Lari larian 2016
Nota pembukaan bagi tahun 2017 saya mulakan dengan
catatan penjumlahan aktiviti larian sepanjang tahun. Berdasarkan catatan awal saya 35 larian yang
disertai dengan 25 yang berdaftar dan 10 tidak berdaftar (sebagai medan latihan).
Jumlah jarak rasmi 362.5 km, manakala jarak tidak rasmi
(tidak berdaftar) 97km. Harga keseluruhan yuran larian : RM1839.00 dan harga
purata bagi 1 larian berdaftar = RM 73.56/acara. Berikut adalah perincian acara yang saya
sertai.
Pre Raya
1) 3 Jan 2016 Compressport
Trail Run MAEPS-Mardi 12km 1jam35min RM 94.00
2) 17 Jan 2016 Cross
Country KL Padang Merbok KL 10.3km 1jam (Larian Bunian he3)
3) 31 Jan 2016 Warrior
Trail di Semenyih EcoVenture Resort
10km+25halangan 3jam45min RM119
4) 21 Feb 2016 Natura
Run For Hope Putrajaya 15km 1jam20min (Larian Bunian he3)
5) 28 Feb 2016 KL
City Day Run Padang Merbok 12km
1jam4min RM55
6) 20 Mac 2016 Spartan
Super Canary Garden Sg Air Hitam
Banting 13km+ 25 halangan 3jam54min
RM172.94
7) 10 April 2016 Route
68 Jalan Gombak Lama-Janda Baik (Dewan Orang Asli Gombak-Kolam Air Panas
Bentong) 11jam31min 70km RM229
8) 16 April 2016 Larian
100plus di Putrajaya 6km (larian
bunian he3)
9) 7 Mei 2016 Larian
Bersama Bomba Dataran Merdeka 52min 10km RM25
10) 8 Mei 2016 Deuter Trail Run Batu Arang (Chapter 4:Blast from
the past) 1jam30min 14.5km RM79.50
11) 15 Mei 2016 KL
Tower International Towerthon Challenge 24min 1saat RM59
12) 29 Mei 2016 Milo
Putrajaya (larian bunian
he3) 5km santai bersama keluarga
13) 4 Jun 2016 Pahlawan
X Cross Country (UPNM) 11km RM60 52min
Post
Raya
14) 17 Julai 2016 TM
Fun Run Putrajaya 21km 1jam59min (larian bunian he3)
15) 24 Julai 2016 Newton
Challenge 30km RM95
18) 31 Julai 2016 TM
Fun Run 21km 1jam 7min (larian
bunian he3)
19) 7 Ogos 2016 SCKLM
42.195km (diskaun 20%) 5jam 5min-gun time 4jam45min-net time RM67.50
20) 28 Ogos 2016 Taman
Botanikal Kepong 16km RM75 1jam 40min
21) 18 Sept 2016 Compressport
Run 2016 21km MMU Cyebrjaya 1jam 58min (larian bunian he3)
22) 24 Sept 2016 Larian
Jambatan Sultan Mahmud Terengganu 21km RM20 (ganti 25 Sept 2016)
23) 25 Sept 2016 AXA
Hearts In Action Run Cyberjaya 12km RM60 1jam 4min
24) 8 Okt 2016 HSN
21km Dataran Merdeka KL 21km RM72 2jam
25) 9 Okt 2016 Spartan
Beast 20km +30halangan () RM289.00 5jam 55min
26) 22 Okt 2016 Larian
World Sight Day HSA 10km RM58 51min
27) 23 Okt 2016 Larian
Ceria (fun run) 100plus di Bukit Expo UPM 5km santai bersama keluarga (larian bunian he3)
28) 6 Nov 2016 Larian
Amal SK Bandar Sri Putra Bangi 12km 1jam 15min (larian bunian he3)
29) 13 Nov 2016 Larian
Jambatan Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar 15km RM25 1jam20min
30) 19 Nov 2016 Larian
MAHA Agro Maeps 10km RM25 58min
31) 20 Nov 2016 Larian
Amsa UPM sempena Hari Diabetes 8km RM40 45min
32) 29 Nov 2016 Larian
Ceria Bandar Baru Sungai Buloh 6km
33) 11 Dis 2016 Warrior
Challenge UPNM 10km + Obstacle RM90 1jam15min
34) 18 Dis 2016 Lipis
Hill Challenge 10km Hospital Lipis RM20 47min
35) 31 Dis 2016 Larian
GEMS Kemanusiaan Dataran Kemerdekaan 12km 1jam 8min (larian bunian he3)
Hakikatnya minat saya dalam dunia larian adalah dibentuk secara tidak sengaja sejak dari kecil dan saya juga mewarisi secara genetiknya dari ayah saya sendiri yang cenderung untuk berlari. Ada orang berkata kenapa tidak bertukar menjadi atlet professional dalam dunia larian dari sekadar berlari dengan membazirkan wang tetapi tidak pernah memenangi sebarang hadiah wang tunai. Saya berpandangan bahawa saya lebih selesa berlari untuk kesihatan. Jika saya meniatkan diri untuk berlari demi nilai tunai saya akan memberikan tekanan kepada diri saya sendiri sebenarnya. Saya bukanlah pelari profesional, sebaliknya hanya pelari bertaraf amatur. Menaiki podium itu hanyalah bonus buat saya.
Jika saya dapat mencapai masa
yang ditetapkan dalam mana-mana acara larian, bagi saya ianya sudah
memadai. Contohnya untuk 10km, masa yang
ditetapkan oleh pihak penganjur adalah 90 minit dan secara puratanya dalam
acara berkenaan saya boleh mencapai masa 50-55min ianya sudah cukup baik. Begitu juga dengan 21km saya boleh mencapai
sasaran masa 110 – 125 minit berbanding masa yang disasarkan oleh penganjur
adalah 150 – 180 minit. Untuk 42km
standard masa antara 360 – 420 min.
Kebiasaan buat saya, saya akan menamatkan larian dalam masa 270 – 290 minit. Berbalik kepada diawal penulisan saya
meniatkan untuk kesihatan dan tiba digarisan penamat dalam keadaan
selamat. Sakit, kejang dan melecet dalam
larian adalah lumrah begitu juga apabila kita menyertai larian ultra iaitu
melebihi 50km itulah perkara yang akan dihadapi oleh setiap pelari.
Apa – apa setiap larian haruslah
dinikmati bukan untuk dideritai. Pasangkan
niat awal kepada mana-mana individu untuk berlari demi kesihatan. Bagi saya itu jauh lebih baik. Kesihatan itu mahal harganya. Kita jarang menghargainya dikala kita sihat
tetapi kita akan merasainya apabila kita ditimpa kesakitan.
Ulasan
Catat Ulasan