Tiada yang mustahil dalam jangkauNya....
Nisbah kelajuan makhluk berdimensi cahaya dengan cahaya
matahari adalah 1800 kali ganda lebih pantas.
Kedengarannya agak mustahil tetapi tiada yang mustahil dalam kisah Israk
& Mikraj. Mencapai tahap berkelajuan ketakterhinggaan iaitu 540 juta
km/saat secara anggarannya selepas saintis melakukan pengiraan secara relatif berdasarkan
kisah Israk & Mikraj yang mana Nabi Muhammad mengenderai Buraq bersama
Jibrail untuk satu malam (12 jam). Secara
amnya cahaya matahari akan sampai ke bumi dalam masa 7 minit dengan kelajuannya
300 ribu km/saat.
Secara logiknya tiada bacaan atau kiraan yang tepat bagi mendapatkan tahap
kelajuannya. Telah menjadi sifat manusia untuk mengira sesuatu bagi
menggambarkan secara empirik berkenaan apa yang terjadi. Menerusi pengiraan yang dibuat oleh saintis
untuk menggambarkan betapa tiada yang mustahil buat Allah untuk melakukan
sesuatu. Jarak terjauh yang mampu
diamati atau dijangkaui oleh penglihatan manusia menerusi bantuan teleskop
berkuasa tinggi adalah Medan Hubble Deep Field yang terletak 13 ribu tahun cahaya. 1 tahun cahaya adalah 1 kiraan unit
International Austronomical Union (IAU) yang bersamaan 9.46 x 10^12 km.
Jadi kita boleh membuat
anggaran berkenaan betapa jauhnya jarak berkenaan secara sifir matematiknya. Jarak
berkenaan sendiripun belum tentu boleh memberikan ukuran yang tepat berkenaan
dengan kelajuan yang dicapai oleh kumpulan kembara berkenaan. Tiada siapa tahu
di mana sempadan langit pertama dengan langit kedua dan seterusnya sehingga ke
Sidratul Muntaha iaitu tempat pertemuan di mana baginda menerima amanahnya
secara langsung dari Allah. Maka tahap
kelajuan pergerakkan tersebut sebenarnya jauh melebihi jangkaan normal
manusia. Tiada siapa yang tahu melainkan
Allah.
Mustahil buat mana-mana jisim boleh kekal dalam keadaan stabil
atau padu apabila berada dalam kelajuan berkenaan. Ianya akan musnah dan terlerai secara atom
apabila berada dalam lingkungan kelajuan berkenaan jika tidak 'dilindungi’ dengan
mana-mana struktur yang bertindak sebagai kokun atau sheild Manusia adalah ciptaan yang berdimensi
fizikal, memiliki jiwa dan roh. Buraq
dan Jibrail adalah entiti yang berdimensi cahaya. Laluan yang dilalui oleh mereka adalah menerusi
cahaya. Merentasi dimensi lain menerusi
medium cahaya adalah mustahil buat manusia kerana ciri kejadian penciptaan yang
berbeza. Bagi ALLAH tiada apa yang
mustahil. Semuanya yang terjadi adalah
dengan izinNya.
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah sebahagian dari
kekuasaan yang Allah kurnianya sebagai mukjizat buat KekasihNya Baginda
Rasullallah SAW dalam mengubati kedukaan yang menimpa baginda dan seterusnya
menerima amanah bernama SOLAT yang difardukan ke atas umatnya. Pemberian hebat adalah menerusi peristiwa
yang hebat. Bagi kita yang beriman
adalah wajib buat kita untuk melaksanakan amanah berkenaan. Balasannya adalah Syurga bagi mereka yang
mengerjakannya juga merupakan ibu kepada segala amal ibadat. Jika lulus solat yang kita kerjakan maka luluslah
segala amalan lain yang kita laksanakan.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyempurnakan amal yang
difardukan selain mengetahui serba sedikit sains metafizik yang berlaku
disebalik peristiwa berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan