Kenapa Ramai yang Tidak Kekal Berlari

Dari pemerhatian saya, ramai pelari membentuk kumpulannya tersendiri.  Mereka memakai pakaian yang mewakili kumpulan, kelab, grup atau klik.  Ini memudahkan mereka berlari atau berkumpul bersama apabila ada acara larian.  Baguslah, berbanding bergerak atau berlari secara solo atau individu.  Jadi apabila hendak bergambar Nampak keceriaaan dan kemeriahannya.  Kami dahulupun ada juga kelab larian, iaitu Chap Ayam Runners. Namun hanya bertahan 3 tahun sahaja sebelum membawa diri dan haluan masing-masing.  kisah semalam, telahpun menjadi memori. 

Di awal penubuhannya, pada 2009 kebanyakkan dari ahlinya adalah bujang dan tiada komitmen terhadap keluarga keluarga melainkan bekerja sahaja.  Mereka semuanya golongan hardcore dalam larian.  Pantang ada acara mesti sertai punya.  Namun apabila ramai orang kuatnya telah berkahwin, masing-masing tidak boleh memberikan komitmen terhadap kelab dan akhirnya membawa haluan masing-masing.  Ada juga yang masih berlari walaupun bergerak secara solo atau bersendirian, tetapi lagi ramai yang tidak aktif berlari kerana komitmen terhadap keluarga memandangkan ramai yang telah berkahwin. 


Saya memerhati sahaja kalangan mereka yang baru berjinak dalam larian ini.  Seronok sebab ramai mendapat kenalan dan kawan baru.  Tetapi dunia keseronokkan yang mereka lalui ini tidak akan kekal lama jika, sudah berkahwin, pastinya mereka akan mengurangkan penyertaan mereka dalam larian dan seterusnya tidak berlari. Tambahan pula dengan yuran larian yang sememangnya semakin mahal.  Seolah-olah telah dikomersilkan.  Sedih juga jika difikirkan.  Bangsa lain walaupun telah berkahwin atau punya pelbagai komitmen, namun kebanyakkan dari mereka masih kekal berlari.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca