or is it he who has a bungalow in the Federal
Capital, one, possibly in the Cameron Highlands and a couple more at a seaside
resort who is a first-class citizen, I ask.
The basic
issue is that we are trying to correct differences in the community. An
imbalance exists, and it exists for various reasons...
..The special
position of the Malays will only touch the fringe of the Malays, These basic
improvement not only of the Malays but of the Chinese, Indians, will come from
the economic programmes of the new Government...
We have got
to be careful; we have got to remember that a cry, if it is wrongly made, will
be followed by counter-cry, that suspicion begets suspicion, and trust begets
trust
This is a
country of various communities brought together by political, social and
economic reasons
Let us live
as brothers. The traditions of Malaya are the highest traditions.... the
traditions of brotherhood, of happy and peaceful living amongst each
other".
40. Perkara 153, disifatkan tidak mengamalkan kesaksamaan,
di sebaliknya dianggap instrumen penindasan terhadap bukan Melayu. Perkara 153
turut dipertikaikan oleh orang Melayu yang merasakan darah Melayunya tidak
memberi erti apa-apa kerana hidupnya terpinggir dan tersisir, ibarat ayam di
tepian lesung, mengharapkan rezeki dari antah yang tumpah.
41. Hari ini agihan, kaedah pengagihan, ketirisan
sumber, pembaziran sumber, adalah isu-isu yang lantang disuarakan.
Ketidakseimbangan agihan kekayaan, mengukuhkan hujah bahawa penyatupaduan
nasional tidak sekadar berdenominasikan kaum, tetapi turut berkait dengan
status sosioekonomi yang memisahkan kumpulan berpendapatan tinggi dengan
kumpulan berpendapatan rendah, dikumandangkan dengan kata-kata, 'Yang kaya
bertambah kaya - yang miskin bertambah miskin'. Orang Melayu di peringkat
bawahan, yang mencari seteguk air di waktu pagi - sesuap nasi di waktu petang,
yang menanggung beban hutang untuk menghantar anak ke Universiti pasti
bertanya, sudah hilangkah azimat Perkara 153, sementara orang bukan Melayu di
peringkat bawahan turut bertanya, bagaimanakah kepentingan sah kaum-kaum lain
turut dipelihara. Lalu kita diingatkan dengan nasib Pak Utih, dari desa yang
dijanjikan dengan kemakmuran tetapi masih menanti dengan doa seperti yang
digambarkan dalam puisi nukilan Usman Awang pada tahun 1954; Usman Awang,
penyair-pemikir yang menjadi mata dan suara kepada masyarakatnya.
42. Kerajaan mengakui bahawa dari 54 bilion stok yang
diperuntukkan kepada Bumiputera sejak 1971, yang kekal di tangan Bumiputera
hanyalah dua bilion ringgit. Hanya satu juta dari 12.7 juta tenaga kerja di
Malaysia yang membayar cukai pendapatan. Data dalam Laporan Model Ekonomi Baru
menunjukkan, 80 peratus isi rumah berpendapatan kurang 5,000 ringgit sebulan;
di kalangan 40 peratus isi rumah berpendapatan kurang 2,000 ringgit sebulan,
77.2 peratus adalah Bumiputera. 75 peratus penabung Amanah Saham Bumiputera
memiliki purata 611 ringgit seorang. Laporan KWSP menunjukkan 78.6 peratus
penyimpan, berpendapatan kurang 3,000 ringgit sebulan. Akhbar melaporkan permintaan
Presiden CUEPACS agar Bank membekalkan lebih banyak nota sepuluh ringgit dalam
mesin ATM, memberikan petanda bahawa pada masa tertentu, sebilangan pemilik kad
ATM, tidak pun mempunyai baki minimum 50 ringgit dalam akaun masing-masing.
43. Apabila dibaca dan diulang baca, Perkara 153 dan
ucapan Tunku, ternyata telah berlaku penyimpangan di antara apa yang
dimaktubkan dengan apa yang dilakukan. Pendirian Tunku dalam Perkara 153 amat
terang lagi bersuluh. Perkara 153 tidak bersalah dan tidak melakukan sebarang
dosa kepada warga bangsanya. Yang bersalah dan yang patut di hukum adalah
kalangan mereka yang telah menyalah tafsir dan merampas (hijack) peruntukan
Perkara 153 untuk tujuan-tujuan sempit. Apa juga kepincangan yang telah
berlaku, hendaklah diakui secara jujur agar segala penyimpangan dari semangat
asal Perlembagaan dan semangat asal Dasar Ekonomi Baru tidak diulangi lagi.
Langkah lebih berkesan perlu diperkenalkan agar cerita kejayaan ekonomi dapat
diterjemahkan dalam bentuk kemakmuran dan kesejahteraan majoriti warga.
44. Pada masa yang sama, orang Melayu wajib berusaha
untuk mengiakan pengiktirafan Tan Siew Sin, bahawa Melayu adalah bangsa yang
pintar dan bermaruah, bahawa Melayu memiliki harga diri dan digniti. Orang
Melayu hendaklah memiliki minda - memiliki jati diri, memastikan bangsanya
tidak dilihat lemah, memastikan bangsanya tidak perlu dipapah sepanjang hayat.
Ia harus bermula dalam minda Melayu, dalam jiwa Melayu, dalam semangat Melayu,
dalam denyut jantung dan denyut nadi orang Melayu. Ia harus dimulakan dengan
tidak mengamalkan budaya haruan memakan anak, Ia harus dimulakan dengan budaya
yang tidak terlalu cepat untuk bermegah mewah.
45. Kelima: Hubungan Negeri dengan Persekutuan.
Yang Teramat Mulia Tunku menyatakan,
…
..the
question of relations between the Federation and the States, I bel(ieve this to
be one of the most difficult problems with which we shall be faced.
In any
Federation it is inevitable that the component parts of the Federation should
not always see eye to eye with the central authorities. It has been our task to
ensure not only that the States will have a measure of autonomy but also in
matters of national interest the Federal authorities will have the power to
take all necessary action and it is my hope that we succeeded in providing at
any rate for some years to come the framework within which the State and
Federal Governments may be able to work together to their mutual benefit and
for the good of all.
The great
advantage of the new proposals in that once a policy has been decided with the
agreement of all the State Government and the Federal Government then that
policy will be followed throughout the country as a whole.
..on the form
of the financial provisions, ..the Federation must continue to make large
grants to the States.
…that the
Constitution itself should include provisions safeguarding the financial
position of the States. Such safeguards will be particularly important in years
to come because we must expect that sooner or later the Government of a State
will be formed by a political party which is in opposition to the party in
power in the Federal Parliament…
..and it is
proposed to write in to the Constitution that the State Governments will be
entitled as of right to receive certain grants and other sources of
revenue".
46. Tunku mempamerkan sifat negarawan berpandangan
jauh. Tunku memperingatkan bahawa tanpa negeri tidak tertubuh Persekutuan.
Tunku turut mempersiapkan minda, akan berlaku keadaan Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri, dikuasai oleh parti politik yang berlainan. Malaysia
dianggotai tiga belas negeri dan Wilayah Persekutuan. Ketua kepada sembilan
negeri adalah Raja-Raja berdaulat, sementara empat negeri dipertanggungjawabkan
kepada Yang Dipertua Negeri. Kerajaan Negeri dilantik oleh dan terletak di
bawah payung naungan Raja Pemerintah dan pengawasan Yang Dipertua Negeri.
Amalan mengetepikan status Negeri adalah amalan yang boleh ditafsirkan sebagai
tidak menghormati kedaulatan Raja dan tidak menghormati institusi Yang Dipertua
Negeri. Hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kini
menjelmakan dimensi baru; ia semakin memeningkan kepala kakitangan awam yang
berkhidmat di negeri-negeri. Mereka kini menghadapi dilema ketika memenuhi
tanggung jawab untuk mengimbangkan kesetiaan, di antara Pihak Berkuasa Negeri
dengan Pihak Berkuasa Persekutuan, terutama di kalangan mereka yang ditempatkan
di negeri yang dikuasai oleh kumpuan politik yang berlainan parti dengan
Kerajaan Persekutuan.
47. Konsep Federal isme berasaskan Perkara-Perkara 73
hingga 95E Perlembagaan Persekutuan wajib difahami - wajib dihormati. Kelainan
politik, di antara Negeri dan Persekutuan jangan sampai menjejaskan hubungan
warga, hingga memungkinkan warga kembali bersifat parokial kenegerian, lalu
menghindar dari tercapainya semangat muafakat dan hasrat berpadu. Formula
perhubungan dan orientasi baru antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
wajib diperkenalkan dalam order politik terkini, demi tidak menyulitkan
kakitangan awam menyempurnakan tugas, demi memastikan rakyat tidak menjadi
mangsa pertelingkahan politik. Perlu ada garis yang jelas di antara hubungan
yang dipengaruhi kekangan politik, atas dasar parti dengan parti, dibezakan
dengan hubungan kerja, antara kerajaan dengan kerajaan.
48. Dua tahun kebelakangan ini, ada negeri yang
memilih tema sambutan Hari Kebangsaan berbeza dengan tema yang ditetapkan di
peringkat nasional. Keadaan ini amat tidak sihat dan hendaklah dihentikan. Hari
Kebangsaan adalah hari memperingati peristiwa bersejarah negara. Sambutan Hari
Kebangsaan adalah peristiwa yang melambangkan penyatupaduan. Warga hendaklah
memisahkan emosi ketaksuban politik dengan peristiwa paling bersejarah dan
paling bermakna kepada negara. Terokailah kaedah yang dapat mengikis
perselisihan. Untuk itu, mungkin perlu difikirkan mekanisme perundingan agar
pemilihan tema Hari Kebangsaan diputuskan secara bersama di antara wakil Negeri
dengan wakil Persekutuan.
49. Keenam: Kehakiman; Kehakiman adalah institusi
penting untuk memastikan wujudnya mekanisme semak dan imbang, agar negara
terjamin ditadbir urus berlandaskan undang-undang. Institusi Kehakiman
menjunjung amanah untuk menentukan keadilan tidak tercicir. Yang Teramat Mulia
Tunku menekankan pentingnya dipertahankan standard keadilan yang tinggi;
"We are
determined to ensure that the present high standard of justice is maintained
after Merdeka Day" ucap Tunku.
50. Walaupun pada umumnya orang politik bersifat
possessive kuasa, V.T. Sambanthan mencerminkan sifat negarawan berwawasan jauh
ketika membahaskan subjek kehakiman.
Petikan:
" ..I am
no lawyer, Sir...We thought that the Judiciary should not be in danger of being
put into pressure by any political party.
But then with
the clauses of the Reid Commission you would have perhaps had a state of affairs
where a judge may be afraid to speak his own mind if it went counter to the
desires of the ruling party. Therefore we said, let us remove this, let us make
the Judiciary far above political parties, let us make it independent. That is
why we said that the removal of judges should not be within the pale of
Parliament.."
51. Amalan dan standard kehakiman di era pasca
merdeka, adalah antara yang dihormati baik di dalam begitu juga di luar negara.
Peristiwa pada tahun lapan puluhan merupakan titik hitam kepada Institusi
Kehakiman Negara. Ketua Hakim Negara dan lima Hakim Mahkamah Agong digantung
jawatan; disusuli dengan pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah
Agong. Asas dan cara pemecatan dilakukan telah menjejaskan reputasi Institusi
Kehakiman. Mengembalikan reputasi institusi kehakiman agar diyakini
berpendirian bebas lagi berkecuali hendaklah dibuktikan melalui amalan
kehakiman yang mendukung prinsip tanpa gentar - tanpa pilih kasih. Mahkamah
yang diragukan reputasinya akan mendorong berlakunya lebih banyak amalan yang
mempersendakan undang-undang.
52. Ketujuh: Pilihan raya; Hasrat memperkenalkan
kaedah memilih Kerajaan melalui pilihan raya dirintis oleh Henry Gurney dengan
dua tujuan utama;
Pertama: sebagai langkah mempersiapkan Tanah Melayu
berkerajaan sendiri.
Kedua: memenuhi tuntutan rakyat yang mahukan
demokrasi, sekali gus dapat mengalih sokongan rakyat dari terpengaruh dengan perjuangan
Parti Komunis Malaya.
53. Hasrat Gurney tertangguh seketika kerana Raja-Raja
Melayu lebih mengutamakan usaha untuk menamatkan darurat. Semasa berlangsungnya
Persidangan Kesepuluh Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 February 1950, Duli Yang
Maha Mulia Sultan Kedah telah menitahkan pandangan bahawa pendidikan yang cukup
adalah prasyarat penting sebelum memperkenalkan pilihan raya untuk mengelak
dari tercetusnya kekacauan. Baginda juga mengingatkan, tanpa pendidikan dan
pemahaman yang cukup, demokrasi boleh dimanipulasikan oleh pihak yang
berkepentingan dan berkesudahan dengan memberi kuasa kepada pemerintahan bersifat
diktator. Yang Teramat Mulia Tunku menegaskan pentingnya Suruhanjaya Pilihan
Raya bersifat bebas lagi berkecuali. Pandangan Majlis Raja-Raja dan pendirian
Tunku bersama rakan-rakan dalam Perikatan, tertera dalam Perkara 114
Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya
dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
54. Sistem dua parti mula berakar kukuh dalam Pilihan
Raya Umum Kedua Belas (PRU 12). Sistem dua parti bertambah rendang dalam
Pilihan Raya Umum Ketiga Belas (PRU 13). Era monopoli politik telah berakhir.
Sistem dua parti adalah fenomena yang normal dalam sebuah negara maju.
55. Perkara yang perlu diberikan perhatian adalah
kesan akibat pasca Pilihan Raya, sekiranya ia membawa kesan negatif terhadap
perhubungan di antara warga disebabkan isu yang digunakan oleh calon dan parti
semasa berkempen. Sehingga PRU 13, sentimen perkauman dan sentimen agama masih
kedengaran. Akibatnya, apa juga usaha ke arah penyatupaduan terbatal (nullified)
dan terjejas. Pilihan Raya tidak hanya berlangsung setiap lima tahun sekali.
Pilihan raya kecil turut diadakan apabila berlaku kematian atau peletakan
jawatan. Selepas PRU 12, berlangsung 16 pilihan raya kecil, enam di peringkat
Parlimen sepuluh di peringkat Negeri. Dalam tempoh enam bulan pasca PRU 13,
sudah dua pilihan raya kecil peringkat Negeri diadakan, satu di Terengganu dan
satu lagi di Kedah.
56. Pilihan raya kecil sebenarnya tidak kecil, ia
melibatkan penyertaan nasional, ia membabitkan pimpinan politik dari setiap
negeri, ia melibatkan jentera pentadbiran negara, ia event yang mendapat
perhatian seluruh negara. Isu yang dibangkitkan dan kejadian yang berlaku
semasa berkempen, jika tidak menghormati adab dan tatasusila, jika menyalakan
bara perkauman, jika menghembuskan sentimen agama, pastinya menambah sulitkan
usaha untuk penyatupaduan, laksana santau yang mengembalikan bisa
pertelingkahan.
57. Kelapan: Perkhidmatan Awam; Yang Teramat Mulia
Tunku secara jelas menggariskan;
" I need
not remind Honorable Members of the importance which the Alliance Government
attached to maintaining an efficient and contented civil service. To this end
the Service must feel that it is not subject to political interference and that
it can tender advice without fear of the consequences. Only in this way can it
be expected to attract into the Service and retain the men and women of the high
caliber that will be needed.
..appointments,
promotions and matters of discipline will be controlled by independent
statutory bodies whose members are not associated closely with any political
party and in whom the Civil Service and the general public can have
confidence".
58. Kata-kata tersebut hendaklah dijadikan pegangan
utama penjawat awam. Sifat profesional - sifat berkecuali perkhidmatan awam
teramat penting. Perkhidmatan Awam sewajarnya menjadikan teladan akan sifat
kebijaksanaan Bendahara Melaka yang dapat membezakan antara yang betul dengan
yang salah, antara keadilan dengan kezaliman, sebelum melaksanakan sesuatu
arahan demi memastikan tata urus pentadbiran, berteraskan udang-undang
dipatuhi, terutama urusan yang melibatkan wang negara. Perlu ada disiplin
pemisah antara kesetiaan kepada negara, kesetiaan kepada warga dengan kesetiaan
kepada individu. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, bukan sahaja masih
banyak kepincangan yang berlaku, malah ia berlaku berulang kali. Perkhidmatan
Awam wajib mengamalkan prinsip yang tidak bersekongkol dengan amalan yang
salah. Jenayah rasuah dan salah guna kuasa jangan sama sekali dilindungi.
