Fragementasi Status Berdasarkan Akbar yang Dibaca

Secara kasarnya kita boleh menilai status seseorang dengan akbar yang dibaca. Mungkin tidak tepat tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mengagak status tahap pembacaan dari segi bangsa, tahap pendidikan dan kelas pekerjaan.

Sebagai contoh kita hanya fokus kepada akbar arus perdana sahaja

Utusan Malaysia dan Berita Harian (termasuk Mingguan Malaysia dan Berita Minggu) kebanyakkan dibaca oleh bangsa Melayu dan Bumiputera dari golongan pekerja kerajaan dan berjawatan Pengurusan dan Profesional serta pesara.  Ini kerana dari segi kandungan jornalis yang agak berat, analisa berita atau isu semasa yang pro dasar parti yang memerintah walaupun ada ditunjukkan keterbukaan dan ketelusan dalam pelaporan yang seimbang. 

Kosmo dan Harian Metro serta Sinar Harian yang bersifat kewilayahan dibaca oleh majoritinya bangsa Melayu juga pendatang Indonesia.  Dari segi pekerjaan berkemungkinan seimbang antara kerajaan dan swasta dengan kelas pekerjaan adalah kumpulan sokongan I dan II serta buruh.  Jika dilihat dari segi pelaporan pemberitaan adalah santai, bahasa yang mudah dan isu sensai dan panas yang sering menjadi tagline tajuknya.  Maka adalah tidak mustahil dari segi pengedarannya ia sentiasa tinggi.  

NST kebanyakkan dibaca oleh golongan professional dan pengurusan Melayu dari sector swasta dan kerajaan.  Dari segi bahasanya agak berat sedikit berbanding dengan The Star.  Banyak diborong atau ditempah oleh GLC dan pejabat-pejabat kerajaan sebagai bacaan utama disamping dengan akbar Utusan atau Berita Harian. 

The Star dipunyai oleh parti politik Cina, majority dibaca oleh eksekutif berbangsa cina di samping Melayu, India serta eksepatriat luar.  Kandungan pemberitaan dengan bahasa yang lebih mudah dari NST, lebih bebas dan terbuka serta kritikal dari segi analisis.  Ruangan pengiklanan yang lebih besar dan antara yang menyumbang kepada keuntungan besar akbar berkenaan.  Pro ke isu-isu yang berkaitan bangsa mereka. 

Begitu juga dengan The Malay Mail yang diedar secara percuma kerana didanakan menerusi keuntungan pengiklanan turut dibaca majoritinya golongan eksekutif dan peniaga cina disamping melayu, india dan eksepatriat.  Isu dan analisis hampir sama dengan The Star Cuma dari segi bilangan muka suratnya adalah kurang. 

Lain-lain akbar vernacular seperti Nang Yang Siang Pow. Sinchew Daily, Sin Jit Poh dan lain-lain dibaca dan diborong oleh eksekutif dan peniaga oleh golongan tionghua.  Dari segi pengedarannya ianya hampir sama dengan bilangan akbar berbahsa Melayu apabila disekalikan.  Isu yang dibahas dan dipaparkan semua pro kepada bangsa mereka dan sangat kritikal terhadap kerajaan dan apa-apa yang berkaitan nasionalisme Melayu dan Islam.  Seringkali membicarakan isu-isu yang berbau perkauman.  Walaupun ada dari kalangan mereka yang tidak tahu membaca akbar berkenaan namun demi atas nama bangsa mereka menyokong dengan membelinya dan mengiklan apa jua perkhidmatan dan pekerjaan dalam akbar berkenaan. 

Kita meraikan perbezaan pendapat dan inilah yang disambut oleh semua pihak akbar.  Mereka membawa idealisme, perjuangan dan wadah pemikiran setiap bangsa.  Walaupun pihak editorial mendakwa mereka membawa suara bagi semua rakyat Malaysia dan tidak bersifat perkauman, namun itulah kenyataan dan hakikat yang dibawa sebenarnya iaitu suara bangsa masing-masing yang diselindungi atas nama hak asasi manusia, kebebasan bersuara, slogan demokrasi melampau yang didokongi oleh penaung akbar berkenaan.  Tambah bahaya lagi apabila kewujudan akbar vernacular yang tidak langsung menggunakan Bahasa Kebangsaan, telah menaikkan sentimen etniksiti atau perkauman serta fahaman komunisme.  Akbar sebegini hanya dibaca oleh kelompok atau mereka yang faham sahaja.  Situasi sebegini telah berlaku sejak dari zaman penjajah lagi dan diteruskan apabila negara mencapai kemerdekaan demi menagih undi.  Pemimpin silih berganti dan akbar vernacular ini terus diperkasa kononnya untuk membawa suara kerajaan dalam bahasa mereka.    

Kita terlalu bangga dengan kesatuan dalam kepelbagaian.  Realitinya kesatuan atau perpaduan yang kita agung-agungkan sebenarnya hanyalah bersifat kosmetik.  Kita hidup dalam fragmen yang berbeza dari segi bahasa, pendidikan dan media serta majmuk dari segi kehidupan.  Kita tiada satu dasar pengikat yang kuat bagi pemersatuan bangsa.  Wajah bangsa Malaysia yang dibina tidak langsung mencerminkan apa yang kita laungkan.  Masing-masing hidup dalam kelompok sendiri dan saling merencana untuk menjahanamkan pihak yang lain akibat dari kecurigaan dan ketidakpercayaan.  Keadaan ini diburukan lagi oleh fahaman sempit politik yang dianuti. 


Oleh itu bagi kesatuan yang utuh perlu ada instrumen penyatuaan iaitu Bahasa.  Bahasa Kebangsaan atau dalam konteks Perlembagaan Negara adalah Bahasa Melayu dalam Fasal 152.  Inilah hakikat yang perlu kita terima dan jangan langsung menafikan kekuasaan bahasa sebagai pengikat yang kuat.  Dan terbukti semua negara bangsa yang maju adalah bermula dengan pembangunan dan perpaduan bahasa kebangsaan masing-masing walaupun terdapat kepelbagaian atau kemajmukan bangsa lain.   Sehingga kini tiada seorang pun pemimpin berjiwa besar yang berani mengatasnamakan perjuangan pembinaan bangsa menerusi bahasa pemersatuan melebihi terhadap komitmen menjaga undi.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca