Ketagih berlari, bagaimana bermula?
Saya
bukanlah seorang yang suka bersenam sehinggalah tingkatan 3. Asal ada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(PJK) saya memang sengaja tidak mahu membawa baju dan seluar sukan. Saya lebih rela dihukum buka baju dan
bersenam tanpa memakai baju. Mujur badan
agak kurus dan kurang maskuliniti ha3…
Cuma
sebagai remaja saya agak berkeinginan untuk memiliki badan yang yang
maskulin. Ini kerana saya lihat tubuh
rakan-rakan saya yang agak tegap berbanding dengan saya yang tidak tegap dan
kurus. Saya bertanya dengan mereka
bagaimana boleh mendapat tubuh sedemikian.
Mereka memberitahu melalui senaman dan bersukan. Ya saya seringkali melihat mereka aktif
bersukan seperti berolahraga, bermain bola, hoki dan berbasikal selain aktif
dalam seni bela diri. Berbanding dengan
saya yang memang kurang sedikit bersenam.
Saya menganggap dengan berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah saya
sudah cukup bersenam. Saya seringkali
mengelakkan diri untuk berolahraga kerana memang malas untuk terlibat. Itu pemikiran pada masa tersebut.
Persepsi
ini berubah apabila saya mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh di Utara
Semenanjung pada 1996. Sepanjang berada
di tingkatan 4 dan 5, boleh dikatakan hampir setiap hari saya bersenam iaitu
dengan berlari di sekeliling blok akademik dan pentadbiran. Saya menjadikan seorang pekerja dewan makan
sebagai rakan larian. Dialah yang banyak
mengajar saya teknik larian jalanan yang betul.
Walaupun saya bukanlah pelari yang professional sebaliknya bertaraf
amatur, namun saya sangat berterima kasih kepadanya kerana mencetus minat
larian yang kekal sehingga kini. 1 jarak
dalam 600 meter, jadi dengan 10 kali pusingan saya mendapat 6 km. Inilah perkara yang mustahil dan malas hendak
dilakukan tetapi saya melakukannya juga atas alasan home sick dan tekanan
sewaktu sepanjang pengajian saya di sana.
Saya tidak pernah menyangka bahawa perkara yang saya lakukan saban hari
di sini akhirnya mengubah pandangan saya terhadap dunia larian yang saya kekal
lari sehingga kini.
Satu
lagi sebab kenapa saya hendak mengekalkan apa yang telah saya lakukan adalah untuk memiliki
tubuh yang tegap dan maskulin. Mungkin
agak terlambat tetapi saya mendapat tubuh yang tegap seperti yang saya inginkan
sewaktu bersekolah menengah rendah sewaktu saya di asrama. Kuncinya kena rajin bersenam khususnya
berlari. Bagi saya berlari adalah
permulaan kepada mendapatkan ketegapan berkenaan. Apabila tubuh kita telah mulai pecah peluh
dan panas, mudah bagi kita untuk melakukan aktiviti fizikal seperti push up, skipping dan bermain dumbel.
Ini yang sering saya lakukan sewaktu di sana. Ramai rakan saya menegur berkenaan perubahan
yang berlaku. Bermula dengan datang ke
asrama dengan tubuh yang kurus dan tidak menarik, akhirnya saya keluar dengan
menamatkan persekolahan dengan tubuh yang tegap.
Saya
meneruskan apa yang saya lakukan sewaktu di sekolah apabila saya melanjutkan
pengajian di university dan tambahan pula saya aktif dengan ko kurikulum yang
saya sertai iaitu PALAPES. Itulah
antara sejarah awal pembabitan saya dalam sukan yang paling saya tagih, addict iaitu BERLARI. Saya bukanlah seorang yang aktif bersukan
tetapi ia boleh berubah apabila perencanaan ALLAH yang menginginkan kita
berubah mengikut perencanaanNya.
Ulasan
Catat Ulasan