Jawatan adalah amanah - tugas adalah ibadah. Kukuhkan iman dan percayalah
bahawa rezeki ditentukan oleh ILAHI. Menegakkan kebenaran memerlukan iman yang
kukuh, tidak goyang ketika diuji.
59. Para ilmuwan adalah kumpulan yang memiliki
pengaruh dan berupaya mencerminkan modul supaya dapat dijadikan rujukan dalam
hasrat mahu membina gagasan penyatupaduan nasional. Ia hendaklah dipamerkan
melalui amalan minda yang terbuka, bersedia menerima kelainan - berupaya
menyerap kepelbagaian. Budaya keterbukaan yang diamalkan di Madrasah Nizamiyah
di Baghdad di era Kerajaan Abassiyah mungkin dapat dijadikan contoh. Madrasah
tersebut merupakan antara institut pengajian tinggi yang paling berjaya dalam
sejarah dunia Islam, setaraf dengan apa yang dikenali sebagai universiti pada
hari ini. Madrasah Nizamiyah berperanan sebagai tapak memunculkan ilmuwan
tersohor yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, antaranya Hujjatul Islam,
Imam al-Ghazali.
60. Para ilmuwan di Madrasah tersebut diberikan
kebebasan melakukan penyelidikan di bidang yang diminati walaupun terdapat
percanggahan pendapat dengan pihak yang membiayai dana. Penaung kepada Madrasah
Nizamiyah ialah Nizam al-Mulk - wazir tersohor dari Parti Saljuk, di bawah
pemerintahan Sultan Malik Shah. Nizam al-Mulk bersedia memberikan perlindungan
politik kepada sarjana yang berfikiran progresif, walaupun berbeza pendirian
dengan beliau. Para ilmuwan di Madrasah Nizamiyah diberi tajaan, sama ada mereka
menyokong atau tidak menyokong Kerajaan. Suasana keilmuan sedemikian telah
membolehkan dua pihak yang berbeza pegangan politik dapat bekerjasama, dapat
bersama mencari kebenaran, seperti yang diperlihatkan oleh Imam al-Ghazali dan
Imam as-Shirazi, kelainan pegangan politik tidak menghalang mereka
mengembangkan kerjaya ilmiah di Institusi Pengajian Tinggi yang sama.
61. Nizam al-Mulk mengamalkan budaya perbincangan
terbuka di samping mengalu-alukan penyelidikan yang kritikal dan percambahan
minda, agar dapat menemui mutiara berharga, selaras dengan seruan yang
terkandung dalam Sunah Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam menurut yang
diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, bermaksud:
"Hikmah itu umpama barang Mukmin yang hilang,
carilah daripada sesiapa pun yang menemuinya"
62. Beta percaya para cendekiawan di Kongres ini,
bersedia meneliti subjek penyatupaduan, dengan dimensi yang luas lagi
menyeluruh, melakukan analisis berasaskan fakta yang tepat dan sumber yang
sahih, serta merumuskan penemuan berteraskan kebenaran. Kebenaran itu hanya
dapat ditegakkan atas prinsip keberanian menyatakan yang hak, betapa pahit
sekalipun. Sifat sedemikian adalah sifat yang wajib diamalkan oleh setiap insan
berilmu, kerana para ilmuwan yang dikenali sebagai ulama di dalam Islam, adalah
pewaris para tabiin, berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan.
63. Semoga ALLAH Subhanahu Wata'ala melimpahkan
petunjuk kepada Kongres ini untuk menemui hikmah yang sangat diperlukan dalam
hasrat merangka formula Gagasan
Penyatupaduan Nasional.
Wabillahi taufik walhidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ulasan
Catat Ulasan