Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Surat Terbuka kepada ITBM

Saya antara yang kerap membeli buku di ITBM.  Jika boleh saya cadangkan pihak ITBM menterjemahkan karya-karya yang ditulis dalam bahasa luar baik dari terbitan dalam Negara mahupun luar Negara.  Sebagai contoh banyak buku berbahasa inggeris yang dijual oleh MPH baik dalam fiksyen dan bukan fiksyen boleh dikategorikan sebagai bacaan bermutu.  Saya mengambil contoh Gramedia yang banyak mengambil inisiatif menterjemah karya luar ke dalam bahasa Indonesia.  Walaupun kebanyakkan pengurusan atasan Gramedia bukanlah bangsa asli Indonesia dan mereka pun adalah kristian, namun semangat nasionalisme dan jatidiri yang kental dan tebal dalam jiwa, mereka menerbitkan banyak bacaan dari terbitan luar ke dalam Bahasa Indonesia.  Moga pihak ITBM boleh mencontohi jiwa besar mereka.  Tambahan kita pula ramai yang berbangsa asli Malaysia iaitu Melayu dan beragama Islam, perlu lebih hebat dari mereka.  Banyak pada perkiraan saya buku-buku berbahasa asing boleh diterj...

Mentaliti Pemandu Teksi Kita

Kerap juga saya diajukan persoalan yang berbaur politik apabila menaiki teksi.  Pengalaman ini saya alami dalam teksi di Kelantan, KLIA dan Kedah.  Prinsip saya mudah.  Saya cuba tidak berpatisan atau sekadar mendengar sahaja apa yang mereka cakapkan.  Jangan sesekali berargumentasi dengan mereka.  Kebanyakkan dari mereka bercakap dengan nada emosional, bercakap lepas, tidak berlapik dan terlalu kritikal serta kurangnya fakta.  Itu pandangan mereka, mungkin mereka mendengarnya dari perbualan sesama mereka, media sosial mahupun akbar ataupun ceramah.  Dari perbualannya bolehlah diandaikan kita terlalu banyak mengeluh, mengadu itu dan ini dan mengatakan apa yang dibuat oleh orang lain semua tidak betul.   Sebenarnya apabila terlalu banyak kita mengeluh, membimbangi semua perkara, bimbang pun sebab sekadar dengar-dengar orang lain cakap, tetapi tidak membaca, akhirnya segalanya dilihat terlalu sukar dan hidup ini menjadi terlalu sempit dan ...

Kenapa Ramai yang Tidak Kekal Berlari

Dari pemerhatian saya, ramai pelari membentuk kumpulannya tersendiri.  Mereka memakai pakaian yang mewakili kumpulan, kelab, grup atau klik.  Ini memudahkan mereka berlari atau berkumpul bersama apabila ada acara larian.  Baguslah, berbanding bergerak atau berlari secara solo atau individu.  Jadi apabila hendak bergambar Nampak keceriaaan dan kemeriahannya.  Kami dahulupun ada juga kelab larian, iaitu Chap Ayam Runners. Namun hanya bertahan 3 tahun sahaja sebelum membawa diri dan haluan masing-masing.  kisah semalam, telahpun menjadi memori.  Di awal penubuhannya, pada 2009 kebanyakkan dari ahlinya adalah bujang dan tiada komitmen terhadap keluarga keluarga melainkan bekerja sahaja.  Mereka semuanya golongan hardcore dalam larian.  Pantang ada acara mesti sertai punya.  Namun apabila ramai orang kuatnya telah berkahwin, masing-masing tidak boleh memberikan komitmen terhadap kelab dan akhirnya membawa haluan masing-masing.  Ada...

Denggi salah siapa?

Imej
Hari Jumaat yang lepas (6 Mac) Masjid Negeri Selangor, di Shah Alam telah diadakan solat hajat usai menunaikan solat Jumaat.  Ini adalah rentetan dari kes Denggi yang semakin membarah di Selangor dengan peningkatan kes kematian.  Sehingga kini Minggu Epid ke-6 (8 Feb 2015) sejumlah 8840 kes dilaporkan dengan 23 kematian diseluruh Selangor  sahaja. Kes ini dilaporkan dari 15039 dan 40 kematian diseluruh negara (sumber Vektor KL).  Sehingga kini tiada tanda-tanda yang menunjukkan wabak ini akan reda atau menurun.    Islam adalah agama yang sempurna.  Jika kita mentaati ajaran Islam yang sebenar, mustahil akan berlakunya peningkatan wabak denggi.  Islam agama yang amat mementingkan kebersihan.  Kebersihan dalam definisi Islam tidak hanya terhad dalam ruang lingkup peribadatan sahaja namun merangkumi semua aspek.  Aspek menjaga kebersihan di persekitaran kita dengan jiran tetangga dan masyarakat serta penjagaan terhadap alam. Sekir...

Apa salahnya jika Melayu kaya?

Imej
Mereka sering mendakwa ditindas oleh regim pemerintah secara politik, ekonomi dan pendidikan.  Namun hakikat mereka adalah antara bangsa yang paling mendominasi penguasaan ekonomi dan kelas pertengahan tinggi yang terbesar.  Ironinya juga dari 10 top billionair di Malaysia, 8 adalah dari bangsa mereka.  Tetap mereka mengatakan bahawa mereka adalah ditindas dari ekonomi.  Regim yang didakwa mereka melakukan penindasan rata-rata adalah didominasi oleh bangsa watan.  Mereka menuduh yang bangsa ini melakukan perampasan kekayaan, menyempitkan pemberian biasiswa kepada pelajar, mendiskriminasi pendidikan vernakular mereka malahan menafikan hak kebebasan berpolitik dan bersuara.  Ternyata ini satu pendustaan dan fitnah yang sangat besar.  Hakikatnya bangsa merekalah yang paling banyak mendapat manfaat.  Sepatutnya mereka bersyukur kerana berlakunya periatiwa berdarah 13 Mei yang membolehkan kerajaan merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) Jika tidak...

Fragementasi Status Berdasarkan Akbar yang Dibaca

Secara kasarnya kita boleh menilai status seseorang dengan akbar yang dibaca. Mungkin tidak tepat tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mengagak status tahap pembacaan dari segi bangsa, tahap pendidikan dan kelas pekerjaan. Sebagai contoh kita hanya fokus kepada akbar arus perdana sahaja Utusan Malaysia dan Berita Harian (termasuk Mingguan Malaysia dan Berita Minggu) kebanyakkan dibaca oleh bangsa Melayu dan Bumiputera dari golongan pekerja kerajaan dan berjawatan Pengurusan dan Profesional serta pesara.  Ini kerana dari segi kandungan jornalis yang agak berat, analisa berita atau isu semasa yang pro dasar parti yang memerintah walaupun ada ditunjukkan keterbukaan dan ketelusan dalam pelaporan yang seimbang.  Kosmo dan Harian Metro serta Sinar Harian yang bersifat kewilayahan dibaca oleh majoritinya bangsa Melayu juga pendatang Indonesia.  Dari segi pekerjaan berkemungkinan seimbang antara kerajaan dan swasta dengan kelas pekerjaan adalah kumpulan sokongan I d...

Ketagih berlari, bagaimana bermula?

Saya bukanlah seorang yang suka bersenam sehinggalah tingkatan 3.  Asal ada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) saya memang sengaja tidak mahu membawa baju dan seluar sukan.  Saya lebih rela dihukum buka baju dan bersenam tanpa memakai baju.  Mujur badan agak kurus dan kurang maskuliniti ha3… Cuma sebagai remaja saya agak berkeinginan untuk memiliki badan yang yang maskulin.  Ini kerana saya lihat tubuh rakan-rakan saya yang agak tegap berbanding dengan saya yang tidak tegap dan kurus.  Saya bertanya dengan mereka bagaimana boleh mendapat tubuh sedemikian.  Mereka memberitahu melalui senaman dan bersukan.  Ya saya seringkali melihat mereka aktif bersukan seperti berolahraga, bermain bola, hoki dan berbasikal selain aktif dalam seni bela diri.  Berbanding dengan saya yang memang kurang sedikit bersenam.  Saya menganggap dengan berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah saya sudah cukup bersenam.  Saya seringkali mengelakkan diri unt...

Di mana bumi dipijak Di situ langit dijunjung....

Datuk Bandar London Boris Johnson berkata “ Semua orang di negara ini terutama penjawat awam wajar mahir berbahasa Inggeris.  Semua orang di London yang bekerja di negara ini, harus mampu bercakap dalam bahasa Inggeris”.  Beliau menambah bahasa berkenaan telah dipertuturkan sejak seribu tahun.  Kenyataan ini merujuk kepada sesetengah warga khususnya golongan pendatang yang telah menetap di siti sejak beberapa generasi yang masih gagal bertutur dengan baik bahasa berkenaan dan alasan sebegini sukar untuk diterima.     Hal ini disebabkan kewujudan media dalam bahasa ibunda mereka mampu memberikan apa-apa jua maklumat yang diperlukan.  Sehubungan dengan itu beliau meminta dihentikan amalan menterjemahkan maklumat ke dalam bahasa asing.  Beliau berpendapat bahawa amalan tersebut merupakan satu malapetaka sambil menambah bahawa sepatutnya mengajarkan bahasa inggeris dan sewajarnya golongan pendatang ini mempelajari bahasa inggeris.  Haki...