Di mana bumi dipijak.....
Jika kita ke gedung-gedung pasaraya yang bertaraf mega
atau hiper (hipermarket) khususnya apabila tiba musim perayaan terasa
seolah-olah kita tidak berada di negara Islam.
Seolah berada di Barat atau di Beijing atau Taiwan. Dengan pelbagai
hiasan atau dekorasinya yang berkaitan dengan kebudayaan atau keagamaan yang
dianut oleh bangsa yang hanya minoriti sahaja bilangannya tetapi memperlihatkan
dominasi yang agak keterlaluan. Bukan
kita hendak menidakkan kepelbagaian kepercayaan yang dimaktub dalam
Perlembagaan kita atau bersikap chauvinis dalam beragama tetapi penonjolannya
yang diperlihatkan seolah-olah menafikan Agama Islam itu sebagai agama rasmi
dan juga agama Persekutuan Malaysia.
Kita juga sedia maklum bahawa hampir semua pemilik dan
pemegang taruh (share holder) pasaraya bertaraf mega adalah mereka yang berasal
dari agama-agama berkenaan. Secara
logiknya adalah menjadikan hak mereka untuk menonjolkan simbol keagamaan atau
kebudayaan secara terang-terangan.
Tambahan pula ia tidak mendapat sebarang halangan oleh pihak berkuasa
tempatan, maka adalah tidak menjadi sebarang kesalahan buat mereka untuk
berbuat demikian. Cuma apa yang kita
harapkan sambutan atau layanan yang adil wajar diberikan kepada sambutan umat
Islam selaku agama rasmi. Kita tidak mahu salah anggap dari orang luar
(pelancong asing).
Mereka mendapat maklumat bahawa Malaysia adalah negara
Islam dan kebetulan mereka datang ke sini pada musim perayaan agama
berkenaan. Keadaan ini menyebabkan
mereka merasa keliru dan beranggapan bahawa ini adalah agama rasmi atau sebenar
kerana simbol keagamaan dipertontonkan secara ketara sehingga menenggelamkan
status asal agama rasmi sebenar. Penulisan ini tidak bertujuan untuk
menimbulkan rasa ketidakpuasan hati terhadap penonjolan simbol perayaan tetapi
apa yang perlu diberi perhatian adalah dalam kesibukan meraikan kepelbagaian
dalam beragama ia tidak menenggelamkan status asalnya.
Kemajmukan yang kita raikan dalam kehidupan bernegara
bukan bermakna kita bebas untuk melakukan sesuatu tanpa ada batasan. Setiap apa yang kita buat ada sempadan
batasannya. Selagi ia tidak menimbulkan
rasa kemegahan atau keriakkan sehingga menyebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan
hati sepatutnya ia wajar dielakkan.
Islam sendiri ada menjelaskan bagiku agamaku bagimu agamamu. Masing-masing bebas melaksanakan pegangannya
selagi mana ia menghormati kepercayaan lain.
Pada suatu ketika pasca peristiwa berdarah rusuhan perkauman yang berlaku di ibu negara hampir 48 tahun dahulu, bangsa yang menguasai ekonomi melakukan protes secara senyap-senyap terhadap Kerajaan pimpinan Melayu. Apabila tiba musim perayaan mereka akan 'bercuti panjang' sehingga menyukarkan orang lain untuk mendapatkan barangan keperluan. Keadaan ini banyak terjadi di bandar-bandar atau pekan-pekan yang secara mutlaknya perniagaan runcit dikuasai oleh mereka. Mereka tahu bahawa orang Melayu bergantung sepenuhnya kepada mereka dan dengan cara ini mereka 'mengajar' orang-orang Melayu secara tidak langsung. Ini yang sebenarnya hendak kita elakkan apabila ekonomi dimonopoli oleh sesuatu kaum.
Pada suatu ketika pasca peristiwa berdarah rusuhan perkauman yang berlaku di ibu negara hampir 48 tahun dahulu, bangsa yang menguasai ekonomi melakukan protes secara senyap-senyap terhadap Kerajaan pimpinan Melayu. Apabila tiba musim perayaan mereka akan 'bercuti panjang' sehingga menyukarkan orang lain untuk mendapatkan barangan keperluan. Keadaan ini banyak terjadi di bandar-bandar atau pekan-pekan yang secara mutlaknya perniagaan runcit dikuasai oleh mereka. Mereka tahu bahawa orang Melayu bergantung sepenuhnya kepada mereka dan dengan cara ini mereka 'mengajar' orang-orang Melayu secara tidak langsung. Ini yang sebenarnya hendak kita elakkan apabila ekonomi dimonopoli oleh sesuatu kaum.
Andai kata, kita umat Islam menguasai ekonomi pastinya
situasi sebegini tidak akan terjadi.
Kita yang menentukan dan menerusi penguasaan ekonomi jugalah kita
memperkayakan bangsa kita. Apabila
bangsa kita memiliki kekuatan ekonomi secara tidak langsung simbol keagamaan
akan kita megahkan. Selaku bangsa majoriti yang menganut agama Islam, kekayaan
bangsa akan menjadikan agama Islam sebagai model yang membenarkan umatnya untuk
membina kekayaan selagi mana yang dibenarkan syarak. Mereka sepatutnya bersyukur kerana dibenarkan untuk berada di bumi yang bertuah ini untuk membina kekayaan tanpa batasan dan juga menganut agama sendiri tanpa perlu dipaksa menukar agama. Sepatutnya dengan cara berbudi bahasa juga rasa kesyukuran dan berterima kasih wajar diterjemahkan dengan cara yang terhormat. Kita tidak meminta lebih, apa yang dipinta adalah meraikannya dengan cara yang berserdahana dan bertindaklah dengan menyedarkan diri di mana bumi di pijak.....
Ulasan
Catat Ulasan